KONFLIK DALAM KELAMBU.


SEMUA ARTIKEL DIDALAM BLOG INI HANYALAH DRAF RINGKAS RENTETAN PERISTIWA SAHAJA. IANYA AKAN DIEDIT SERTA DITAMBAH DENGAN BANYAK LAGI CERITA YANG SEBENAR YANG LEBIH LENGKAP DAN CERITA LENGKAP HANYA AKAN TERDAPAT DALAM NOVEL " AIRMATA DALAM KELAMBU"

CERITA INI ADALAH KISAH BENAR DAN HANYA DIOLAH ATAU DITAMBAH SEDIKIT UNTUK NAMA WATAK SAHAJA BAGI MENJAGA MARUAH MEREKA YANG TERLIBAT.

RINGKASAN CERITA INI BOLEH ANDA IKUTI DENGAN MENGIKUT TURUTAN MUKA SURAT YANG BERMULA DARI 1.1.

SELAMAT MEMBACA.

TERIMA KASIH


ABC.
Ahmad Baharom Creation

Thursday, 27 November 2014

7.3] Bila mereka berada didalam Kelab Malam itu ternyata amat berbeza dengan keadaan diluar kerana dengan alunan musik yang amat kuat serta sinaran lampu yang bewarna warni membuat kan Sam berasa terhibur dan asyik. Akhirnya Ali telah memilih sebuah meja yang masih kosong dan mereka duduk disana.Sam melihat Ijan seperti terlalu berminat melihat semua yang sedang berlaku disekelilingnya, dalam hati Sam berkata, memang Ijan ini tidak pernah menjejakkan kaki seperti ditempat sebegini. Sam melihat Ali dan Lan terhanguk-hangguk kepala mereka mengikui alunan musik yang sedang berkumandang. Kekadang Sam merasa lucu juga melihat telatah mereka.

Kelab malam itu adalah sebuah kelab Dangdut dan bolih dikatakan semua lagu yang dimainkan oleh pancaragam diatas pentas adalah semuanya lagu dangdut.Disebabkan Sam adalah peminat lagu-lagu dangdut, maka tempat begitu amat sesuai untuknya. Semua pengunjung Kelab itu boleh dikatakan semua Melayu yang terdiri dari berbagai peringkat usia tetapi yang paling ramai ialah golongan yang sudah berumur. Sam tertarik hati melihatkan seorang lelaki yang bolih dikatakan agak tua, dianggarkan berumur dalam enam puluhan yang berpakaian sepasang kot serba putih dan memakai baju merah terang didalamnya. Dialah yang paling menyerlah pada malam itu, selain pakaiannya yang terlalu kontras, dia juga amat ligat menari dengan seorang perempuan muda. Sam tersenyum sendirian melihatkan telatah lelaki tersebut.

Sam menyuruh Ali dan Lan serta Ijan memesan minuman dan makanan tetapi Sam hanya meminta sebotol minuman orange. Ali dan Lan memesan minuman keras dan Sam tidak terkejut kerana dari awal lagi Ali sudah mengakui bahawa dia dan Lan adalah kaki mabuk kalau sampai keKelab Malam tersebut. Sam membuat alasan bahawa dia terpaksa memandu untuk pulang nanti, dalah merbahaya jika dia mabuk. Lagi pun perjalanan pulang ke Parit dari Ipoh bukanlah dekat, serta jalan sempit dan penuh berliku. Ali dan Lan bersetuju dan katanya biarlah mereka sahaja yang mabuk. Ijan yang tadi asyik senyap, memesan sebotol coke.

Ali dan Lan mula minum dan selepas itu mereka memanggil dua tiga orang wanita muda datang kemeja tempat mereka dan berkata mereka nak booking setiap seorang satu perempuan sebagai teman menari. Sam bersetuju dan dia memilih seorang perempuan yang bernama Normah sebagai temannya.Ali dan Lan setiap seorang satu perempuan muda. Bila Sam bertanya kepada Ijan,Ijan menolak mungkin kerana malu lagi sebab dia terlalu muda, bawah 20an. Ali dan Lan terus minum dan apabila ada lagu yang mereka suka, mereka akan menarik perempuan yang mereka booking itu menari bersama dan bila habis menari, mereka akan balik kemeja dan terus minum. Dari satu botol menjadi dua dan kemudian tiga sehinggalah seperti mereka semua benar-benar mabuk. Sam dan Ijan juga begitu, sentiasa bertambah, tetapi Sam minum orange dan Ijan minum Coke. Entah berapa kali mereka berulang alik keTandas untuk buang air, Ali berkata bahawa Lan telah muntah didalam tandas tadi.

Sepanjang mereka semua berhibur, Sam hanya bersembang dengan Normah. Normah mengajak Sam menari, tetapi Sam menolak kerana katanya dia tidak menari dan hanya ingin berbuah bersama Normah sahaja.Sepanjang perbualannya dengan Normah, Normah menerangkan bahawa dia adalah seorang Janda yang sudah beranak satu dan telah tiga tahun menjanda. Sam juga menerangkan yang dia sudah berkahwin, tetapi sekarang isteri dan anak-anaknya berada diTrengganu dan dia disini hanya bekerja. Akan yang berada disebelah Sam hanya tersenyum mendengar perbualan mereka, sambil matanya tekun memerhatikan orang yang sedang menari. Normah juga mengajak Ijan menari tetapi Ijan menolak dan berkata dia tidak biasa.

Dalam masa Sam duduk dimeja dan berbual bersama Normah, dia terperasan bahawa seorang wanita muda yang sedang menari dengan seorang lelaki didepannya selalu menoleh kearahnya. Perempuan itu agak cantik dan bertubuh kecil. Begitu juga sekiranya perempuan itu duduk dimeja yang bertentangan dengan meja Sam, dia selalu memandang kearah Sam dan pernah sekali dia cuba tersenyum. Sam perasankan hal itu tetapi Sam ingat itu hanyalah tektik perempuan disitu untuk menambat pelanggan, jadi Sam tidak berapa hiraukan.

Malam itu mereka pulang keRumah Rehat parit jam 3 pagi dan Ali dan lan serta Ijan tidur dibilik yang berasingan dengan Sam. Sesekali Sam terdengar seperti bunyi orang batuk dan Muntah. Sam merasakan mungkin itu adalah Ali dan Ali yang telah muntah akibat mabuk yang amat teruk tadi.

No comments:

Post a Comment