KONFLIK DALAM KELAMBU.


SEMUA ARTIKEL DIDALAM BLOG INI HANYALAH DRAF RINGKAS RENTETAN PERISTIWA SAHAJA. IANYA AKAN DIEDIT SERTA DITAMBAH DENGAN BANYAK LAGI CERITA YANG SEBENAR YANG LEBIH LENGKAP DAN CERITA LENGKAP HANYA AKAN TERDAPAT DALAM NOVEL " AIRMATA DALAM KELAMBU"

CERITA INI ADALAH KISAH BENAR DAN HANYA DIOLAH ATAU DITAMBAH SEDIKIT UNTUK NAMA WATAK SAHAJA BAGI MENJAGA MARUAH MEREKA YANG TERLIBAT.

RINGKASAN CERITA INI BOLEH ANDA IKUTI DENGAN MENGIKUT TURUTAN MUKA SURAT YANG BERMULA DARI 1.1.

SELAMAT MEMBACA.

TERIMA KASIH


ABC.
Ahmad Baharom Creation

Wednesday, 26 November 2014

3.5] Sam mula ceria semula dan dapat menumpukan perhatian kepada pekerjaannya. Walau pun dalam kesukaran modal pusingan yang kurang, kilangnya terus beroperasi seperti biasa dan pekerja terus bekerja. Sam melancarkan jualan lelong yang amat murah bagi semua barangan keluaran Batik dari Bengkel dikampungnya dahulu serta pengeluaran yang kurang bermutu yang dikeluarkan sebelum ini. Jualan ini amat merugikan jika dikira dari kos, tetapi stok lama yang tidak bolih dijual lagi harus dijadikan wang untuk dijadikan modal semula. Sambutan amat baik dari penduduk tempatan dan serta pelancung.Dengan itu bertambahlah modal pusingan Sam. Semua ini adalah hasil perbincangan Sam dengan Wan. Perhubungan Sam dengan Wan yang amat seia-sekata serta memahami perasaan masing-masing telah membibitkan perasaan sayang dan simpati diantara mereka. Pernah Sam menyatakan bahawa mungkin dia telah jatuh cinta kepada Wan dan Wan juga mengakui dia juga begitu. Wan terasa amat sayang dan kagum dengan Sam. Mereka amat rapat sekarang, sehinggakan bila berada dalam kereta, mereka saling berpegang tangan. Walau pun begitu mereka tahu keadaan percintaan mereka mungkin mustahil kerana Wan adalah emak saudara sepupu Najwa dan ianya akan mendatangkan keadaan yang kucar-kacir. Disebabkan anak-anaknya dan bagi Wan, disebabkan olih cucu saudaranya dan Najwa adalah anak saudaranya, maka mereka berdua telah mengambil keputusan untuk kembali kepada perhubungan asal iaitu diantara pekerja dan majikan atau Sam menganggap dia sebagai saudara. Malangnya perhubungan Sam dan Wan itu telah terbungkar. Najwa telah mengetahuinya dan mengamuk sakan. Bukan setakat itu sahaja, malah perbalahan bersar telah berlaku diantara keluarga Najwa dan keluarga Wan. Keadaan bertambah kucar kacir dan Wan telah berhenti kerja serta-merta.Perhubungan Sam dengan Najwa sudah terlalu parah dan termasuk dengan pihak mertuanya.Sam sekarang bersendirian menghadapi segala-galanya. Sam mula sakit walaupun tiada siapa yang tahu. Keadaan perniagaannya amat kucar-kacir. Dengan ketiadaan Wan sebagai Penyelia, dan pendorong kepada Sam semuanya sudah tunggang langgang. Sam sudah hampir putus asa dan hilang pedoman. Dia sudah tidak peduli lagi keadaan kilangnya dan menyuruh salah seorang perkerjanya mengambil alih semua tugas Wan dan menyusun pekerja. Buatlah apa yang patut asalkan semua terus bekerja. Dia sekarang amat-amat kehilangan Wan. Najwa sentiasa menekan Sam dengan perkara hubungan dia dengan Wan. Akibat tidak tahan dengan desakan itu Sam mengaku bahawa dia amat mencintai Wan tetapi kerana anak-anak dia terpaksa melupakan Wan. Wan juga begitu, walaupun dia sama umur dengan Najwa dan lebih cantik, tetapi mengenangkan Najwa adalah anak saudaranya dan anak-anak Najwa adalah cucu saudaranya maka dia tak sanggup walau pun mereka amat mencintai diantara satu dengan lain. Najwa masih tidak puas hati lalu memanggil Wan kerumah dan mereka bergaduh serta akhirnya menjadi agak tenang setelah mendengar segala penjelasan semua pihak. Malam itu Wan telah tidur dirumah Sam dan Najwa. Tengah malam itu dengan tidak disangka, Najwa telah mengheret Wan ketempat tidur Sam dan menyuruh Wan tidur dengan Sam jika dia mahu sangat dengan suaminya. Ternyata Najwa masih berdendam dan tidak percaya dengan pengakuan penjelasan Sam dan Wan sebelum ini. Dia cuba melepaskan geramnya dengan cara itu. Sam dan Wan dapat menenangkan Najwa kerana tahu dia amat tertekan dan mereka tidak dapat tidur selepas itu sehingga kesubuh. Kiriman P

No comments:

Post a Comment