Sebaik sahaja Sam sampai diKelab Malam yang dimaksudkan itu, dia terus berkata yang dia ingin berjumpa dengan Baginda dan penjaga pintu kelab tersebut menyuruh dia masuk sambil menyatakan Baginda ada didalam dan dia memakai topi Baretta. Sam pun masuk serta telihat seorang lelaki yang memakai topi seperti yang dikatakan oleh penjaga pintu itu dan Sam terus menghampiri dan memperkenalkan diri kepada Baginda.Setelah menceritakan masaalahnya, maka Baginda pun bersetuju untuk membantu Sam dan berkata dia amat mengenali ramai pihak diKelab Malam Grant di Ipoh itu dan akan meminta mereka melepaskan Mala dan juga memberi tahu bahawa pihak Kelab Malam tersebut untuk tidak mengganggu Sam sekiranya Sam dan rakan-rakannya berhibur disana.
Baginda telah menalipon sahabatnya di Kelab malam di Ipoh dan meminta seperti yang dikehendaki oleh Sam itu. Sam juga telah diberi bercakap dengan teman lelaki Mala untuk berbincang pampasan ' Tebus Talak ' yang mesti Sam berikan kepadanya. Setelah rundingan dan tawar menawar, teman lelaki Mala telah bersetuju untuk menerima bayaran sebanyak RM 3000.00 sahaja. Baginda yang menjadi tukang Runding telah meminta sebanyak RM 500.00 sebagai upahnya, tetapi Sam telah memberi Baginda RM 1000.00 sebagai tanda berterima kasih kerana bantuan Baginda itu. Baginda berkata bahawa Mala sudah bebas dan tiada siapa yang akan mengganggunya lagi.
Malam itu juga Sam dapat bercakap dengan Mala setelah teman lelakinya memanggil dia untuk mendengar penjelasan dari Sam dan juga Baginda sebagai jaminan.Mala amat gembira dan meminta Sam datang berjumpa dengannya seberapa capat yang boleh sekiranya sudah pulang ke Perak.
Esuk malamnya Sam telah pergi keKelab Malam tersebut dan berjumpa dengan Mala dan teman lelakinya dan Sam telah membayar wang yang diminta.Makam itu Sam seorang diri sahaja, tetapi dia terus bersama dengan Mala berbincangkan hal untuk Mala berpindah. Disamping itu mereka terus menari bersama dan ternyata Mala amat gembira malam itu.Sam telah berjanji akan menghantar Mala dua hari lagi dan meminta dia berkemas dan menunggu pada waktu yang ditetapkan.
Sewaktu berada dirumah orang tua Mala, ibu-dan bapa Mala amat berterima kasih kepada Sam serta mereka berharap Sam akan selalu datang kerumah mereka dan tolong menasihatkan Mala yang kata mereka keras kepala sedikit. Mereka berharap perkara sedemikian tidak akan berlaku lagi.Mala yang dari tadi asyik memeluk anak lelakinya telah telah datang dan menyerahkan wang sebanyak RM 3000.00 seperti yang dijanjikan tetapi Sam hanya mengambil RM 1000.00 sahaja dan bakinya diserahkan semula kepada Mala untuk dibuat belanja atau modal berniaga.Mala yang terkejut terpaksa juga menerima wang tersebut setelah dipujuk oleh Sam.Sebaik sahaja Sam hendak pulang, Mala dengan tanpa malu telah mencium kedua pipi Sam bertalu-talu sambil diperhatikan olih ibu dan bapanya. Anak Mala hanya tersengeh sahaja. Sam amat terkejut dan merasa malu, hanya menundukkan muka dan tersenyum. Sebelum pulang, Sam telah berjanji akan selalu datang melawat mereka dan memberi amaran kepada Mala supaya menjaga diri serta berniaga betul-betul.
No comments:
Post a Comment