KONFLIK DALAM KELAMBU.


SEMUA ARTIKEL DIDALAM BLOG INI HANYALAH DRAF RINGKAS RENTETAN PERISTIWA SAHAJA. IANYA AKAN DIEDIT SERTA DITAMBAH DENGAN BANYAK LAGI CERITA YANG SEBENAR YANG LEBIH LENGKAP DAN CERITA LENGKAP HANYA AKAN TERDAPAT DALAM NOVEL " AIRMATA DALAM KELAMBU"

CERITA INI ADALAH KISAH BENAR DAN HANYA DIOLAH ATAU DITAMBAH SEDIKIT UNTUK NAMA WATAK SAHAJA BAGI MENJAGA MARUAH MEREKA YANG TERLIBAT.

RINGKASAN CERITA INI BOLEH ANDA IKUTI DENGAN MENGIKUT TURUTAN MUKA SURAT YANG BERMULA DARI 1.1.

SELAMAT MEMBACA.

TERIMA KASIH


ABC.
Ahmad Baharom Creation

Thursday, 27 November 2014

6.8] Selepas kejadian mertua dan anggota keluarga Najwa memarahi dia kerana bergaduh dengan Najwa, Sam sudah bertekad akan meninggalkan Paka dan keluarganya dan ingin lari dari semua penderitaan yang telah ditanggung selama ini.Dia sekarang sudah tak sanggup lagi menhadapinya. Sebelum ini, bukan kerana harta atau perniagaannya yang membuatkan dia masih tetap bersama Najwa, tetapi kerana anak-anaknya. Memang dia amat sayangkan anak-anaknya dan Najwa juga tahu dan itulah sebab Najwa menjadikan anak-anak mereka sebagai perisai untuk membuatkan Sam mengikut kehendaknya. Tapi sekali ini Sam telah bertekad untuk meninggalkan Najwa tetapi sebagai pengajaran untuk dia berfikir dan berubah, dan bukan menceraikan dia. Sam masih memikirkan keutamaan anak-anaknya dari dirinya sendiri.

Sam telah lama membuat perancangan dan selepas kejadian tersebut, dia telah pergi kesebuah pusat pameran kereta dan bercadang membeli sebuah Van yang agak besar. Sam masa itu tidak mempunyai wang lebih lagi selain harta perniagaan yang masih ada. Semua wang telah digunakan semata-mata untuk pusingan perniagaan sahaja.

Sam pergi kepusat jualan kereta itu dan berunding untuk membeli Van dan memperkenalkan diri sebagai tuan punya Kilang Sutera Paka dan kebetulan pemilik syarikat jualan kereta itu sudah pernah datang keKilang dan bertemu Sam, dan dia juga yang memberikan kad perniagaannya kepada Sam. Sam berminat dengan sebuah Van yang baru sahaja keluar dan ingin membelinya. Sam meminta taukeh itu membenarkan dia memandu kereta itu selama dua hari sebelum membelinya, kerana kata Sam dia perlu pergi mengambil duitnya dengan cepat dan akan menggunakannya untuk membayar wang pendahuluan sebanyak RM 7,000.00 mengikut yang disyaratkan. Olih kerana tauke itu amat percayakan Sam, dia pun melekatkan plat pendaftaran sementara yang bewarna biru untuk membolihkan Sam membawanya.

Sam terus pulang ke Paka dengan Van tersebut serta meminta Najwa dan anak-anaknya mengikut kerana dia hendak pulang kekampungnya untuk berjumpa dengan ayahnya kerana adahal mustahak.Tengahari itu juga Sam telah bertolak kekampungnya dan sampai pada waktu malam harinya dengan van yang dibawanya itu. Malam itu Sam telah wang secara tunai sebanyak yang diperlukan untuk pembayaran muka Van tersebut, tetapi Sam tidak memberitahu ayahnya tujuan dia sebenar. Tujuan Sam membawa Najwa sekali malam itu adalah sebagai memberitahu dia bahawa Sam membeli Van tersebut adalah dari wang yang dipinjam dari ayahnya sendiri, dan bukan menggunakan wang hasil perniagaannya sekarang. Sam pulang kePaka keesukan harinya dan sampai disana pada sebelah malamnya.Keesukan harinya Sam telah pergi untuk melakukan pembelian kereta tersebut seperti yang dijanjikan.

Setelah mendapat Van tersebut, Sam terus menguruskan pwerniagaannya dan sambil itu membawa Najwa dan anak-anaknya pergi mengikutinya untuk bersiar-siar.Suatu hari Sam telah pulang kekampungnya lagi dan memperlawa anak pakciknya Ijan untuk bekerja dengannya diKilang Batiknya diPaka. Ijan bersetuju untuk mengikut Sam serta akan taat apa yang Sam rancangkan. Sam meminta Ijan bekerja diPaka sekurang-kurangnya dua bulan dan kemungkinan selepas itu Sam akan menghantar Ijah untuk bekerja ditempat lain untuk bekerja. Ijan pun bersetuju adan mengikuti semua arahan Sam. Ijan pun mula bekerja diPaka.

Sebenarnya Ijan telah tahu bahawa Sam akan pergi ketempat lain untuk memulakan perniagaan lain dan selapas itu Sam akan meminta dia mengikutinya setelah bekerja selama dua bulan di Paka. Selain itu Ijah dikehendaki memberi lapuran apa jua yang berlaku semasa ketiadaan Sam nanti. Itu sahaja yang Ijan ketahui dan tidak pula Sam menceritakan lebih dari itu. Sam sudah lama kenal Ijan dan keluarganya dan yakin Ijan mampu lakukan seperti yang dikehendaki olehnya.

No comments:

Post a Comment