KONFLIK DALAM KELAMBU.


SEMUA ARTIKEL DIDALAM BLOG INI HANYALAH DRAF RINGKAS RENTETAN PERISTIWA SAHAJA. IANYA AKAN DIEDIT SERTA DITAMBAH DENGAN BANYAK LAGI CERITA YANG SEBENAR YANG LEBIH LENGKAP DAN CERITA LENGKAP HANYA AKAN TERDAPAT DALAM NOVEL " AIRMATA DALAM KELAMBU"

CERITA INI ADALAH KISAH BENAR DAN HANYA DIOLAH ATAU DITAMBAH SEDIKIT UNTUK NAMA WATAK SAHAJA BAGI MENJAGA MARUAH MEREKA YANG TERLIBAT.

RINGKASAN CERITA INI BOLEH ANDA IKUTI DENGAN MENGIKUT TURUTAN MUKA SURAT YANG BERMULA DARI 1.1.

SELAMAT MEMBACA.

TERIMA KASIH


ABC.
Ahmad Baharom Creation

Wednesday, 26 November 2014


SAM DAN ROKIAH BERPISAH

1.2] Walaupun Sam amat kecewa dan bersedih serta terparanjat dengan penjelasan Rokiah itu..Dia cuba mengawal diri dengan Nampak bersahaja walaupun air matanya mula mencair sedikit. Dia dengan tenang berkata bahawa memang dia amat meminati dan amat sayang kepada Rokiah serta keluarga Rokiah kerana telah bertahun bergaul dengan mereka seperti adik beradik dan keluarga.Sam berkata kalau itu yang sudah Rokiah katakan , maka dia tiada hak untuk memaksa lagi. Sam berjanji akan sentiasa menghurmati Rokiah dan keluarga dan akan mengekalkan persahabatan serta perhubungan baik antara dia,Rokiah dan keluarganya. Setelah makan dan bergurau senda semula…mereka pun meninggalkan restaurant tersebut untuk pulang kerumah. Sam menghantar Rokiah sehingga kerumah.

Akibat kekecewaan terhadap Rokiah..Sam agak murung dan kurang mood bila melakukan kerja dibengkel lukisan dan batiknya. Dia selalu termenung kerana patah hati. Rohani..isteri abang sepupunya mengusik Sam dan cuba mengetahui masaalah Sam..tapi dia hanya berdiam diri. Begitulah keadaannya dalam beberapa hari… Walaupun dia amat sedih..tetapi dia akan tetap pergi kerumah Rokiah untuk melawat keluarga Rokiah seperti dahulu juga. Dalam seminggu sekurang-kurangnya sekali mesti Sam pergi kerumah Rokiah. Walaupun telah mengetahui Rokiah menolaknya tetapi Sam masih tetap Rindu dan masih tak bolih melupakan Rokiah.

Namun satu hari semasa dia datang kerumah Rokiah..dia terserempak dengan Anizan iaitu kekasih Rokiah yang telah disebutkan dahulu. Masa itu dia merasakan perasaan cemburu yang amat sangat dan masih cuba menyembunyikannya dan meminta diri untuk pulang dengan tergesa-gesa. Mulai hari itu Sam tidak lagi pergi kerumah Rokiah dan dia bertambah sedih sehingga tidak dapat melakukan kerja-kerja melukis kerana fikirannya kacau.Dia selalu meninggalkan kerjanya yang tidak siap dan akan pergi ketempat Najwa belajar untuk berborak bersama-sama rakan disana. Olih kerana raut wajahnya yang ketara agak bersedih Najwa dan sahabat yang lain pun bertanya akan sebab dia kelihatan sedemikian..Sam ini adalah seorang yang suka melawak sepontan lalu menjawab, bahawa dia bersedih kerana nenek dia nak kawin lagi.

Begitulah keadaan Sam selang beberapa lama..malah kekadang dia akan bertandang kerumah sewa Najwa dan rakan-rakan yang lain untuk berborak dan bergurau. Lama kelamaan mereka menjadi amat mesra terutama Najwa menjadi lebih mesra dengan Sam. Najwa juga selalu mengikut Sam kebengkel batiknya dihujung minggu dan membantu Sam membuat kerja. Sam mula ceria semula dan bertambah rajin bekerja. Kemesraan Sam dengan Najwa dan rakan-rakan yang lain telah membuatkan Sam mengajak semua mereka pergi berkunjung kerumah Ibu bapa Sam dan Najwa pun ikut sama. Najwalah tempat Sam sekarang berhibur dan bermanja dan mereka mula berjalan bersama untuk santai dan berhibur. Tidak kira siang atau malam ,jika ada kelapangan mereka akan berduaan…malah bila Sam balik kekampung Sam pun bersama. Pernah mereka sampai kerumah ibu bapa Sam jam 2 pagi… Olih kerana Sam begitu rapat dengan Najwa…pernah ayah Sam menyuarakan kepada dia agar mengambil Najwa sebagai isteri sekiranya Sam sudah mampu.

Pada suatu hari ..Najwa menyampaikan satu berita yang diterimanya semasa balik bercuti kekampungnya..iaitu ada seorang Hartawan yang ingin mencari seorang yang pandai membuat batik Sutera untuk mengajar beliau. Hartawan itu ingin membuka kilang batik dinegeri Najwa. Dia menawarkan gaji sebanyak RM 1,500 sebulan. Najwa mencadangkan agar Sam pergi dan menerima tawaran itu. Satelah mengetahui hal tersebut..Sam meminta masa untuk memikirkannya. Kiriman

No comments:

Post a Comment