KONFLIK DALAM KELAMBU.


SEMUA ARTIKEL DIDALAM BLOG INI HANYALAH DRAF RINGKAS RENTETAN PERISTIWA SAHAJA. IANYA AKAN DIEDIT SERTA DITAMBAH DENGAN BANYAK LAGI CERITA YANG SEBENAR YANG LEBIH LENGKAP DAN CERITA LENGKAP HANYA AKAN TERDAPAT DALAM NOVEL " AIRMATA DALAM KELAMBU"

CERITA INI ADALAH KISAH BENAR DAN HANYA DIOLAH ATAU DITAMBAH SEDIKIT UNTUK NAMA WATAK SAHAJA BAGI MENJAGA MARUAH MEREKA YANG TERLIBAT.

RINGKASAN CERITA INI BOLEH ANDA IKUTI DENGAN MENGIKUT TURUTAN MUKA SURAT YANG BERMULA DARI 1.1.

SELAMAT MEMBACA.

TERIMA KASIH


ABC.
Ahmad Baharom Creation

Wednesday, 26 November 2014

3.4] Sam akan Nampak seperti biasa sahaja dengan anak-anak malah Najwa serta pekerja-pekerjanya. Sebenarnya dalam tiada mereka tahu penderitaan tanggungan fikiran telah memakan dirinya. Fikirannya mulai kusut dan tangannya mula menggeletar dan kepala serta bahagian dada dan belakangnya terasa sakit-sakit. Kesedihan layanan Najwa, Konflik Mertua, masaalah perniagaan, dan masaalah peribadi dia dengan Rokiah. Semuanya sekarang terus bertukar ganti membingungkan fikirannya. Dia betul-betul merasai dirinya seperti ada yang tak kena.

Sam kerap pulang kekampung untuk bersama keluarganya kerana ingin berehat dan melepaskan kerinduan pada keluarga. Dia akan tetap membawa bersama anak dan isterinya bersama jika kesana dan sentiasa menyembunyikian semua masaalahnya yang dihadapinya daripada pihak keluarganya.Di mata mereka, Sam dan Najwa adalah pasaangan yang paling bahagia dan mereka berbangga mempunyai menantu yang warak. Semasa dikampungnyalah Sam merasakan segala kerisauan dan kesunyiannya terubat. Kekadang dia akan membawa ibunya balik keTrengganu sebagai teman menemani beliau. Semasa ibunya ada bersama Najwa kan lebih mesra dengannya, Anak-anaklah tempat dia menumpang kasih dan dia akan menghabiskan banyak masa bersama mereka,

Sam sekarang telah mempunyai 2 orang anak, seorang lelaki dan seorang parempuan. Berbagailah cara Sam cuba untuk menggembirakan hatinya namun semuanya gagal sehinggakan tumpuan kepada kerjanya terganggu. Seluruh keadaan pengeluarannya mula kucar kacir dan mutu pengeluaran amat teruk dan menjejaskan jualan. Fikirannya tidak lagi bolih sekreatif seperti dulu lagi.Bila terasa amat tertekan, dia akan pergi menyelam kelaut dan kekadang dari pagi sampai petang baru pulang dan selalunya dia akan pergi sendirian.

Dia tidak lagi menumpukan perhatian kepada kerjanya lagi. Wan, mak saudara Najwa perasan akan perubahan yang berlaku dan selalu melayan Sam bercakap semasa berada dipejabat serta menyatakan simpati kepada apa yang telah Sam lalui dan meminta dia tabahkan hati dan berusaha lagi. Wan juga mengkagumi ketabahan serta kebolihan Sam disamping tabah menghadapi kerenah Najwa dan keluarganya. Wan memberi tahu bahawa keputusan menghalang pinjaman itu dibuat bukanlah keputusan Najwa tapi keluarganya juga.Dia tahu kerana keluarga mereka rapat dan selalu bertemu.

Suatu hari Sam meminta Wan membantunya. Permintaan itu agak pelik, iaitu meminta Wan menemaninya selalu dan juga mengikut kemana dia hendak pergi sebagai kawan. Sam juga menerangkan kepada Wan, mungkin dia sakit sekarang kerana amat terasa kelainannya. Dia harap dengan bercakap dan jika ditemani olih Wan dia akan merasa lebih selesa dan tenang.

Wan mulanya tak setuju kerana takut Najwa tersalah sangka atau cemburu kepadanya. Sam menerangkan bahawa tiada sebab Najwa nak cemburu kerana Wan adalah mak saudara Najwa, maka Wan pun bersetuju. Mulai hari itu Sam dan Wan selalu bercakap dengan wan serta Sam amat kerap pergi kerumah keluarga Wan waktu malam semata-mata nak berbual dan bermesra. Sam juga selalu mengambil Wan dari rumahnya untuk berjalan-jalan jika ada kelapangan.

Keluarganya tidak menghalang mungkin kerana mereka telah Wan terangkan segala masalah yang sebenar. Sepanjang Sam dibantu dan dinasihati olih Wan dia mula menumpukan perhatian terhadap kerja dan keadaan kilang lebih baik dan teratur. Kirima

No comments:

Post a Comment