KONFLIK DALAM KELAMBU.


SEMUA ARTIKEL DIDALAM BLOG INI HANYALAH DRAF RINGKAS RENTETAN PERISTIWA SAHAJA. IANYA AKAN DIEDIT SERTA DITAMBAH DENGAN BANYAK LAGI CERITA YANG SEBENAR YANG LEBIH LENGKAP DAN CERITA LENGKAP HANYA AKAN TERDAPAT DALAM NOVEL " AIRMATA DALAM KELAMBU"

CERITA INI ADALAH KISAH BENAR DAN HANYA DIOLAH ATAU DITAMBAH SEDIKIT UNTUK NAMA WATAK SAHAJA BAGI MENJAGA MARUAH MEREKA YANG TERLIBAT.

RINGKASAN CERITA INI BOLEH ANDA IKUTI DENGAN MENGIKUT TURUTAN MUKA SURAT YANG BERMULA DARI 1.1.

SELAMAT MEMBACA.

TERIMA KASIH


ABC.
Ahmad Baharom Creation

Wednesday, 26 November 2014

BAB KEDUA.

MEMULAKAN PERNIAGAAN BARU.

2.1]- Setelah beberapa hari Sam dan Najwa berkahwin mereka didatangi olih pekerja-pekerja mereka sambil mengucapkan selamat Pengantin Baru kepada mereka. Semua pekerja amat gembira melihat Sam dan Najwa telah dapat bersama. Mereka juga bertanya akan rancangan Sam selepas ini dan Sam menjawab mungkin akan balik ke Kuala Lumpur dan menyambung perniagaan bersama sepupunya. Sam tahu peluangnya di Trengganu amat besar tetapi akibat masaalah keluarga masih belum selesai maka dia tidak berani untuk bertahan lama disana. Baginya rezeki ada dimana-mana.

Pekerja-pekerja yang datang hari itu merayu agar Sam membuka semula bengkel batik kerana mereka hendak berkerja dengan Sam. Mereka tidak mahu bekerja dengan Yusri dibengkel lama kerana tidak yakin dan mereka kata Yusri tidak tahu langsung hal batik seperti yang Sam buat.. Selain itu mereka amat tidak suka dengan Yusri yang bertindak sedemikian kejam kepada Sam. Akhirnya mereka berkata bahawa mereka akan berhenti dan bekerja ditempat lain.

Sam merasakan adalah satu kerugian jika mereka berhenti kerana mereka telah mula mahir dan sudah bolih membuat kerja. Lagi satu Sam amat takut ada pengusaha lain yang akan mengambil mereka bekerja kerana tahu potensi perniagaan jenis ini amat besar, malah sebelum ini sudah ada pengusaha yang cuba memujuk pekerjanya untuk bekerja dengan syarikatnya. Nasib baik Sam telah merancang cara kawalan kemahiran yang terhad yang membuatkan setiap pekerjanya tidak tahu keseluruhan proses, melainkan melakukan tugas khusus yang diberi sahaja. Jadi tiada seorang pekerja yang tahu keseluruhan proses atau aliran kerja yang sebenar.

Sam meminta pekerja-pekerjanya bersabar kerana dia akan fikirkan dan cuba berusaha dalam sehari dua ini. Keesukan harinya Sam telah pergi kesebuah Hardware di Simpang Tok Ku untuk meminta kemudahan kredit bahan-bahan untuk membuat bengkel.Nasibnya amat baik kerana Taukeh Hardware itu bermurah hati membantu kemudahan kredit sebanyak RM 15,000.00 dalam nilai bahan kepada Sam untuk membuat bengkel baru. Dia percaya kepada Sam kerana dia telah mendengar khabar tentang perusahaan Sam sebelum ini dan juga telah terdengar cerita masaalah Sam. Ini disebabkan yang Hiliran Masjid dan Sinpang Tok Ku adalah terlalu dekat. Sam balik berbincang dengan Najwa dan kakak Iparnya maka semua bersetuju menyewa sedikit ruang daripada kawasan lapang yang amat luas disebelah rumah yang disewa olih kakak Najwa itu.

Tuan Tanah telah bersetuju menyewakannya kepada Sam. Sam memulakan pembinaan bengkel yang diusaha dan dibuatnya sendiri. Sam telah biasa bertukang membuat rumah, jadi dia tiada masaalah untuk membuat bengkel yang lebih ringkas. Dia bertukang seorang diri kerana tiada wang hendak mengupah orang lain.Sam bekerja keras sehingga bengkelnya siap.Untuk memulakan perniagaan, Sam telah berjumpa pembekal cat dan bahan kimia dan meminta kemudahan kredit juga.

Modal paling besar ialah stok kain putih. Inilah masaalahnya yang paling besar tapi akhirnya Sam menawarkan system upah proses kepada beberapa pelanggan lamanya. Pelanggan hantar kain putih dan Sam memproses dengan harga murah sedikit dan cara ini telah mendapat sambutan dan masaalah modal dapat diselesaikan.

Setelah itu Sam menamakan perniagaan nya sebagai NAJWA BATIK. dan kerana dia amat sayangkan Najwa serta kilang itu berada diTrengganu maka dia pun hanya meletakkan Najwa sebagai pemilik Tunggal.Sam berpendapat dengan cara itu adalah lebih mudah untuk mendapat bantuan dengan Kerajaan Negeri sekiranya memerlukan kerana Najwa adalah anak Tempatan.Selain dari itu Sam tidak mahu orang berdengki dengan kejayaannya kerana hakikatnya Najwa yang punya. Sam sedar dia orang merantau serta kemungkinan-kemungkinan yang patut dihadapi. Sebagai isterinya Sam mempercayai sepenuh hati.

No comments:

Post a Comment