Mereka ditawarkan gaji mahal dan ramai lah yang hendak mengikut Sam bekerja. Ada yang pergi dengan menaiki keretanya dan ada yang menggunakan bas ekspress, tetapi Sam berkata mereka yang menaiki bas kena pulang dengan menaiki lori trailer. Sesampai diTrengganu Sam telah mengarahkan semua pekerja itu merobohkan kilang Najwa Batik seberapa cepat yang bolih.
Beberapa pekerja tempatan juga digaji untuk tujuan tersebut. Sebahagian dari kilang itu telah Sam jual kepada Tuan Tanah kerana dia ingin membuat kilang perabut atau pusat servis kereta katanya. Perabut dan kelengkapan pejabat pun dilelong. Hanya sebahagian kilang sahaja yang dirobohkan. Bahan binaan yang dirobohkan itu ada yang dibeli olih penduduk tempatan dan bakinya dimuatkan dalam beberapa Trailer untuk dibawa balik kekampungnya.
Sam tidak pergi atau memberi tahu ibu-bapa mertuanya bahawa dia akan merobohkan kilang itu. Tiada siapa antara keluarga yang tahu.Itu memang telah dirancang olih Sam. Dia tidak fikir untung atau rugi lagi, apa yang pasti dia berkuasa sepenuhnya keatas segala yang sepatut menjadi haknya. Biar orang semua lihat, dialah pemilik sebenar dan berkuasa berbuat apa dia suka keatas harta kepunyaan dia. Sebelum semua Trailer bergerak meninggalkan tapak kilang yang seakan sudah kosong itu Sam menitiskan air mata serta memeluk Atuk Saudaranya yang ikut bersama untuk membantu. Atuknya membisikkan bahawa Sam masih ada kilang lagi dan masih bolih berusaha lagi.
Setiba semua bahan tersebut dikampung Sam, ianya ada yang dijual dan juga disedekahkan kepada orang miskin untuk membesarkan rumah mereka.Sam tidak perlu semua itu kerana dia sudah ada sebuah lagi bengkel dikampung itu yang telah ditutupnya kerana kerugian dahulu. Walau pun tak besar tapi cukuplah untuk memulakan yang baru.Sam berehat beberapa bulan dengan meneruskan hobbinya memancing dan beriadah. Kekadang dia akan menghabiskan masa selama beberapa hari seorang diri didalam sungai sambil memancing. Sam memang begitu, jika ada sesuatu yang difikirkan dia akan banyak beriadah serta berehat.
Suatu hari, semasa Najwa dan anak-anaknya balik menziarahi orang tuanya diTrengganu, Sam membeli sebuah sampan dan bersiap dengan semua bekalan makanan dan peralatan memancing yang banyak.Dia juga membawa beberapa buah fail, kertas taip serta alatulis yang agak banyak. Selepas itu dia menghilangkan diri selama seminggu kedalam sungai dan hutan.
Akibat terlalu lama pergi malah sendirian dan tidak ditemui olih orang yang biasa mencari ikan didalam sungai itu. Ibubapa Sam khuatir sesuatu telah berlaku keatas dirinya. Ramai sahabat dan orang yang bekerja mencari ikan disungai itu pergi mencari Sam tetapi tidak juga berjumpa, malah sampannya yang besar juga tidak kelihatan.
Sam sudah hilang selama seminggu dan semua orang mulai risau kerana dalam sungai itu banyak buaya besar. Dan ada juga yang berkata bahawa Sam telah disorokkan olih Bunian.Semua usaha mencarinya gagal walaupun sepanjang sungai, dari Muara sampailah kehulu dan semua pengkalan sampan telah ditinjau. Hilang. Kirim
No comments:
Post a Comment