1.6] Sam terus berjalan dan akhirnya berjumpa dengan sebuah gerai yang menjual Nasi dagang dan nasi minyak. Kelihatan beberapa orang pelanggan sedang berbaris menunggu giliran untuk membeli dan beberapa orang yang sedang makan dimeja kayu yang disediakan. Sam berhenti dan bertanya kepada makcik penjual nasi dagang itu..harga nasi dagang. Makcik itu mula berkata..”Tigo Ammah” tapi bila tersedar bahawa Sam adalah bukan orang tempatan..Dia pun berkata “ Seringgit Setengoh”..Fahamlah sam dan dia menganggukkan kepala tanda faham.
Sam meminta satu pinggan nasi lemak dan the o.Suami wanita yang membantu sebagai Pelayan dan pembancuh air pun membuat The O yang Sam order. Sam mula makan nasi dagang dimeja yang disediakan bersama tiga orang lelaki yang telah berada disana. Sam merasakan nasi dagang itu amat sedap dan beberapa kali menganggukkan kepada semasa makan..tanda puas hati. Tetiba seorang lelaki bertanya dari mana dia datang?. Sam pun berkata yang dia baru sampai pagi ini dari Kuala Lumpur..Dan lelaki itu bertanya kenapa dia datang kesitu dan Sam menjawab bahawa dia ditawarkan bekerja disebuah pusat membuat batik yang berada didepan Hospital Besar Kuala Trengganu. Lelaki lain yang berada disitu menyampuk…”Tuuu…Lepas Masjid tu hospital lah”.Sam memandang kebelakangnya.. memang benar ada sebuah Masjid dan hanya Nampak Kubahnya sahaja.. Tetapi pasti ianya tidaklah jauh dari tempat dia makan itu.
Lelaki yang pertama bersuara” Kerja membuat batik”…”bukan….saya mengajar orang membuat Batik” Lelaki yang seorang lagi berkata “ Pelik Gok…kita sini nak kerja kat kilang batik..semua tak mboh doh… semua dah penuh” Lelaki yang pertama bersuara” Mengajo membuat batik? Pelik ni…kita disini dah lama buat batik…Dah..adik ajar buat batik macamana?...”Saya ajar batik Canting…batik sutera” jawab Sam. “ Dok pernoh dengo pulok batik sutera..mungkin lain kot”..kata lelaki yang seorang lagi. “Mungkin lain kot itu sebab taukeh tu jemput dia ni” kata lelaki yang seorang lagi.
Sam terus makan dan sambil makan dia bertanya kepada lelaki-lelaki tersebut jika ada kilang batik Trengganu yang berhampiran. Lelaki itu menunjukkan sebuah rumah yang agak besar selang dua tiga rumah diantaranya.Kata mereka bahawa rumah itu dimilik olih Encik Daud..seorang pembuat batik. Setelah selesai makan dan membayar kepada suami lelaki itu..Sam terus pergi kerumah yang ditunjukkan olih mereka.
Sam sampai kerumah itu dan terus memberi salam… Tidak lama muncul seorang perempuan yang agak berumur dan seorang lagi wanita muda belia..mungkin anaknya. Setelah menjawab salam Sam…wanita yang berumur itu bertanya…” Mu cari siapa Awang oii” Sam pun menjawab yang dia datang disini kerana nak lihat orang membuat batik..Perempuan itu bertanya Sam datang dari mana dan menjawablah Sam yang dia datang dari Kuala Lumpur. Perempuan tua itu membawa Sam melihat tempat mereka membuat batik iaitu mengecop kain batik sarung…lalu Sam bertanya ada tak mereka membuat batik lain.
Perempuan itu berkata ada…tapi kain Ela yang masih menggunakan kaedah mengecop juga. Perempuan itu bertanya Sam hendak pergi kemana dan Sam berkata yang dia hendak pergi kerumah Kawannya di Hiliran Masjid. Perempuan itu agak macam terperanjat dan bertanya Sam ..rumah siapa yang hendak dicarinya..Sam mengeluarkan kertas nota alamat dan berkat…rumah Wan Kamariah dan suaminya bernama Sulaiman…Perempuan itu bertambah terperanjat dan bertanya siapa Sam sebenar..Sam pun memberi tahu bahawa dia adalah sahabat Najwa anak Wan Kamariah dan Sulaiman itu. Perempuan dan anak nya ketawa dan member tahu bahawa Najwa dan orang yang Sam sebut itu adalah keluarga dan anak dia sepupu Najwa.
.jpg)
No comments:
Post a Comment