2.4] Sam agak pelik dengan kelakuan Najwa yang seperti buat tak tahu tentang perkara serta tiada menunjukan perasaan simpati dengan apa yang berlaku kepada Sam. Malah tidak pernah dia meminta maaf bagi dirinya atau bagi pihak keluarganya yang meperlakukan Sam sedemikian. Sam amat takut nak menimbulkan persoalan sebab takut menjadi kecuh dan memberi pandangan lagi buruk kepada dirinya. Dia masih sedar dia sudahlah perantau yang sebatang kara malah ,menumpang dirumah orang pula. Sam amat sedih dan tidak tenteram dengan perkara iru. Bila keadaan sebegitu hampir selama sebulan, Sam pun mengambil keputusan untuk berpindah kerumah lain. Sam bertanya hal itu untuk mendapat persetujuan Najwa tetapi dia hanya menjawab “ Ikut pandai awak lah” itulah jawapan setiap kali soalan itu diajaukan. Sam memang amat tertekan dan akhirnya membuat keputusan mukhtamad iaitu berpindah kerumah lain kerana sudah tak tahan dipulaukan sedemikian rupa, apakah lagi duduk serumah dan ada talian saudara pula sekarang. Ianya amat memeritkan perasaan. Sam menyewa sebuah rumah yang berdekatan dengan bengkelnya. Jarak antara rumah itu adalah lebih kurang 50 meter sahaja. Sam terpaksa tinggal berdekatan dengan bengkelnya kerana masa itu dia masih menggunakan basikal sahaja. Walau pun perniagaan nya amat maju dan menguntungkan, tapi kerana semua modal dan keuntungannya digunakan untuk keperluan perniagaannya sahaja serta membayar hutang-hutang dan dia beranggapan dia masih belum mampu tetapi mempunyai impian untuk itu. Dia merasakan terlalu banyak perkara yang kurang bagi menjadikan perniagaan benar-benar kukuh walau pun tanpa bantuan dan pinjaman dari pihak Bank.
Memandangkan keuntungan yang amat lumayan dimasa itu, dia telah berkira-kira bahawa semua impiannya itu bolih menjadi kenyataan. Sepekara lagi yang membuatkan dia masih belum membeli motorsikal atau kereta kerana dimasa itu umur nya baru 18 tahun dan tiada mempunyai lessen memandu.Usia Sam masa itu adalah 18 tahun dan Najwa berumur 20 tahun iaitu Najwa lebih tua 2 tahun dari Sam. Ibarat kata orang, kalau jodoh tak kemana dan kalau hati dah suka, kentut pun menjadi wangi.
Akhirnya Sam dan Najwa berpindah kerumah sewanya dan membeli semua kelengkapan yang diperlukan.Kerana rumah itu amat dekat dengan bengkelnya jadi setiap hari Sam dan Najwa hanya berjalan kaki sahaja untuk pergi bekerja. Perhubungan Sam dengan keluarga Najwa telah menjadi amat parah, mereka seakan-akan memulaukan terus Sam, tetapi Sam tidak sesekali menghalang Najwa untuk berulang alik kerumah ibu bapanya serta kakak-kakaknya. Bagi Sam itulah sepatutnya, agar Najwa akan menjadi jambatan untuk memulihkan pertalian keluarga yang kini amat retak. Dalam masa itu Sam sentiasa tidak berasa selesa dengan keadaan kakak dan keluarganya yang tinggal berdekatan dengan bengkelnya itu. Selain tidak bertegur sapa tapi selalu menunjukkan riak muka yang amat jengkel bila terpandang Sam.
Selalu juga Sam bertembung dijalan semasa hendak pergi kebengkel dan kakak dan suaminya hendak pergi mengajar kerana kedua-dua mereka bekerja sebagai guru sekolah. Kekadang Sam terasa untuk memulihkan keadaan itu dengan pergi meminta maaf tetapi kerana dia memikirkan bahawa keluarga Najwa telah amat melampau serta langsung tidak menghargainya maka dia tetap berdegil dan merasa tiada apa kesalahan besar yang telah dilakukannya, kecuali perkataan kasarnya semasa keluarga Najwa menyerang dia berhubung kisah gelang emas tempuhari. Kirim
No comments:
Post a Comment