KONFLIK DALAM KELAMBU.


SEMUA ARTIKEL DIDALAM BLOG INI HANYALAH DRAF RINGKAS RENTETAN PERISTIWA SAHAJA. IANYA AKAN DIEDIT SERTA DITAMBAH DENGAN BANYAK LAGI CERITA YANG SEBENAR YANG LEBIH LENGKAP DAN CERITA LENGKAP HANYA AKAN TERDAPAT DALAM NOVEL " AIRMATA DALAM KELAMBU"

CERITA INI ADALAH KISAH BENAR DAN HANYA DIOLAH ATAU DITAMBAH SEDIKIT UNTUK NAMA WATAK SAHAJA BAGI MENJAGA MARUAH MEREKA YANG TERLIBAT.

RINGKASAN CERITA INI BOLEH ANDA IKUTI DENGAN MENGIKUT TURUTAN MUKA SURAT YANG BERMULA DARI 1.1.

SELAMAT MEMBACA.

TERIMA KASIH


ABC.
Ahmad Baharom Creation

Wednesday, 26 November 2014

5.9] Sam juga teringat bahawa cerita seorang sahabatnya yang berbuat serong dengan kekasihnya yang mana akhirnya wanita itu memeras ugut beliau dan terpaksa membayar wang dengan jumlah yang banyak. Bermacam bayangan fikiran yang menerpa benak Sam masa itu sehinggalah dia selesai mandi. Sebaik sahaja Sam keluar dari bilik mandi itu, dia amat terperanjat apabila melihat Rokiah terbaring diatas katil dan masih berkembam dengan tuala. Tersirap darah Sam melihatkan Rokiah berkeadan begitu, lalu bertanya kenapa Rokiah masih belum berpakaian lagi.Rokiah berkata dia masih nak menyejukkan badan dengan kedinginan penyaman udara bilik itu dan merehatkan kakinya yang letih. Sam terus pergi ke almari make-up dan menyikat rambutnya, tetapi dia masih dapat melihat Rokiah diatas katil itu dan terus berkata kepada Rokiah untuk menutup tubuhnya dengan selimut yang telah tersedia disana. Rokiah berkata itu akan membuatkan dia menjadi panas, bukan bertambah dingin. Rokiah meminta untuk berehat sekejap kerana dia merasa amat letih dan dia hendak melelapkan mata sekejap. Sam sambil berseloroh meminta Rokiah menutup tubuhnya kerana kata Sam, takut dia tidak bolih mengawal dirinya melihat Rokiah berkeadaan sedemikian, tetapi Rokiah ketawa kecil mendengarnya dan meminta Sam duduk ditepi katil kerana dia nak bertanya sesuatu. Sam yang seperti orang terpukau itu, mengikut sahaja apa yang Rokiah pinta. Sebaik sahaja Sam berada disisinya dan Rokiah terus memegang tangan Sam serta bertanya adakah dia masih mencintai dirinya. Sam mengakui bahawa dia memang mencintai Rokiah tapi itu dahulu, tetapi sekarang telah berubah kerana dia telah berkahwin dan punyai anak-anak. Rokiah memerli Sam dengan berkata, jika begitu kenapa Sam masih mengajak dia keluar dengannya dan Sam berkata dia amat kesunyian dan terhibur semasa bersama Rokiah yang peramah dan suka membebel. Selain itu Sam memberi tahu sejak dia membawa Rokiah membuat rundingan perniagaan, dia lebih senang mendapat persetujuan pelanggan. Sam berkata mungkin pelanggan tidak cerewet kerana segan melihat Rokiah yang amat cantik. Mereka ketawa. Sam bertanya kenapa Rokiah berkata sedemikian dan Rokiah bertanya sedemikian dan Rokiah berkata bahawa dia juga amat terhibur dan bahagia bila bersama Sam dan dia memuji Sam kerana melayan dia dengan amat baik. Keadaan hidupnya mula ceria sekarang. Sam bertanya kepadanya adakah dia tidak bahagia semasa berkasih dengan Azizan dan spontan Rokiah berkata lelaki itu tak berguna dan kejam. Sam yang telah tahu perpisahan diantara Rokiah dan Azizan itu, meminta maaf kerana mengungkit kisah mereka kerana dilihatnya Rokiah seperti amat marah. Perbualan mereka berakhir lebih kurang sejam selepas itu dan Sam dan Rokiah turun dan makan dilobi hotel tersebut. Malam itu Rokiah tidak mahu pulang kerumah walaupun dengan tanpa menalipon keluarganya. Bila Sam berkata dia takut keluarga Rokiah akan marah dan dia merasa malu kepada mereka, Rokiah berkata bahawa tahulah dia memberi tahu mereka nanti. Akhirnya Sam dan Rokiah meninggalkan Hotel tersebut jam 11 pagi keesukan harinya. Sam tersedar dari lamunannya apabila dia menyedari yang motorsikalnya sekarang sedang berada disimpang untuk memasuki rumah orang tuanya. Dia terpinga-pinga kerana selepas keluar dari rumah Lanis dia hendak pergi ke Balai Polis, tapi kerana asyik berfikir, dia tidak sedar yang dia sebenarnya menuju jalan pulang kerumah. Olih kerana jarak rumah orang tuanya dengan Balai Polis itu agak jauh juga, Sam pun mengambil keputusan untuk pulang dan berehat dahulu dan merancang yang dia akan akan membuat repot pagi esuk sahaja. Kir

No comments:

Post a Comment