Pada suatu hari, semasa dia sedang berniaga bersama dengan pembantunya, seorang jirannya yang baru berpindah kerumah sewa yang bersebelahan dengan bengkelnya berteriak dengan amat kuat sambil memaki-maki sambil memandang kegerainya. Wanita yang dipanggilnya dengan nama Kak Yang itu seperti orang kerasukan serta meludah-ludah kerah gerainya. Sam amat terperanjat dengan kelakuannya itu, dan semua pelanggan serta makcik yang berkerja itu juga terperanjat. Kak Yang akan senyap bila dia keluar atau bila Sam sudah menutup gerainya. Semakin hari semakin melampau dia memaki dan sekarang sudah terang-terang memaki serta mencemuh perniagaan Sam sehingga semua pelanggan terpinga-pinga. Sam cuba bersabar kerana kalau mengikut fikirannya mungkin Kak Yang itu hendak mensabotaj perniagaannya kerana telah diketahui bahawa Kak Yang dengan suaminya adalah perniaga makanan juga, dimana dia kan membawa bahan jualannya ke Projek Penapisan Minyak untuk dijual disana. Itulah kerjanya setiap hari.
Semakin lama Kak Yang menjadi semakin gila dan terlalu melampau.Selain memaki-maki dia juga menakut-nakutkan pelanggan Sam dengan menyatakan bahawa makanan yang Sam masak adalah kotor dan Najis. Sam sudah hilang sabar dan mula memarahi tinkahlaku Kak Yang itu tetapi suami Kak Yang itu seperti mempertahankan isterinya. Sam masih tak puas hati dan terus melawan dan sehingga hendak mencetuskan pergaduhan. Tanpa diduga, Makcik Tua yang bekerja bersama Sam berkata bahawa kalau begini lebih baik dia berhenti bekerja kerana semua ini adalah disebabkan olihnya.Sam terperanjat dengan perkataan makcik itu dan terus bertanya akan sebabnya.
Makcik itu berkata dulu dia pernah bekerja dengan Kak Yang sebelum bekerja dengan Sam selaku tukang masak kerana Kak Yang juga berniaga bahan makanan. Olih sebab gaji yang terlampau murah serta tak tahan dengan perangai Kak Yang yang celupar dan tak bertimbang rasa, dia pun berhenti kerja dan bekerja dengan Sam. Menurutnya sampai sekarang Kak Yang masih lagi tak dapat mencari pekerja pembantu, dan mungkin bila berpindah berdekatan disini dan terlihat makcik itu bekerja dengan Sam, dia menjadi amat sakit hati.Hari itu juga Sam membayar gaji makcik itu dan dia berhenti. Kak Yang juga secara aotomatik hilang gilanya.
Mulai sekarang Sam tinggal seorang diri menjalankan perniagaannya.Dia cuba meminta sahabat-sahabatnya mencarikan pengganti makcik itu tetapi ternyata gagal. Walaupun semua masakan itu adalah resepi dan arahan Sam tetapi dia tak mampu melakukannya tanpa orang mahir yang tahu serta sedia bekerjasama dengannya. Akhirnya Sam mengalah dan mengambil keputusan menutup gerainya setelah mendapat idea baru sebagai ganti sebagai punca rezekinya. Walau hatinya parah dengan segala cobaan, dia tiada pilihan untuk meneruskan usaha untuk terus hidup dan memelihara keluarga.
No comments:
Post a Comment