1.14]- Sedang Sam menglamun tetiba pintu biliknya diketuk orang, dan dia terus membukanya. Di luar kelihatan Man tercegat sambil tersenyum dan Sam memperlawa dia masuk. Man masuk dan menceritakan kenapa dia datang lagi berjumpa dengan Sam.Dia berkata bahawa Najwa telah menyuruh dia datang kesitu untuk mententeramkan Sam kerana dia amat risau setelah membaca surat yang Sam hantarkan kerana didalamnya Sam telah menulis mungkin akan membunuh diri sekiranya perkara ini tidak dapat diselesaikan dengan baik dan adil.
Sam juga menyatakan jika semuanya hancur maka dia akan amat merasa malu kepada keluarga termasuk sepupunya Amir yang telah mencabarnya sebelum dia berangkat ke Trengganu tempuhari. Sam menerangkan kepada Man bahawa apa yang ditulisnya itu adalah sebagai menguji Najwa samada dia masih mengambil berat hal dirinya atau sebaliknya dan berharap Najwa berusaha untuk menyelesaikan perkara tersebut. Man faham dan berasa lega dengan penjelasan Sam. Tambah Sam lagi adalah perkara bodoh jika bertindak sedemikian kerana halangan Agama dan dia sedar itu bukan jalan penyelesaian, Cuma sebagai cara untuk menguji hati Najwa. Apa bila Najwa menghantar sepupunya itu, hati Sam lega sedikit kerana masih ternampak Najwa masih mengambil berat hal dirinya.
Selepas berbual Man pun pulang. Sam pun turun kelobi Hotel dan pergi keluar mencari makanan kerana dia hanya bersarapan pagi dengan nasi dagang sahaja hari ini. Perutnya amat lapar kerana belum makan sehingga jam sembilan malam. Kejadian pergaduhan dia dengan Yusuf berlaku sekitar jam 10 pagi dan lepas itu dia duduk didalam bilik dengan tanpa makan atau minum.
Sam singgah disebuah restaurant dan meminta Rojak dan air Milo Ais. Sambil dia makan dia berdoa agar Ayahnya akan datang kerana tengahari tadi selepas pergaduhan dia dengan Yusri dia telah menalipon sahabat sekampungnya yang tinggal berdekatan rumahnya untuk menyampaikan berita meminta ayahnya datang kerana dia dalam kesusahan yang amat sangat.Dia berharap agar ayahnya akan menerima pesanan tersebut dan sempat datang hari ini juga. Sekiranya ayahnya bertolak malam ini, bermakna subuh nanti sampailah dia. Sam berdoa agar semua itu temakhbul.
Dia tidak dapat menghubungi sahabatnya malam itu, kerana sahabatnya itu menggunakan talipon pejabatnya, jadi diwaktu malam tidak bolih berhubung. Jadi dia tidak dapat kepastian berita sama ada ayahnya datang atau tidak hari ini. Malam itu Sam tidak dapat tidur selain duduk didalam bilik sambil mengimbau semua kenangan dan peristiwa yang telah berlaku. Fikirannya bercelaru dan perasaan marah yang amat sangat yang membuatkan dia tidak selesa.
Sedang dia bebaring tetiba pintu biliknya diketuk dan setelah dibuka, tercegatlah Ayahnya bersama abang Ipar Najwa. Rupanya sekarang sudah hampir jam 8 pagi dan ayahnya telah sampai awal subuh tadi dan terus menuju kerumah Najwa. Dia tidak tahu yang Sam telah tinggal dihotel itu walau pun dekat dengan Stesyen Bas. Maka terpaksalah dia menumpang Ipar Najwa yang kebetulan hendak pergi bekerja dibandar Kuala Trengganu.Ayahnya memasuki biliknya dan ipar Najwa pergi meninggalkan mereka berdua kerana dia sudah agak lewat untuk pergi bekerja.
Sam dan ayahnya berbual berkenaan perkara yang telah berlaku. Setelah mendengar segala penerangan Sam, Ayahnya telah membuat kesimpulan kerana mereka tidak suka Sam kerana menganggap Sam bukan dari kumpulan Parti mereka, dan kedua adalah sebab ingin member peluang kepada abang Najwa untuk memiliki apa yang telah Sam usahakan. Ayah Sam mengajak Sam pulang sahaja tetapi Sam minta ayahnya cuba untuk berusaha sekali lagi sebagai usaha terakhir. Ayah Sam bersetuju untuk membantu.
.jpg)
No comments:
Post a Comment