KONFLIK DALAM KELAMBU.


SEMUA ARTIKEL DIDALAM BLOG INI HANYALAH DRAF RINGKAS RENTETAN PERISTIWA SAHAJA. IANYA AKAN DIEDIT SERTA DITAMBAH DENGAN BANYAK LAGI CERITA YANG SEBENAR YANG LEBIH LENGKAP DAN CERITA LENGKAP HANYA AKAN TERDAPAT DALAM NOVEL " AIRMATA DALAM KELAMBU"

CERITA INI ADALAH KISAH BENAR DAN HANYA DIOLAH ATAU DITAMBAH SEDIKIT UNTUK NAMA WATAK SAHAJA BAGI MENJAGA MARUAH MEREKA YANG TERLIBAT.

RINGKASAN CERITA INI BOLEH ANDA IKUTI DENGAN MENGIKUT TURUTAN MUKA SURAT YANG BERMULA DARI 1.1.

SELAMAT MEMBACA.

TERIMA KASIH


ABC.
Ahmad Baharom Creation

Thursday, 27 November 2014

6.7] Pada suatu hari Ibu dan Bapa mertua Sam datang melawat mereka, tetapi Sam perasan bahawa mereka agak kurang mesra dari sebelum ini. Yang paling ketara ialah Bapa mertuanya yang bolih dikatakan langsung tidak berkata-kata pada Sam, malah dari air mukanya ternyata seperti marah. Sam perasan semua itu dan cuba mencari punca dan sebabnya mereka berkelakuan begitu. Sam sudah amat faham dengan cara mereka bak kata orang, Sudah Masak dengan perangai mereka. Dalam hati Sam berkata-kata, adakah mereka marah sebab dia mengubah rumahnya dari sebuah rumah kecil sehingga menjadi sebesar itu, atau marahkah mereka kerana Sam berhenti berniaga gerai makanan dan bergiat membuat batik semula, serta berbagai andaian yang cuba Sam fikirkan. Bila tiba waktu petang dan mereka hendak balik ke Kuala Trengganu, hanya ibu Najwa yang pulang, tetapi ayahnya tinggal dan berkata dia akan tinggal disitu.

Mulai hari itu ayah mertua Sam tinggal bersama mereka tetapi yang peliknya tidak lagi betegur sapa dengan Sam.Dengan muka tegang serta senyap, dia akan duduk didepan bengkel batik Sam serta akan memalingkan muka jika ternampak Sam.Bila Sam nampak semua itu berlaku, didalam hatinya terketik menyatakan satu perkataan sahaja, Gila.Perkara itu bukan berlaku satu atau dua hari tetapi hampir dua bulan. Jika ayah Najwa pulang keKuala Trengganu,maka ibu Najwa pula tinggal bersama mereka. Walau pun ibunya tidaklah seperti ayahnya, dan masih bolih bersembang, tetapi memang Sam perhatikan ada sesuatu yang tidak kena. Mereka seperti selang berganti tinggal bersama Sam sekeluarga.Sekejap ayah, dan sekejap ibu mertua yang tinggal bersama. Bukan setakat itu sahaja, ayah mertuanya mula bersikap mengangkat pinggan nasinya untuk makan ditempat lain jika Sam ingin makan bersama. Dalam hati Sam berkata " Dah mula dah orang tua ni".

Akhirnya Sam mula perasan bahawa mungkin Najwa merasa tidak senang dengan sikap Sam sekarang yang kerap beleter serta selalu memarahinya dan sudah mula berkata kasar yang membuatkannya memanggil ibu-bapanya sebagai pengawal dan pemerhati.Dengan cara itu Najwa berharap Sam tidak lagi berani memarahinya lagi.Walaupun Sam merasa tidak selesa dan juga berasa sakit hati dengan tingkah laku mereka tiga beranak, tapi Sam masih meneruskan kerjanya membangunkan perniagaannya.

Najwa juga sebelum ini pernah mempertikaikan cara Sam berniaga dengan berhutang.Bagi Sam tiada cara lain selain cara yang telah dilakukannya sekarang untuk membuka peluangnya semula untuk dia berniaga.Dia kena berani dan sanggup menanggung risiko serta sedia bekerja keras untuk mempertanggung jawabkan diri terhadap semua tanggungannya. Najwa tidak suka cara Sam, apa yang dia harapkan Sam mengumpul modal sehingga semuanya cukup baru bolih berniaga. Perkara inilah yang selalu menimbulkan punca tak puas hati Najwa sehinggakan menimbulkan pergaduhan dengan Sam. Kekadang akibat terlalu marah, ada kalanya Sam menghempaskan pinggan nasinya, akibat terlalu marah. Diantara Sam dan Najwa sudah tiada persefahaman lagi.

Bila semua itu berlaku, Sam sudah mula tertekan dan kurang semangat untuk bekerja. Dia merasa amat sakit hati serta merasai semua kerja dan pengorbanannya selama ini tidak dihargai langsung.Sam sudah bertekad nak melarikan diri kerana sudah putus asa dan kehilangan kasih sayang.Semua baginya tidak bermakna lagi.

Suatu hari, Bapa mertuanya telah pulang ke Kuala Trengganu, tetapi ibu Najwa tidak pula datang mengganti. Dalam hati Sam mungkin dia dah bosan atau nak berehat menjadi Spy, itulah sebab ambil keputusan balik kerumahnya atau putus asa,iaitu selama mereka berada disini, San dan Najwa tiada bergaduh langsung. Sam ketawa dalam hati melihatkan perangai mertuanya. Sakit hati, itu sudah pasti.

Selang beberapa hari, Sam bergaduh secara lisan dengan Najwa, dan mungkin kerana Sam sudah mempunyai hati yang membusung, dia agak berkasar.Tiadalah teruk sangat pergaduhan itu dan selesai sekejap sahaja.Sam memang begitu, jika dia marah, dia akan luahkan tetapi dia tidak suka bergaduh berpanjangan sehinggakan dia selalu meminta maaf selepas itu walau pun dia rasa tak bersalah, tetapi demi keharmonian dia lakukan juga. Cuma pihak Najwa memang tiada pernah meminta maaf dari Sam dari mula berkahwin, walau dalam apa jua keadaan.Seperti biasa pergaduhan itu berakhir dan tiada apa yang berlaku.

Petang itu, selepas lebih kurang 3 jam Sam dan Najwa bergaduh, dua buah kereta keluarga Najwa telah datang termasuk ibu-bapa Najwa sekali. Ramai juga ahli keluarga mereka yang lain datang.Mereka datang dari Kuala Trengganu dan datang sebaik sahaja ada orang mengadu bahawa Sam bergaduh dengan Najwa. Mereka semua datang dan memarahi Sam dan berkata dengan kata-kata yang amat menyakiti hati Sam.Mereka juga berkata bahawa baru sekejap mereka tinggalkan, sudah bergaduh semula. Dengan itu jelaslah benar telahan Sam yang mereka itu tinggal bersama kerana menjadi spy. Sam yakin kalau dahulu Najwa yang mengadu, dan kali ini Najwa juga yang punyai angkara.

No comments:

Post a Comment