KONFLIK DALAM KELAMBU.


SEMUA ARTIKEL DIDALAM BLOG INI HANYALAH DRAF RINGKAS RENTETAN PERISTIWA SAHAJA. IANYA AKAN DIEDIT SERTA DITAMBAH DENGAN BANYAK LAGI CERITA YANG SEBENAR YANG LEBIH LENGKAP DAN CERITA LENGKAP HANYA AKAN TERDAPAT DALAM NOVEL " AIRMATA DALAM KELAMBU"

CERITA INI ADALAH KISAH BENAR DAN HANYA DIOLAH ATAU DITAMBAH SEDIKIT UNTUK NAMA WATAK SAHAJA BAGI MENJAGA MARUAH MEREKA YANG TERLIBAT.

RINGKASAN CERITA INI BOLEH ANDA IKUTI DENGAN MENGIKUT TURUTAN MUKA SURAT YANG BERMULA DARI 1.1.

SELAMAT MEMBACA.

TERIMA KASIH


ABC.
Ahmad Baharom Creation

Thursday, 27 November 2014

7.2] Olih sebab Sam nampak mewah dan berkereta mahal dan besar maka ramailah orang hendak berkawan dengannya, termasuk wanita-wanita yang menyangka Sam yang waktu itu baru berumur 24 tahun serta bolehlah dikatakan segak juga. Tapi Sam tidaklah ambil perhatian perkara tersebut kerana terlalu mengingati anak-anaknya dan dia juga tidak berniat untuk berkahwin lagi. Dengan pendapatan serta kemewahan yang dia ada sekarang, dia boleh berkahwin lagi tetapi hatinya tidak lagi terfikir tentang itu.Walaupun hati dan perasaannya terhadap Najwa telah pupus, tetapi demi anak-anak dia masih menaruh harapan kepada Najwa untuk berubah dan menjadi seperti wanita yang diimpikannya.

Olih sebab Sam sudah mula amat kurang melakukan kerja pameran dan jualan, maka Man yang mengikut dan membantunya telah pulang keKuala Lumpur untuk membantu sepupunya Amir disana. Sam terus menalipon Ijan di Kuala Trengganu dan meminta dia meninggalkan Kilang Sutera Paka dan pulang kekampung. Sam akan pergi mengambil Ijan dikampungnya dan akan membawa dia bekerja di Perak seperti yang telah dijanjikan.Bagi Sam, Najwa pandailah menjaga diri kerana kaum keluarganya semua ada disana. Tidak lama selepas itu Ijan telah mula bekerja dengan Sam diPerak.

Sam tidaklah sibuk sangat pada masa itu selain mengambil stok dari Kuala Lumpur, dia juga kekadang pergi menyiasat kawasan lain sambil membuat pameran dan jualan seperti biasa yang dilakukannya sebelum ini. Tempat yang paling disukai olih Sam dan Ijan untuk pergi ialah keGrik. Disitu pasarnya bermula dipetang Sabtu hinggalah keesukan hari Ahadnya dan disana sahaja Sam selalu mendapat keuntungan lumayan.Kadang kadang dia akan mendapat keuntungan sehingga RM 1000.00 hasil jualan disana, dan tidak termasuk dari hasil jualan agen-agen jualan yang lain.

Kini dia bersama Ijan siang dan malam bersama.Dalam masa itu Sam juga ada berkawan dengan beberapa peniaga gerai buah-buahan dan maknanan sekitar pekan Parit itu.Selama ini Sam hanya menumpukan seluruh perhatiannya terhadap kerjanya.Tiada masa untuknya berhibur. Waktu itu perasaan dan fikiran Sam tidaklah stabil sangat kerana kerinduan serta rasa kehilangan anak-anaknya. Walau pun perit, dia tetap cuba belajar tabah walaupun sebelum ini dia tidak pernah berpisah sebegini lama dengan mereka. Disebabkan perasaan sedih dan merajuk terhadap Najwa, Sam tetap cuba melupakan mereka demi mencari rezeki dan ketenangan.

Bila telah agak lama bersama diperantauan terasalah Sam untuk pergi besukaria bersama Ijan kerana dilihatnya Ikan sudah seperti agak bosan, maklumlah dia masih amat muda.Akhirnya Sam telah pergi berjumpa Ali yang menjual buah-buahan digerai diPekan itu untuk menunjukkan tempat yang baik di Bandar Ipoh untuk berhibur. Sam berjanji untuk membelanja mereka semua. Ali telah menyatakan bahawa dia akan membawa seorang lagi sahabatnya yang bernama Lan yang dikatakan amat sekaki kalau pasal enjoy. Katanya kalau tanpa Lan, dia tidak akan seronok untuk enjoy.

Pada malam itu Sam, Ijan dan dua orang sahabatnya Ali dan Ijan telah pergi ke Bandar Ipoh untuk berhibur. Ali dan Lan telah membawa mereka kesebuah Kelab Malam dibandar itu yang dikenali sebagai Grand. itulah pertama kali Sam menjejakkan kakinya kedalam sebuah Kelab Malam. Sebaik sahaja dia masuk kedalam kelab tersebut maka dilihatnya ramai orang tua muda yang yang sedang menari dan mereka yang duduk dimeja sekitar tempat menari itu minum minuman keras dan ada diantara mereka yang telah mabuk.

No comments:

Post a Comment