KONFLIK DALAM KELAMBU.


SEMUA ARTIKEL DIDALAM BLOG INI HANYALAH DRAF RINGKAS RENTETAN PERISTIWA SAHAJA. IANYA AKAN DIEDIT SERTA DITAMBAH DENGAN BANYAK LAGI CERITA YANG SEBENAR YANG LEBIH LENGKAP DAN CERITA LENGKAP HANYA AKAN TERDAPAT DALAM NOVEL " AIRMATA DALAM KELAMBU"

CERITA INI ADALAH KISAH BENAR DAN HANYA DIOLAH ATAU DITAMBAH SEDIKIT UNTUK NAMA WATAK SAHAJA BAGI MENJAGA MARUAH MEREKA YANG TERLIBAT.

RINGKASAN CERITA INI BOLEH ANDA IKUTI DENGAN MENGIKUT TURUTAN MUKA SURAT YANG BERMULA DARI 1.1.

SELAMAT MEMBACA.

TERIMA KASIH


ABC.
Ahmad Baharom Creation

Monday, 1 December 2014

SAM TINGGALKAN PERAK

8.14] Pagi itu Sam terbangun dan bila ternampak sahaja botol minuman keras itu, dia pun terus meminumnya lagi dan mula mabuk tetapi tidaklah sampai tertidur tetapi keadaannya nampak terhuyung hayang.

Pintu rumah diketuk orang dan Sam membuka pintu dan dia amat terperanjat melihat Najwa dan anak-anaknya berada dihadapannya. Najwa terus masuk dan bertanyakan dimana Arfah dan Sam berkata bahawa Arfah sudah pulang kerumahnya. Najwa masih tidak percaya dan masih cuba mencari kedalam bilik tidurnya. Sam yang amat marah telah berkata yang Najwa telah menalipon serta memberi tahu keluarga Arfah kenapa buat lupa dan masih berpura-pura. Najwa terdiam dan terus membawa anak-anaknya masuk kebilik.

Selepas itu Najwa keluar semula dan mengutip semua botol minuman keras itu dan membuangnya kedalam tong sampah sambil berkata bahawa Sam telah menjadi gila. Sam yang amat marah mendengar kata-kata Najwa itu telah mengambil TV yang ada dihadapannya serta terus menghempaskannya sehingga berkecai. Najwa dan anak-anaknya tercengang melihat kelakuan Sam dan lepas itu masuk kedalam bilik dan mengunci pintu.

Selepas menghempas itu itu Sam merasa lega sedikit perasaan marahnya tetapi telah bertukar menjadi penyelasan kerana bila terfikirkan anak-anaknya yang tidak lagi dapat melihat siaran kartun kegemaran mereka. Sam juga merasa menyesal minum minuman keras kerana kerana itu dia berada dalam keadaan yang sedemikian. Sam lalu pergi mengambil satu bungkusan yang berisi minuman keras yang disorokkannya dibelakang almari lalu pergi keluar rumah dan membuangnya.

Hari itu Sam merasa lega sedikit kerana anak-anaknya ada dan dia bermain dengan mereka dan dengan kehadiran Najwa dan anak-anak dalam rumah itu, telah membuatkan tekanan perasaannya tidak seteruk malam semalam. Malam itu Sam tidur bersama anak-anaknya diruang tamu.

Memandangkan semuanya telah porak peranda, Sam telah mengambil keputusan untuk pulang kekampung ayahnya untuk tinggal disana sambil merehatkan dirinya dan meminta Najwa mengemaskan semua barangan keperluan sahaja. Sam bercadang untuk menjual segala kelengkapan rumah supaya kos berpindah berkurangan serta dia perlukan wang untuk simpanan sebagai perbelanjaan.

Sedang Sam berkemas-kemas, Arfah dan sahabatnya telah datang melawat dan ingin melihat keadaan Sam. Dia takut Sam masih keseorangan dan setelah melihat Najwa dan anak-anak telah ada maka hatinya amat suka. Najwa yang melihat kedatangan Arfah itu sentiasa bermasam muka dan tidak lama lepas itu Arfah pun pulang.

Setelah semuanya diuruskan maka Sam dan keluarganya pun berpindah kerumah ayah dan ibunya dikampung.


No comments:

Post a Comment