BENCANA MENIMPA LAGI.
8.1] Hari itu Sam berehat sambil menonton Tv dan sambil itu dia berbincang dengan Arfah untuk persediaan perniagaan mereka malam ini.Sam duduk di Sofa dan Arfah berada dihadapannya sedang mengira serta mengasingkan barangan untuk dibungkus.Memang telah jadi kebiasaan Arfah akan menyiapkan semua bahan dan kelengkapan untuk pergi berniaga makam nanti.Sedang Arfah berkemas, tiba-tiba Majwa lalu disebelah Sam sambil berungut dan menunjukan muka masam. Sam yang perasan hal itu telah bertanya kenapa Najwa berkelakuan seperti itu, lantas Najwa berkata bahawa Sam langsung tidak memperdulikan dia lagi walaupun dia isteri Sam. Arfah yang dari tadi asyik dengan tugasnya agak terperanjat sambil memandang kehairanan kepada Sam. Sam mengangkat bahunya sebagai isyarat yang dia tak tahu.
Najwa mula berkata yang dia sekarang dibuat seperti Sampah dan menuduh Sam sengaja menyakiti hatinya dengan bermesra dengan Arfah.Sam mula marah dengan berkata,siapa yang menyakiti siapa sebenarnya dan dia juga bertanya, adakah Najwa cemburukan dia dengan Arfah. Arfah yang telah sedar bahawa Sam mula bergaduh dengan Najwa bangun dan berlari masuk kedalam bilik. Dimasa itu juga Sam telah berkata kepada Arfah supaya jangan mendengar kata-kata Najwa itu dan anggaplah dia sudah gila.
Mendengar kata-kata Sam itu, Najwa bertambah berang dan menyatakan memang Sam ada hubungan dengan Arfah. Sam mula marah dan berkata Najwa langsung tidak memikirkan perasaan orang lain bila berkata-kata. Najwa ingat semua orang macam apa yang difikirkan olihnya dan seperti sampah yang tiada maruah, kata Sam. Sam juga menyuruh Najwa berfikir kenapa dia tidak berkahwin lagi walaupun Sam pernah sendirian selama ini dan tiada juga mendampingi mana-mana perempuan. Tiadalah satu penjelasan dan dakwaaan Najwa yang bolih diterima olih Sam. Najwa seperti orang sudah tidak siuman.Bila Najwa mengeluarkan terlalu banyak tuduhan dan tanggapan yang amat menyakitkan hati Sam, Sam hilang sabar dan menyepak betis Najwa. Sepakkan itu tidaklah kuat serta tidak mencederakan atau membuatkan Najwa terjatuh.
Selepas disepak olih Sam, Najwa lagi mengamuk dan dan mengamcam untuk melarikan diri dari rumah.Dimasa itu Arfah yang duduk didalam bilik telah keluar dan mendekati Sam yang terduduk mengawal kemarahan dikerusi meja karom anaknya. Arfah terus memujuk Sam supaya bertenang dan mengucap serta melupakan semua itu demi anak-anak Sam yang sedang menangis bila melihat kedua orang tua mereka bergaduh. Arfah yang amat panik telah mengurut belakang tengkuk dan belakang Sam untuk menenangkannya.
Najwa yang melihat tingkah laku Arfah itu bertambah berang dan terus mengamuk serta berkata bahawa semua tekaannya selama ini adalah benar belaka.Najwa mencapai bag tangannya dan berkata dia akan keluar dari rumah itu dan tidak akan pulang lagi. Sam yang melihat kejadian itu telah bangun dan mmengancam Najwa dengan berkata jika Najwa keluar sahaja dari rumah itu dengan tanpa izinnya , maka akan jatuhlah talak 3 kepadanya. Najwa yang seperti orang hilang akal terus keluar dari pintu hadapan rumah itu dan dimasa itu Arfah menjerit dengan amat kuat serta menerkam Najwa serta menarik Najwa masuk semula kedalam rumah.
Sam tadi telah melihatkan Najwa telah keluar dari rumah itu berkata bahawa Najwa telah tidak dapat siselamatkan lagi.Najwa yang seperti orang gila tadi terduduk senyap ditepi pintu walaupun dengan muka yang masih seperti teramat marah. Sam terduduk dan tidak dapat berkata-kata kerana terasa bersalah kerana mengeluarkan lafaz taklik tersebut. Dia juga tidak menyangka bahawa Najwa seberani itu. Najwa yang tadi nampak seperti marah telah menangis serta terbaring ditepi dinding.Suasana senyap dan Arfah menangis sambil memeluk anak-anak Sam yang juga turut menangis. Sam masih terkedu diatas kerusi dan Najwa terbaring ditepi dinding.
Pada malam itu semua yang dalam rumah senyap sunyi serta anak-anak Sam yang tidur awal, mungkin kerana amat penat menangis siang tadi. Sam membatalkan rancangannya untuk berniaga. Sam tinggal seorang diri diruang tamu memikir serta mengimbas kejadian yang berlaku serta merancang apa yang sepatutnya dilakukan esuk harinya.

No comments:
Post a Comment