2.2 Hampir sebulan melakukan kerja kerja pembinaan bengkel dan semua rundingan meminta bantuan maka Sam telah memulakan perniagaan semula. Dia memanggil pekerja-pekerja lama nya untuk bekerja. Hampir kesemua pekerja datang bekerja semula bersama Sam. Sam bekerja dengan rajin siang dan malam dan akhirnya dalam masa yang singkat, dia telah maju dan keuntungan bertambah baik.
Najwa membantu apa yang patut. Selalunya Najwa mengajar pekerja mewarna kain-kain dibahagian proses. Disebabkan permintaan pelanggan amat banyak, termasuk dari Kelantan yang berminat untuk menempah kain dari Sam maka Sam pun meminta Tuan Tanah menyewakan seluruh kawasan kosong yang luas itu kepadanya dan persetujuan didapati. Dalam masa dua bulan sahaja segala hutang dengan Hardware tempuhari telah dapat dibayar olih Sam. Sam juga telah meminta lagi kemudahan kredit yang lebih besar dari pada tuanpunya Hardware kerana dia ingin membesarkan bengkelnya lagi dan telah dipersetujui setelah Sam berjanji akan membayar pada kadar yang tertentu pada setiap bulan.
Sam juga telah meminta kemudahan yang sama dari pembekal Bahan mentah dan Kimia. Dia pun memulakan pembinaan bengkel yang lebih besar dengan dibantu olih beberapa pekerja untuk melakukannya. Pada sebelah malamnya Sam akan melukis sampai larut malam bagi menampung keperluan permintaan yang terlalu banyak.
Suatu hari Najwa telah didatangi olih seorang penjual Emas yang menawarkan sebentuk gelang emas yang berharga RM 800.00. Najwa ada menunjukkan gelang itu kepada Sam tapi Sam berkata dia tiada wang lebih masa ini sebab masih banyak hutang. Najwa memulangkan semula gelang itu kepada perempuan itu serta berkata masih tidak mampu. Wanita itu kemudiannya pergi.
Dua hari selepas itu, selepas sembahyang Isyak rumah kakak Iparnya didatangi olih Ayah dan Ibu Najwa serta kakak Najwa yang lagi seorang bersama suaminya tetapi Yusri tidak kelihatan. Mereka memanggil Najwa dan Sam keluar dari bilik. Sam dan Najwa pun keluar dan didapati mereka semua telah sedia menunggu mereka termasuk kakak ipar yang rumah mereka tumpangi dan suaminya. Dari pemerhatian Sam riak muka semua orang adalah seperti menghadapi masaalah. Sam kehairanan melihat mertua lelakinya datang kerana sebelum ini tak pernah bersua semenjak Sam bernikah.
Sebaik sahaja Sam duduk, maka mereka pun bertanya kepada Sam kenapa dia tidak membelikan gelang emas yang diminati Najwa. Sam amat terperanjat dan menolih kepada Najwa. Dilihatnya Najwa menundukkan muka. Sam pun menyatakan bahawa dia masih tak punya wang kerana semuanya telah dilaburkan semula malah sekarang pun modal pusingannya masih belum cukup. Mereka memarahi Sam sebab tak menghargai pertolongan Najwa yang sama bekerja membantu membangunkan perniagaan yang ada sekarang.
Malam itu Sam agak kurang sabar dan berkata agak kasar kerana dia merasakan perkara seperti itu tidak patut berlaku kerana dia mempunyai rancangan sendiri untuk Najwa. Sam harap mereka bersabar jika dia sudah berjaya maka semua itu akan bolih dibeli bila tiba waktunya.
Selepas itu Sam terus bangun dan masuk kedalam bilik kerana amat kecewa dan marah dan mereka semua di tinggal kan olih Sam dan kemudian mereka pun balik. Mungkin juga Sam agak kasar malam itu kerana masih kecil hati dengan masaalah yang baru berlaku sebelum ini. Hati dan fikirannya masih belum pulih.
No comments:
Post a Comment