KONFLIK DALAM KELAMBU.


SEMUA ARTIKEL DIDALAM BLOG INI HANYALAH DRAF RINGKAS RENTETAN PERISTIWA SAHAJA. IANYA AKAN DIEDIT SERTA DITAMBAH DENGAN BANYAK LAGI CERITA YANG SEBENAR YANG LEBIH LENGKAP DAN CERITA LENGKAP HANYA AKAN TERDAPAT DALAM NOVEL " AIRMATA DALAM KELAMBU"

CERITA INI ADALAH KISAH BENAR DAN HANYA DIOLAH ATAU DITAMBAH SEDIKIT UNTUK NAMA WATAK SAHAJA BAGI MENJAGA MARUAH MEREKA YANG TERLIBAT.

RINGKASAN CERITA INI BOLEH ANDA IKUTI DENGAN MENGIKUT TURUTAN MUKA SURAT YANG BERMULA DARI 1.1.

SELAMAT MEMBACA.

TERIMA KASIH


ABC.
Ahmad Baharom Creation

Wednesday, 26 November 2014

3.8]- Sam telah mengetahui segala kesan konflik yang dihadapinya amat mempengaruhi keadaan perniagaan nya. Sebenarnya ramai pelanggannya yang amat berpihak kepada keluarga Najwa dan sebahagiannya mempunyai pertalian darah dengan mereka. Ini termasuk pembekal bahan mentah yang membantu Sam selama ini. Mereka terus mempercayai semua khabar angin yang menyatakan bahawa Sam adalah seorang kaki betina dan kuat berjoli.

Pernah seorang pembekal yang menghalau Sam keluar dari kedainya seperti anjing kerana dia amat marah kepada Sam kerana memperlakukan Najwa sedemikian rupa. Ini termasuk kepada mereka yang berhutang yang amat rapat dengan keluarga mereka seperti tidak peduli dan benci kepada Sam bila dia datang untuk memungut hutang. Sam sudah seperti anjing kurap sekarang.

Sam tidaklah dapat berbuat apa kerana dia tiada sesiapa yang membantu serta menyokongnya, sehinggakan walaupun dia ada seorang saudara yang bekerja disana pun turut mengutuk Sam kerana mendengar cerita dari keluarga Najwa. Dia berfikir tiada gunanya dia berusaha untuk membersihkan diri, kerana jika kebenaran terserlah, yang buruk bukan siapa tapi isteri dan keluarganya juga. Itulah sebab selama ini dia tidak menceritakan atau mengkritik perbuatan Najwa serta keluarganya terhadap dirinya.

Biarlah dia menjadi anjing dimata masyarakat asalkan mereka semua dipandang mulia. Adalah lebih baik begitu kerana mereka orang tempatan sedangkan dia hanya perantau yang tiada saudara-mara yang perlu dijaga maruah dan perasaan mereka dinegeri itu. Memandangkan semua masaalah serta kemungkinan yang bakal dihadapi, Sam telah mengambil keputusan untuk memansuhkan Najwa Batik secara halus serta mengembalikan keyakinan pelanggan semula.

Semua itu dilakukan secara rahsia dan segala tindakannya mulai sekarang tidak langsung dia baercakap dengan Najwa. Dia sudah tidak mempercayai Najwa lagi tetapi semua kelakuan dan perhatian adalah semata sebagai menunaikan tanggung-jawab sahaja. Hatinya amat terluka dan kepercayaannya musnah sama sekali terhadap Najwa dan keluarganya. Walau pun begitu segala yang terbaik masih diberikan kepada Najwa dan anak-anak dan tiada sebarang kekurangan.

Akhirnya Sam berjumpa dengan seorang Hartawan yang juga mengusahakan Batik, tapi bukan batik seperti yang Sam usahakan untuk bekerjasama memajukan semula Najwa Batik dengan menyuntik sejumlah modal bagi menstabilkannya semula. Sekiranya persefahaman serta rancangan itu berhasil Sam juga bercadang untuk menghapuskan pendaftaran Najwa Batik dan menukarkan kepada syarikat baru yang masih menggunakan Nama tersebut tapi ianya adalah sebuah syarikat sendirian berhad. Akhirnya sahabatnya Hj Majid bersetuju dengan semua rancangan Sam itu dan sedia melabur modal bersama.

Walau pun modal yang ditambah olih Hj Majid tidak seberapa jika dinilai dengan perniagaan Sam yang telah ada, tapi Sam menawarkan keuntungan 50-50 kepada beliau dan jika penubuhan syarikat baru Sam hendakkan dia sebagai majority 51% saham dan Hj Majid memegang 49%. Dengan ini Najwa dan Najwa Batiknya tidak akan ujud lagi dan untuk menyenangkan urusan.

Pada awalnya semua telah bersetuju dan Sam menyerahkan pentadbiran kilang kepada Hj Majid dan anaknya selepas Sam menyatakan dia ingin berihat seketika kerana masih troma dengan semua kejadian. Dia perlu rehat dan mencari idea untuk membangunkan semula perniagaan itu. Kiriman Pr

No comments:

Post a Comment