KONFLIK DALAM KELAMBU.


SEMUA ARTIKEL DIDALAM BLOG INI HANYALAH DRAF RINGKAS RENTETAN PERISTIWA SAHAJA. IANYA AKAN DIEDIT SERTA DITAMBAH DENGAN BANYAK LAGI CERITA YANG SEBENAR YANG LEBIH LENGKAP DAN CERITA LENGKAP HANYA AKAN TERDAPAT DALAM NOVEL " AIRMATA DALAM KELAMBU"

CERITA INI ADALAH KISAH BENAR DAN HANYA DIOLAH ATAU DITAMBAH SEDIKIT UNTUK NAMA WATAK SAHAJA BAGI MENJAGA MARUAH MEREKA YANG TERLIBAT.

RINGKASAN CERITA INI BOLEH ANDA IKUTI DENGAN MENGIKUT TURUTAN MUKA SURAT YANG BERMULA DARI 1.1.

SELAMAT MEMBACA.

TERIMA KASIH


ABC.
Ahmad Baharom Creation

Tuesday 21 July 2015

SELAMA 8 BULAN BARU ABC DAPAT SIAPKAN NOVEL INI.



SELAMA 8 BULAN BARU ABC DAPAT SIAPKAN NOVEL INI.

INSYAALLAH IANYA AKAN HANGAT DIPASARAN . ITULAH YANG ABC HARAPKAN.

TAJUK NOVEL INI TELAH DITUKAR KEPADA " AIRMATA DALAM KELAMBU"

KALAU  INGIN MEMBACA DRAFNYA , SILA LIHAT DI ISI KANDUNGAN BLOG INI DAN BACA IKUT TURUTAN PAGENYA.


Saturday 6 December 2014

ABC MULA MENULIS NOVEL KONFLIK DALAM KELAMBU.

Hari ini Abc mula menulis untuk menghasilkan Novel KDK 1.

Sahabat semua boleh membaca Draf ini mengikut turutan Mukasurat yang telah tersedia.

Sekian.

Ahmad Baharom Creation.

SAM TERMENUNG DITANGGA.

12.5] Sudah seminggu Sam berkahwin, dan pagi itu Sam subuh lagi sudah termenung diatas tangga batu dirumah mertuanya. Sam terfikir kepada layanan serta sambutan oleh keluarga Wan Anita terhadapnya yang seperti tiada apa langsung kesalahan serta perkara buruk yang berlaku. Ibu mertua akan sentiasa menaburkan bunga melur atau bunga cempaka diatas katilnya, ayah mertua sedia berborak, adik dan abang Wan Anita amat peramah serta makan minumnya terjaga rapi.

Sam seperti bermimpi serta beranggapan bahawa mungkin dia akan dihalau sebaik sahaja lepas angkat nikah seperti yang pernah terjadi kepadanya dahulu. Tentulah kali ini lebih teruk kerana dia memang melakukan kesalahan besar serta menjatuhkan maruah keluarga Wan Anita. Atau setidak-tidaknya dia dipulaukan sebagai mana semasa dia enggan membelikan gelang Emas untuk Najwa.

Sebenarnya Sam telah bersiap sedia untuk meninggalkan Pulau Rusa bersama Wan Anita sebaik sahaja dia selesai akad nikah tempuhari. Setelah melihat semua pihak keluarga Wan Anita amat mesra serta amat meraikannya, dia membatalkan hasratnya dan cuba menetap bersama sebelum dia pergi keBrunei.

Sebenarnya Sam berasa amat tidak selesa kerana Najwa selalu bertandang kerumah Fauzi yang bersebelahan dengan rumah keluarga Wan Anita. Sam tidak tahu apakah sebab Najwa amat kerap kesana, tapi yang pasti, bila Najwa mendampingi orang kampong itu maka akan ada berita disurat khabar dan lepas itu ramailah jurujual yang mengedarkan secara percuma sekeliling kampung.

Bila Sam teringatkan Wan Anita, fikiran Sam terhadap Najwa hilang serta merta, kerana sudah lebih sepuloh tahun dia telah berumah tangga, tetapi tidak pernah dia mendengar perkataan Sayang,tapi bila bersama dengan Wan Anita boleh dikatakan lebih kurang 50 kali didengarnya dari mulut Wan Anita setiap hari, terutama waktu malam. Bukan itu sahaja, Sam merasakan pipinya sengal kerana ayik kena cium dan dia juga merasa hairan sebab Wan Anita memuji dia handsome, tetapi Sam merasakan dirinya seperti Bob Tutupoli ajer.

Dalam hal lain tak payah ceritalah, Sam rasa dia macam budak bodoh dan kerap juga Wan Anita mengucapkan ucapan terima kasih kepadanya. Sam pun naik bengong dan kekadang dia berfikir yang Wan Anita ini sudah mereng gamaknya. Juga amat pelik juga ialah bila hendak tidur, Wan Anita ini selalu minta maaf dan Sam risau juga lalu bertanya kepada Wan Anita, adakah dia berpenyakit kronik yang mungkin akan mengakibatkan dia boleh mati semasa tidur, tapi jawab Wan Anita tak ada.

Sam tersenyum sendirian bila dia teringatkan dia mengusik Wan Anita yang memangnya melakukan semua perkara tersebut. Hatinya amat puas serta bersyukur kerana impiannya serta khayalannya menjadi kenyataan sehinggakan kalau berjumpa lagi wanita yang seperti Wan Anita ini, dia sanggup berkahwin sampai 4.

Selepas hampir sebulan lebih bersama keluarga Wan Anita, Sam yang dahulu kurus kering telah bertukar seperti Malek Nor, jaguh bina badan Malaysia. Kulitnya yang seperti buah manggis telah berubah macam buah duku Pulau Rusa.Yang peliknya, semua perkembangan pada diri Sam itu telah diketahui olih keluarga Sam sendiri dengan amat cepat.

Akhirnya Sam dan Wan Anita pun berangkat keBrunei kerana melarikan diri dari Mak Lampir yang selalu berterbangan serta sering mengilai dengan suara yang menyakitkan telinga disekitar Kampong Pulau Rusa. Dengar cerita yang Mak Lampir ini sangat hendak menghisap darah Sam secara perlahan-lahan sehingga mati.Selain dari menjerit dan mengilai, Mak Lampir itu pernah menghantar surat ugutan kepada Sam dengan isi kandungannya yang dia bersumpah untuk terus menjahanamkan Sam walaupun dengan apa cara sekali pun, dan surat itu masih Sam simpan sehingga kini.

Selain itu, Sam juga masih menyimpan surat Mak Lampir yang dihantarkan kepadanya semasa Sam telah berada diBrunei yang meminta Sam memberikan dia wang untuk dibuat modal perniagaannya yang dikatakan telah amat berjaya.

Selama ini Sam tidak ada menceritakan apa yang telah berlaku kepada dirinya kepada Ibu-bapanya atau adik beradik dan semua rakan taulannya, kecuali Haji Yahya dan Isterinya serta Halim iaitu sepupu Najwa yang tahu serba sedikit, kerana mereka amat rapat dengan Sam.


TAMAT RINGKASAN CERITA KONFLIK DALAM KELAMBU 1.

Abc ringkaskan sahaja, tetapi dalam Novel nanti akan diolah serta ditambah dengan peristiwa menarik yang akan membuatkan sahabat semua nak hadiahkan kepada bakal isteri atau suami sebagai hadiah.

Adios

ahmad baharom creation.

SELAMAT TINGGAL NAJWA.

12.4] Bagi menghadapi hari perkahwinan dia dengan Wan Anita yang bakal mendatang, Sam telah bertemu dengan seppupu lelaki Najwa iaitu Halim yang selalu membantu Sam masa berniaga diSimpang Tok Ku dahulu. Sam meminta Halim menjadi pengapitnya serta Sam juga menjemput beberapa orang sahabat rapatnya untuk hadir dihari perkahwinannya nanti.

Walaupun Halim adalah sepupu Najwa, dia sebenarnya dari awal Sam mula membuka bengkel Batik diHiliran Masjid, dia sudah amat rapat dengan Sam. Dia juga telah mengetahui segala kesukaran Sam disana dan di Simpang Tok Ku dan tidak berapa suka cara Najwa serta Keluarganya melayan Sam.

Semasa Sam sedang berkemas-kemas segala keperluan untuk hari perkhwinannya yang dibuat dirumah Halim, dia menerima satu panggilan talipon dari Najwa. Najwa amat bersedih bila mendengar Sam akan berkahwin dengan Wan Anita serta berkata dia amat menyesal dan akan kehilangan Sam buat selama-lamanya.

Sam hanya mnedengar segala rintihannya dan akhir sekali dia berkata yang dia hendak menghadiahkan sepasang Baju Melayu sebagai hadiah darinya. Sam menolak, tetapi dia beria-ia sangat hendak memberinya dan akhirnya Sam terima juga. Najwa berkata yang Sam kena mengambilnya sendiri disebuah kedai jahit di Losong.

Sam mengambil baju itu yang ditinggalkan dikedai yang dimaksudkan dan Sam terus menyimpannya. Dalam itu Sam merasa hairan serta kasihan dengan Najwa yang seperti tidak tahu apakah yang dibuatnya.Setelah lama berfikir, akhirnya Sam mengambil pendirian bahawa Najwa ini bukanlah jahat, tetapi dia tidak tahu apa yang patut atau yang tidak patut dilakukan atau lebih hampir, kurang ilmu. Oleh sebab itulah dia tidak dapat membuat tindakan atau berkelakuan yang sepatutnya bila berhadapan dengan masaalah dan tekanan. Kejahilan Najwa juga didorong oleh sikap keluarga nya yang jahil juga, maka bertambah teruklah kejahilan Najwa.

Dalam pemikiran Sam, Najwa juga tersilap memilih dia sebagai suami kerana tidak sealiran cara pemikiran, serta terpaksa menjalani kehidupan yang mempunyai cabaran dan memerlukan teknikal pemikiran sebagai seorang peniaga yang mempunyai jiwa besar. Dalam kata lain dia orang lurus yang tiada mempunyai fikiran taktikal.

Kesilapan Najwa yang amat ketara ialah sifat ego serta memandang rendah kepada Sam yang berusia lebih muda darinya serta sentiasa beranggapan apa yang Sam lakukan perlu sentiasa diragui dan dalam masa yang sama dia beranggapan apa yang dia lakukan adalah benar belaka. Keegoan Najwa bertambah besar, bila pihak keluarganya juga mempunyai aliran pemikiran yang sama menyokong semua tindakan serta keputusan yang dibuat. Itulah sebabnya dia tidak mahu sesekali mengikut serta mentaati perintah Sam.

Kejahilan yang amat nyata ialah apabila dia merosakkan perniagaan Sam serta mencemarkan nama baik Sam, sebenarnya dia membunuh serta menghancurkan masa depan anak-anaknya juga. Najwa yang dan keluarganya tidak mempunyai fikiran taktikal dalam perniagaan apatah lagi sebagai seorang pengusaha pembuatan dan pengilangan yang harus mempunyai pemikiran sedemikian. Oleh itu Najwa walaupun tahu membuat batik, tetapi dia hanya boleh digolongkan sebagai pekerja sahaja, bukan peniaga atau usahawan. Kerugian besar bagi anak-anak kerana Sam dihalang untuk berjaya diTrengganu.

Itulah sebab dia bila menghadapi tekanan atau masaalah, dia tidak boleh berfikiran rasional dalam membuat penilaian dan tindakan, sehinggakan dia tidak dapat memikirkan bahawa tindakannya itu telah membawa kemusnahan perasaan serta pekerjaan Sam. Itulah sebab Sam berfikir bahawa Najwa seperti pengkhianat tetapi tidak. Ini semuanya adalah sebab perbezaan cara pemikiran dan kejahilan ilmu.

Akhirnya kemarahan serta sakit hati Sam kepada Najwa kendur sedikit dan Sam memahami bahawa Najwa bukan lah pasangan hidup yang sesuai bagi dirinya dan tak mungkin bersama kerana ditakuti akan membawa banyak lagi masaalah dan kemusnahan serta mengakibatkan kehilangan kebahagiaan dalam rumah tangga. Dalam hati Sam, biarlah Najwa bertemu jodoh dengan pasangan yang sesuai untuk dirinya dikemudian hari.

Sedang Sam termenung memikirkan hal Najwa, Halim menepuk bahu Sam dan berkata bahawa semua telah siap sedia untuk bertolak kerumah Ayah Teh bagi upacara Angkat Nikah. Dalam hati Sam, selamat tinggal Najwa.

RAHSIA TERBURAI.

12.3] Waktu siang itu perasaan Sam dan Wan Anita bertambah gemuruh kerana mereka sentiasa menantikan berita dari Kuala Trengganu yang mungkin menimbulkan kekecuhan dan kemarahan ibu-bapa Sam. Mereka juga takut sekiranya keluarga terutama Abang Wan Anita akan datang rumah itu serta akan timbul kekecuhan yang memalukan.

Sam mengambil keputusan untuk keluar bersiar-siar dengan Wan Anita untuk menenangkan perasaan mereka. Sam membawa Wan Anita melawat tapak kilang batiknya, pejabat dan Bilek Pameran nya serta pergi ke sungai dimana dia selalu memancing serta menyorokkan diri semasa kes Bakar Bas dan sekitar rumah lama keluarganya. Selepas itu mereka berehat ditepi pantai.

Petang hari baru Sam dan Wan Anita pulang kerumah. Sam dan Wan Anita masuk kerumah dan dilihatnya ayah dan ibunya sedang duduk bersama dan ayahnya sedang menghisap rokok. Sebaik sahaja Sam dan Wan Anita berjalan melintas dihadapan mereka, ayah Sam berkata bahawa keluarga Wan Anita ada menalipon dan bertanyakan dirinya. Tenang sahaja ayah Sam berkata dan ibu Sam hanya tersenyum dan memberi isyarat menyuruh mereka duduk.

Sebaik sahaja Sam yang ketakutan itu duduk, ayahnya berkata bahawa Sam harus bertanggung jawab serta menyelesaikan semua masaalah serta menjaga Wan Anita sebaik mungkin. Ayah Sam juga berkata bahawa keluarga Wan Anita tidak akan marah dan mengharap Sam dan Wan Anita segera pulang keTrengganu dan bersedia untuk menikahkan mereka.

Hanya itu sahaja yang dikatakan oleh Ayah Sam tetapi dia seperti tidak marah langsung dan ibu Sam hanya tersenyum sahaja. Sam dan Wan Anita diam sahaja sambil menunggu lagi apa yang bakal ayah Sam akan perkatakan lagi.

Tiba-tiba Wan Anita berkata dan meminta maaf kerana dia dan Sam telah menipu ibu-bapa Sam yang menyatakan mereka sudah berkahwin, serta berkata bahawa tiada apa yang berlaku diantara mereka kerana mereka memang benar-benar hendak berkahwin secara baik. Ayah Sam berkata, yang bila dilihat sahaja wajah Wan Anita, dia sudah tahu dia adalah seorang wanita yang baik serta tahu menjaga diri. Ayah Sam juga merasa hairan kenapa Wan Anita sanggup hendak berkahwin dengan Sam yang selalu dikatakan seorang lelaki jahat dan tak bertanggung jawab itu.

Wan Anita berkata bahawa mungkin itu dah jodohnya serta dia juga sudah tahu dari orang lain perihal hidup Sam serta melihat sendiri apa yang terjadi. Ayah dan Ibu Sam tersenyum dan menyuruh Sam dan Wan bersiap serta memikirkan untuk pulang ke Trengganu secepat yang boleh dan memberi jaminan bahawa keluarga di Trengganu tidak akan marah serta setuju untuk mengahwinkan mereka.

Sam meminta kebenaran ayahnya untuk menggunakan keretanya bagi menguruskan semua perkara itu sehingga selesai. Petang itu juga Sam dan Wan Anita telah berangkat pulang keTrengganu kerana Sam hendak singgah untuk membeli cincin untuk perkahwinan mereka di Kuala Lumpur. Mereka menjangkakan esuk pagi mereka akan sampai ke Kuala Trengganu.

Malam itu Sam terus memandu serta berhenti makan dan berehat, tetapi dia terus memandu dan matanya tidak merasa mengantuk lansung dan begitu juga dengan Wan Anita yang sentiasa memegang tangan Sam, mungkin dia ketakutan atau gemuruh sepanjang perjalanan itu.

Sebelum Subuh Sam telah sampai ke Resort yang selalu dia sewa dan dia menyewa sebuah bilik untuk mandi serta berehat sebelum menghantar Wan Anita pulang ke Pulau Rusa. Selepas siap mandi dan bersalin pakaian, Sam pun memandu menuju Pulau Rusa dan dia hanya menghantar Wan Anita dijalan dihadapan rumah dan kemudian pulang semula ke Resort itu semula.

Selepas itu Sam dan Wan Anita tetap berhubung melalui talipon rumah Anna untuk mengetahui perkembangan yang berlaku. Wan Anita berkata bahawa keluiarganya lansung tidak memarahinya malah bersetuju untuk mengahwinkan mereka. Wan Anita juga berkata bahawa kemungkinan abangnya akan datang berunding dengan Sam untuk menentukan Tarikh dan masa yang sesuai sebab mereka sekeluarga bercadang untuk membuat kenduri seperti biasa.

Tidak lama selepas itu,Abang Wan Anita telah berjumpa dengan Sam diResort serta membincangkan perkara tersebut serta telah bersetuju bahawa akad nikah itu diadakan pada 8.8.1989


TIDUR SEBILIK.

12.2] Selepas berborak bersama ayah dan ibunya Sam dan Wan Anita malam itu telah keluar bersiar-siar disekitar kampung itu dan makan malam disebuah kedai makan disana. Orang kampung yang memang ramai mengenali Sam asyik memerhatikan Sam bersama Wan Anita, mungkin memikirkan siapa wanita yang bersama Sam malam itu. Ada sahabat karib Sam yang datang bertanya khabar dan juga bertanya siapa kah Wan Anita ini, dan Sam berkata bahawa Wan adalah isterinya. Bila mereka bertanya keadaan isteri lama iaitu Najwa, Sam berterus terang dengan menyatakan dia telah bercerai dengan Najwa.

Selepas makan, Sam membawa Wan Anita pergi ketepi pantai dimana Sam dan ibunya selalu pergi untuk mencari siput, kerang, ala-ala, Garam sebuku dan Remis. Malam itu mereka berborak sepuasnya disana sambil memerhatikan ombak laut Selat Melaka yang berlumpur itu.Mereka berbincangkan apa yang bakal terjadi serta apa yang patut dilakukan, asalkan mereka tetap dapat bersama.

Sam juga meminta maaf kerana terpaksa menipu dengan mengaku Wan Anita itu adalah isterinya kepada orang tuanya serta kepada rakan-rakan. Sam juga keliru dengan keputusan itu serta tidak tahu akan akibat yang bakal dilaluinya akibat berbohong. Walau bagaimana pun Sam berkata, mulai malam ini mereka terpaksa berpura-pura dengan tidur bersama dalam satu bilik dan Sam berkata Najwa tidur atas katil dan dia tidur dibawah dan depan pintu.

Wan Anita bersetuju serta memberi amaran agar Sam jangan cuba buat tak baik padanya dan mungkin dia akan menjerit nanti. Sam ketawa mendengar kata-kata Wan Anita itu serta memberi jaminan dengan berkata bahawa dia amat sayangkan Wan Anita dan mereka pun dah berjanji akan berkahwin jadi Sam tetap sabar menanti.

Malam itu Sam dan Wan pulang agak lewat dan Wan terus masuk kedalam bilik dan Sam memrokok dan bersembang dengan ayahnya. Wan Anita berkata kepada Sam yang dia akan tidur diluar kerana kesihan melihat adik-adik Sam yang bergelimpangan tidur ditepi bilik kerana bilik yang bakal dia gunakan itu adalah tempat mereka tidur sebelum ini. Ayah Sam melarang dan tetap menyuruh Wan Anita tidur didalam bilik itu. Wan Anita akur dan Sam ketawa dalam hati.

Ayah Sam berkata yang dia pun sudah mengantuk dan ingin masuk tidur dan Sam dengan berat kaki berjalan menuju bilik tidur dimana Najwa berada. Bila Sam masuk kedalam bilik,lampu telah dipadamkan tetapi sinaran lampu luar yang memasuki bilik itu membuatkan ianya masih terang dan samar.

Sam melihat Wan Anita sedang terbaring sambil memeluk bantal didadanya sambil memakai baju tidur yang dibelinya siang tadi. Warna pink serta bergorak bunga Ros. Sam melihat seperti Wan Anita sudah tidur dan cuba mendekatkan mukanya kemuka Wan Anita untuk memastikan dia sudah tidur atau belum.

Sepantas kilat Wan Anita menunjukkan penumbuk serta mengangkat kedua kakinya seperti hendak menendang Sam. Sam yang terperanjat berundur kebelakang sambil menunjukkan isyarat jari dibibir supaya jangan bising. Wan memberi isyarat menyuruh Sam pergi jauh dan masih menunjuk penumbuk serta gaya kaki yang seperti hendak menerajang. Sam nampak muka Wan Anita yang tersenyum serta terkekeh-kekeh ketawa kecil melihat kan Sam yang mula mengambil bantal dan selimut dihujung katil.

Wan Anita akhirnya bangun dan memberi isyarat tangan supaya Sam mendekatinya sambil membisekkan yang dia hanya bergurau sahaja. Sam berkata dia tahu, tapi dia berkata yang dia tetap sama pendirian yang telah dia janjikan . Sam baring dibawah katil, dan Wan Anita diatas katil.

Malam itu Sam langsung tidak dapat tidur. Dia bukan sahaja terkenang musibah yang bakal melanda tetapi dia terasa bilik itu amat panas kerana asyik teringatkan Wan Anita yang cantik jelita yang tidur diatas katil itu. Pusing kekiri, kekanan, terlentang dan meniarap semua tak kena. Dia terasa terlalu lama berada didalam bilik itu dan ingin rasanya dia keluar sahaja dari bilik itu dan tidur diluar, tapi kerana takut rahsia pecah, Sam tetap terkebil-kebil tak boleh tidur.

Sam juga perasan yang Sam yang Wan Anita juga selalu bergerak serta tidak tidur lena dan Sam fikirkan mungkin kerana terlalu penat melalui perjalanan jauh siang tadi. Tiba -tiba Sam perasan yang Wan Anita bangun dan menuruni katil. Sam membekukan diri dan berpura-pura tidur dan ingatkan Wan Anita hendak pergi kebilik air.

Sam terasa bahunya digoyang oleh Wan Anita dan sambil membisikkan ketelinganya dengan berkata supaya Sam berhenti berpura-pura tidur kerana ditahu yang Sam masih berjaga. Spontan Sam tersenyum dan menoleh kearah Wan Anita yang berada ditepinya. Wan anita juga berkata yang dia tidak boleh tidur kerana susah hati. Sam berkata yang Wan Anita tidak boleh tidur sebab runsingkan masaalah atau berdebar kerana pertama kali tidur sebilek dengan lelaki.

Wan Anita mencubit pinggang Sam dan berkata kedua-duanya, sambil ketawa kecil terkekeh-kekeh. Akhirnya Sam mengajak Wan Anita keluar dari bilik dan duduk ditangga batu dianjung rumah itu. Mereka berborak sampai pagi.

BAB SEBELAS- CINTA SAMPAI KEMATI.

12.1] Setiap hari Sam menalipon Wan Anita dirumah Anna dan bertanyakan keadaannya serta mahu tahu pendiriannya berkenaan rancangan mereka dan Wan Anita tetap dengan keputusannya untuk mengikut rancangan Sam. Wan Anita berkata dia sekarang amat tertekan dengan kerenah Fauzi dan Najwa yang telah berjaya menghasut ramai penduduk kampung sehingga dia sekarang dipandang serong oleh penduduk kampung itu. Yang paling menyedihkan ialah jiran sebelah rumah yang selalu mesra dan rapat, sudah tidak bertegur sapa dengannya.

Sam meminta Wan Anita berunding dengan keluarganya berkenaan perhubungan mereka, tetapi Wan Anita berkata dia tidak berani bila memandangkan keadaan yang sedang melanda dikampung ini. Wan Anita berkata yang bukan semua yang percaya dengan cerita Fauzi dan Najwa tetapi ada yang masih simpati dengan Sam, termasuk Tok Ngah. Wan Anita berkata yang dia menceritakan kepada Tok Ngah keadaan sebenar Sam dan amat bersimpati dan bersyukur kerana Sam selamat, tidak seperti khabar angin yang didengarnya.

Sam amat ketakutan dengan perancangan yang diaturkan bersama Wan Anita tetapi setelah mendengar yang Wan Anita masih dengan keputusan yang sama maka Sam pun menyuruh Wan Anita supaya datang ke Stesyen Teksi esuk pagi dengan tanpa membawa apa-apa pakaian atau apa jua barangan.

Sam telah berada awal iaitu dalam jam 7 distesyen Teksi itu dan telah menempah sebuah teksi yang sanggup untuk terus menghantar mereka kerumah Ibu-bapa Sam di Sabak Bernam Selangor. Walau pun kadar tambang yang dikenakan agak mahal, Sam menerimanya kerana ia adalah sebuah kereta sewa Mercedes yang agak baru juga.

Tidak lama lepas itu Wan Anita benar-benar tercegat didepan matanya dengan hanya membawa beg tangan kecil serta berbaju cantik. Sam tidak pernah melihat Wan secantik itu. Sam terpaku seketika dan pemandu teksi itu berkata bahawa Sam amat bertuah kerana mempunyai isteri yang sangat cantik. Sam hanya tersenyum dan mempelawa Wan Anita masuk kedalam teksi itu dan mereka pun bertolak.

Dalam debaran dan ketakutan Sam masih berasa bahagia bila melihat Wan Anita yang jelita berada disebelahnya dan dia merasakan tangannya dipegang irat oleh Wan Anita. Sam juga tahu Wan Anita juga ketakutan serta mungkin bersedih kerana terpaksa melamggar arahan keluarganya serta mungkin mereka akan mendapat malu seleoas ini.

Dalam perjalanan itu, Sam menceritakan perkara yang sebenar kepada pemandu Teksi itu bahawa Wan Anita adalah bukan isterinya lagi serta menceritakan keadaan yang sebenar. Pemandu kereta itu bertanya kenapa mereka tidak berkahwin di Golok sahaja dan katanya cara itu adalah lebih mudah dari cara Sam dan Wan Anita lakukan sekarang, dan akhirnya dia faham setelah Sam memberi tahu bahawa mereka hendak pergi ke Brunei selepas ini dengan status sebagai suami isteri dan adalah lebih mudah untuk urusan pihak berkuasa.

Selepas itu Sam , Wan Anita serta Pemamdu Teksi itu terus bercakap dan berbincang serta bercerita berkenaan kisah mereka. Beberapa kali mereka bertiga berhenti dan makan-minum bersama. Sam merasa amat bahagia waktu itu kerana sentiasa dapat bersama Wan Anita serta sentiasa berpegang tangan semasa didalam Teksi.

Tiada dapat Sam bayangkan bahagianya dia yang selama ini terasa kekosongan, telah dihadiri seorang wanita jelita yang sentiasa memegang tangannya. Disamping itu Wan Anita juga sentiasa menyuapkan Sam dengan air serta kueh mueh yang dibelinya semasa berhenti tadi. Sam merasakan Wan amat mesra dan manja seperti telah amat lama bertemu.

Sam dan Wan Anita telah membeli beberapa helai pakaian untuk mereka berdua dan sebuah beg pakaian. Sam juga membelikan satu set alat make-up yang lengkap bagi memudahkan Wan Anita mendandan dirinya.

Disebabkan pemandu kereta itu memandu agak laju, mereka sampai petang itu juga dirumah orang tua Sam. Sebaik sahaja sampai, kedua-dua ibu bapa Sam serta adik-adiknya tercengang dan Sam secara tidak sengaja telah menjadi amat gugup serta mengakui Wan Anita itu sekarang adalah isterinya sekarang.

Ayah dan ibu Sam tidaklah terperanjat kerana sebelum Najwa merampas harta bendanya Ayah Sam dengan Abang saudaranya Hamid telah berkunjung kerumahnya kerana ayahnya meminta bantuan kewangan ubtuk menjelaskan ansuran kereta adiknya Kamal. Mereka telah tahu yang Sam dan Najwa telah berpisah dengan talak 3.

Pada hari Ayah Sam berada disana,Sam menceritakan kepadanya bahawa Wan Anita ini telah terfitnah dan meminta dia pergi kerumah Wan Anita untuk meminta maaf bagi pihak orang tua dan kalau boleh meminta tolong agar ayahnya supaya pergi merisik kerana Sam berkata dia sangat berkenan dengan Wan Anita dan bercadang untuk meminang Wan Anita.

Disebabkan merasa malu kerana Sam baru sahaja bercerai dan berstatus Dua yang mempunyai anak. ayah Sam tidak tergamak untuk meluahkan perasaan Sam itu kepada keluarga Wan Anita, selain meminta maaf keatas semua yang terjadi.

Sam yang tersasul berkata yang Wan Anita itu isterinya menjadi serba salah, akhirnya dia buat tak tahu sahaja dan dalam hatinya tak lama rahsia dia akan terpecah dan tentu akan kena marah berapi. Sam tak kisah, apa yang penting, dia dapat berkahwin dengan Wan Anita dan berazam akan bercinta dengannya sampai kemati.