2.16] Sejak kebelakangan ini menjadi ceria sedikit dan mula bersemangat bekerja semula.Dia telah mula menumpukan perhatian kepada kerjanya dan mula merecipta berbagai jenis corak dan fesyen pakaian baru. Sebenarnya selama ini, disebabkan dia tidak dapat menumpukan perhatian kepada kerjanya, dia kurang mengubah corak dan fesyen pengeluaran nya jadi mutu pengeluaran agak kurang baik dan tidak mendapat sambutan hangat dipasaran jadi permintaan juga agak lembab. Sebenarnya segala rekacorak dan fesyen adalah terletak sepenuhnya kepada hasil kreativiti Sam dan dialah yang menentukan segala-galanya.
Tiada lagi seorang pekerja termasuk Najwa yang bolih melakukannya. Walaupun keadaan perniagaan agak tenat akibat kekurangan modal pusingan, serta pembayaran hutang yang harus dilunasi, Sam tetap sedaya upaya untuk memajukan semula perniagaannya dengan perubahan rekacorak dan fesyen terbaharu.Dia berharap jualan dan juga kutipan hutang meningkat untuk menutup segala kekurangan modal perniagaannya. Malangnya semua pelanggan-pelanggan yang berhutang telah amat kurang membayar malah ada yang tidak membayar langsung walaupun jumlah yang dihutang berjumlah puluhan ribuan ringgit setiap orang.
Ada juga yang telah mati dan ada juga yang telah tutup perniagaan.Ini menambahkan tekanan Sam untuk menguruskan perniagaannya. Stok dan tanggungan hutangnya telah amat ketara merbahayakan. Sam berusaha memasarkan barangan sebaik yang mungkin untuk memulihkan keadaan tetapi ianya gagal kerana sipembayar hutang bolih dikatakan amat kurang dan ini menyulitkan rancangannya. Olih itu akhirnya Sam membuat keputusan untuk membuat pinjaman Bank bagi meneruskan perniagaannya.Sam telah pergi membuat rundingan dan pihak bank sedia membantu dengan syarat mesti mempunyai penjamin yang mencukupi. Sam memberitahu hal kerumitannya itu kepada Wan [mak saudara Najwa] akan perkara itu.
Bagi Sam untuk meminta bantuan dari adik beradik Najwa sudah pasti mustahil. Dia buntu. Wan telah member tahu Sam dia telah mendapat penjamin yang mencukupi bagi membantu Sam untuk mendapatkan pinjaman tersebut.Mereka itu adalah Abang dan Abang ipar dia yang sudi dan percaya untuk membantu. Sam telah pergi berunding dengan kedua abang Wan itu dan telah dapat kata sepakat untuk berusaha. Mulai hari itu Sam dan Wan Sibuk membuat lapuran dan Kertas Kerja bagi tujuan tersebut.
Sam masih cuba bertahan dengan mengiatkan jualan dengan banyak menghantar pesanan dari Kuala Lumpur.Dia sekarang lebih kerap pergi seorang diri dan mengambil kesempatan bertemu dengan Rokiah. Semasa di Kuala Lumpur, Rokiahlah yang menemani Sam membuat urusniaga. Suatu hari abang Rokiah mengikut Sam balik keTrengganu kerana seperti yang dirancang dia ingin bercuti selama seminggu dan dia menetap dirumah Sam. Najwa agak terperanjat bila Sam memperkenalkan Rahim kepadanya.
Malam itu berlaku pergaduhan diantara mereka kerana Najwa mula tahu bahawa Sam masih berhubung dengan Rokiah serta keluarganya. Sam dah malas nak melayan hal itu dan buat tak tahu dan tak mengaku segala tuduhan Najwa. Akibat sikap tidak peduli Sam itu telah menambahkan kemarahan Najwa. Hubungan mereka bertambah renggang. Selepas seminggu Rahim bercuti dan berhibur bersama Sam maka Sam pun pergi ke Kuala Lumpur untuk menghantar Rahim dan sambil menghantar kain-kain untuk pelanggan disana.
No comments:
Post a Comment