12.4] Bagi menghadapi hari perkahwinan dia dengan Wan Anita yang bakal mendatang, Sam telah bertemu dengan seppupu lelaki Najwa iaitu Halim yang selalu membantu Sam masa berniaga diSimpang Tok Ku dahulu. Sam meminta Halim menjadi pengapitnya serta Sam juga menjemput beberapa orang sahabat rapatnya untuk hadir dihari perkahwinannya nanti.
Walaupun Halim adalah sepupu Najwa, dia sebenarnya dari awal Sam mula membuka bengkel Batik diHiliran Masjid, dia sudah amat rapat dengan Sam. Dia juga telah mengetahui segala kesukaran Sam disana dan di Simpang Tok Ku dan tidak berapa suka cara Najwa serta Keluarganya melayan Sam.
Semasa Sam sedang berkemas-kemas segala keperluan untuk hari perkhwinannya yang dibuat dirumah Halim, dia menerima satu panggilan talipon dari Najwa. Najwa amat bersedih bila mendengar Sam akan berkahwin dengan Wan Anita serta berkata dia amat menyesal dan akan kehilangan Sam buat selama-lamanya.
Sam hanya mnedengar segala rintihannya dan akhir sekali dia berkata yang dia hendak menghadiahkan sepasang Baju Melayu sebagai hadiah darinya. Sam menolak, tetapi dia beria-ia sangat hendak memberinya dan akhirnya Sam terima juga. Najwa berkata yang Sam kena mengambilnya sendiri disebuah kedai jahit di Losong.
Sam mengambil baju itu yang ditinggalkan dikedai yang dimaksudkan dan Sam terus menyimpannya. Dalam itu Sam merasa hairan serta kasihan dengan Najwa yang seperti tidak tahu apakah yang dibuatnya.Setelah lama berfikir, akhirnya Sam mengambil pendirian bahawa Najwa ini bukanlah jahat, tetapi dia tidak tahu apa yang patut atau yang tidak patut dilakukan atau lebih hampir, kurang ilmu. Oleh sebab itulah dia tidak dapat membuat tindakan atau berkelakuan yang sepatutnya bila berhadapan dengan masaalah dan tekanan. Kejahilan Najwa juga didorong oleh sikap keluarga nya yang jahil juga, maka bertambah teruklah kejahilan Najwa.
Dalam pemikiran Sam, Najwa juga tersilap memilih dia sebagai suami kerana tidak sealiran cara pemikiran, serta terpaksa menjalani kehidupan yang mempunyai cabaran dan memerlukan teknikal pemikiran sebagai seorang peniaga yang mempunyai jiwa besar. Dalam kata lain dia orang lurus yang tiada mempunyai fikiran taktikal.
Kesilapan Najwa yang amat ketara ialah sifat ego serta memandang rendah kepada Sam yang berusia lebih muda darinya serta sentiasa beranggapan apa yang Sam lakukan perlu sentiasa diragui dan dalam masa yang sama dia beranggapan apa yang dia lakukan adalah benar belaka. Keegoan Najwa bertambah besar, bila pihak keluarganya juga mempunyai aliran pemikiran yang sama menyokong semua tindakan serta keputusan yang dibuat. Itulah sebabnya dia tidak mahu sesekali mengikut serta mentaati perintah Sam.
Kejahilan yang amat nyata ialah apabila dia merosakkan perniagaan Sam serta mencemarkan nama baik Sam, sebenarnya dia membunuh serta menghancurkan masa depan anak-anaknya juga. Najwa yang dan keluarganya tidak mempunyai fikiran taktikal dalam perniagaan apatah lagi sebagai seorang pengusaha pembuatan dan pengilangan yang harus mempunyai pemikiran sedemikian. Oleh itu Najwa walaupun tahu membuat batik, tetapi dia hanya boleh digolongkan sebagai pekerja sahaja, bukan peniaga atau usahawan. Kerugian besar bagi anak-anak kerana Sam dihalang untuk berjaya diTrengganu.
Itulah sebab dia bila menghadapi tekanan atau masaalah, dia tidak boleh berfikiran rasional dalam membuat penilaian dan tindakan, sehinggakan dia tidak dapat memikirkan bahawa tindakannya itu telah membawa kemusnahan perasaan serta pekerjaan Sam. Itulah sebab Sam berfikir bahawa Najwa seperti pengkhianat tetapi tidak. Ini semuanya adalah sebab perbezaan cara pemikiran dan kejahilan ilmu.
Akhirnya kemarahan serta sakit hati Sam kepada Najwa kendur sedikit dan Sam memahami bahawa Najwa bukan lah pasangan hidup yang sesuai bagi dirinya dan tak mungkin bersama kerana ditakuti akan membawa banyak lagi masaalah dan kemusnahan serta mengakibatkan kehilangan kebahagiaan dalam rumah tangga. Dalam hati Sam, biarlah Najwa bertemu jodoh dengan pasangan yang sesuai untuk dirinya dikemudian hari.
Sedang Sam termenung memikirkan hal Najwa, Halim menepuk bahu Sam dan berkata bahawa semua telah siap sedia untuk bertolak kerumah Ayah Teh bagi upacara Angkat Nikah. Dalam hati Sam, selamat tinggal Najwa.
KONFLIK DALAM KELAMBU.
SEMUA ARTIKEL DIDALAM BLOG INI HANYALAH DRAF RINGKAS RENTETAN PERISTIWA SAHAJA. IANYA AKAN DIEDIT SERTA DITAMBAH DENGAN BANYAK LAGI CERITA YANG SEBENAR YANG LEBIH LENGKAP DAN CERITA LENGKAP HANYA AKAN TERDAPAT DALAM NOVEL " AIRMATA DALAM KELAMBU"
CERITA INI ADALAH KISAH BENAR DAN HANYA DIOLAH ATAU DITAMBAH SEDIKIT UNTUK NAMA WATAK SAHAJA BAGI MENJAGA MARUAH MEREKA YANG TERLIBAT.
RINGKASAN CERITA INI BOLEH ANDA IKUTI DENGAN MENGIKUT TURUTAN MUKA SURAT YANG BERMULA DARI 1.1.
SELAMAT MEMBACA.
TERIMA KASIH
ABC.
Ahmad Baharom Creation

No comments:
Post a Comment