11.9] Pagi itu Sam telah dikunjungi oleh Wan Anita diResort tersebut.Sam menceritakan bahawa sebenarnya dia sudah malas nak melayan kerenah Najwa itu kerana katanya sudah 10 tahun dia telah tahu serta amat tahu segala tabiat serta tingkah laku serta cara dia berfikir. Sam juga bercerita kepada Wan Anita tentang rancangannya untuk meneruskan hidupnya, iaitu dia akan pergi ke Kuala Lumpur untuk menolong Mala berniaga dan apabila sudah betul-betul sihat, dia akan pergi Ke Brunei untuk mengajar disana selama 5 tahun.
Sam juga menunjukkan surat tawaran tersebut kepada Wan Anita.
Memandangkan keadaan telah jadi sedemikian rupa, Sam berkata yang dia terpaksa menangguhkan semua rancangan itu, malah telah menukar segala-galanya kerana dengan cara ini semua masaalah akan selesai dan dia dapat memberhentikan semua fitnah serta usaha Najwa untuk memerangkap Sam.
Sam memberitahu Wan Anita yang segala tindakan Najwa itu adalah semata-mata untuk memelihara maruah dirinya serta keluarganya yang terkenal sebagai orang Alim dikampungnya. Selain dari membalas dendam, Najwa juga berniat untuk menghalau dia dari Trengganu dengan menghalang semua kegiatan perniagaannya supaya Sam mengalah dan akhirnya pergi pulang ketempat asalnya.
Dengan membuat Sam papa kedana serta menggunakan Fitnah yang Sam ini sudah gila, maka Najwa berharap dia akan dapat hak penjagaan kepada semua anak-anak. Sam merasakan bahawa Najwa hendak menggunakan anak-anak sebagai umpan untuk membuatkan Sam berbalik semula kepadanya setelah mengetahui Najwa masih hendak bersamanya dengan mencadangkan Sam untuk melakukan Cina Buta tempuhari. Dia amat tahu bahawa Sam memang amat sayangkan anak-anaknya.
Boleh dikatakan semua rancangan itu mungkin berjaya, tetapi bagi Sam, Najwa akan lebih berjaya dan terselamat dari semua perkara yang memalukan ialah apabila Sam kalah dan balik bersamanya.Jika semua itu terjadi maka Najwa akan menang besar dan semua kesalahannya dan keluarganya akan tertutup tetapi Sam akan menjadi orang yang tewas serta akan terus dihina oleh masyarakat dan semua kesilapan akan terpalit kepada Sam.
Sam berkata kepada Wan Anita bahawa dia telah sedar semua perlakuan Najwa dan Keluarganya selama ini dan berkata bahawa sampai mati pun Najwa tidak akan diterima kembali untuk bersamanya.
Sam juga memberitahu Wan Anita bahawa dia selaku orang Perantau yang tiada sesiapa yang mahu menyokong atau membelanya berkata dia tidak mampu untuk melawan dengan memberi tahu semua perkara untuk membela dirinya, dan juga tiada daya hendak membela keaiban diri Wan Anita yang telah amat tercemar dengan fitnah dan hasutan Najwa. Sam memberitahu Wan yang dia mungkin akan pulang juga ke Kuala Lumpur dan kemudian membawa diri keBrunei.
Mendengar keputusan Sam itu, Wan Anita menangis serta berkata bahawa Sam sanggup meninggalkan dia dalam keadaan begini. Sam meminta maaf kepada Wan Anita, tetapi dia masih menangis.Akhirnya Sam berkata bahawa sebenarnya dia telah mula amat sayang kepada Wan Anita dan telah lama dia memendam rasa, tetapi dia malu nak meluahkannya kerana amat malu dan sedar siapa dirinya. Sam juga berkata yang dia kalau boleh tidak mahu meninggalkan Wan Anita sebegini dan ingin membawa dia pergi bersama serta membina hidup baru. Selain itu, Sam mengakui yang dia amat perlukan teman kerana dia masih sakit dan tidak stabil.
Wan Anita yang masih menangis dan tekun mendengar kata-kata Sam itu lantas berkata bahawa dia pun telah jatuh hati kepada Sam. Dia dapat menilai semua cerita dan sejarah Sam yang pernah didengarnya serta setelah berdamping rapat, maka dia amat yakin dengan Sam serta tahu hati dan keikhlasan Sam. Dia tidak peduli apa yang orang lain kata kerana mereka tidak mahu menilai dan bersikap prajudis dengan orang luar.
Sam yang amat terperanjat dengan pengakuan Wan Anita itu terus bertanya sekali lagi, adakah benar apa yang Wan Anita itu katakan, dan Wan Anita mengakuinya. Sam berkata semuanya ini mustahil kerana dengan segala kejadian yang berlaku serta segala fitnah yang ditaburkan olleh Najwa, termasuk orang telah hebuh menyatakan yang Sam telah menjadi Gila, tentulah pihak keluarga Wan Anita akan membantah serta menghalang niat mereka jika ingin bersama dan berkahwin.
Setelah membincangkan perkara itu tetapi semuanya mencapai kalan buntu, maka Sam dan Wan Anita termenung seketika dan Sam memesan makanan untuk mereka berdua. Kata Sam eluk mereka makan dahulu sambil berfikir, lagi pun dia tahu Wan Anita masih belum sarapan dan dia juga begitu.
KONFLIK DALAM KELAMBU.
SEMUA ARTIKEL DIDALAM BLOG INI HANYALAH DRAF RINGKAS RENTETAN PERISTIWA SAHAJA. IANYA AKAN DIEDIT SERTA DITAMBAH DENGAN BANYAK LAGI CERITA YANG SEBENAR YANG LEBIH LENGKAP DAN CERITA LENGKAP HANYA AKAN TERDAPAT DALAM NOVEL " AIRMATA DALAM KELAMBU"
CERITA INI ADALAH KISAH BENAR DAN HANYA DIOLAH ATAU DITAMBAH SEDIKIT UNTUK NAMA WATAK SAHAJA BAGI MENJAGA MARUAH MEREKA YANG TERLIBAT.
RINGKASAN CERITA INI BOLEH ANDA IKUTI DENGAN MENGIKUT TURUTAN MUKA SURAT YANG BERMULA DARI 1.1.
SELAMAT MEMBACA.
TERIMA KASIH
ABC.
Ahmad Baharom Creation
No comments:
Post a Comment