Sam mengetuk pintu Tok Ngah dan sebaik sahaja Tok Ngah melihat Sam, dia pun amat terperanjat melihat Sam yang kusut masai dan bertanya kepada Sam, apakah tujuannya datang dimalam hari begini. Sam pun berkata bahawa dia dalam kesusahan sekarang dan ingin meminta jasa baik Tok Ngah untuk memberikan kebenaran untuk menyewa rumah yang betul-betul berada dihadapan rumahnya itu.
Tok Ngah yang kebingungan bertanya Sam kenapa sebegini terdesaknya Sam untuk menduduki rumah itu diwaktu malam begini dan Sam menyatakan sekali lagi bahawa didalam kesusahan serta memerlukan tempat tinggal sekarang juga. Sam juga berkata yang dia akan menceritakan semuanya pada besuk pagi.Tok Ngah yang sememangnya kenal dengan Sam sebab berkawan rapat dengan anak saudaranya Hj Yahya, tidak bertanya lagi lalu memberikan kunci rumah dan membenarkan Sam menyewa rumah itu dengan harga sebanyak RM250.00 sebulan.Sam hanya membayar sebanyak RM 150.00 sahaja pada Tok Ngah pada malam itu dan berjanji akan membayar baki deposit sebanyak RM 350.00 iaitu deposit sewaan selama 2 bulan dan cagaran bil api dan air sebanyak RM 100.00 yang telah disyaratkan keesukan harinya.
Malam itu Sam telah dapat menduduki rumah itu dengan tiada sebarang apa jua kelengkapan. Tok Ngah yang tahu bahawa Sam tiada sebarang kelengkapan telah memberi Sam sebiji bantal, sehelai selimut dan sebidang tikar untuk kegunaannya malam itu.Kata Tok Ngah, semua itu dihadiahkan terus kepada Sam. Sam yang amat keletihan kerana baru pulang dari Kuala Lumpur pagi tadi, dan terpaksa berdepan dengan masaalah pembuangan pekerjanya oleh mertuanya serta perbalahan dengan Najwa,cuba membaringkan diri untuk berehat.
Dalam masa itu Sam mengkaji semula tindakannya sehingga terpaksa menyewa rumah tersebut. Dia merasa tindakannya itu adalah salah kerana pada permulaannya dia bercadang untuk pulang sahaja ke Kuala Lumpur dan pergi kerumah Mala dan tinggal disana. Dia bercadang untuk menolong Mala berniaga serta dia mungkin agak mudah berjalan dengan adanya kereta Mala sebagai pengankutan. Sam juga tidak keberatan jika sekiranya dia terpaksa berkahwin dengan Mala jika keadaan difikirkan perlu.
Dalam masa itu juga Sam terkenangkan kata-kata Hj Yahya dan sahabat-sahabat yang lain yang bersedia untuk membantu Sam sekiranya dia dalam kesusahan atau ingin memulakan perniagaannya. Disebabkan amat percaya dengan Hj Yahya maka sebab itulah Sam berpatah balik dan membatalkan hasratnya untuk pulang ke Kuala Lumpur. Sam masih mahu berada di Trengganu supaya lebih hampir dengan anak-anaknya.
Malam itu Sam terlena dengan perut yang kosong kerana tidak makan dari pagi tadi kerana sebaik sahaja dia pulang dari Kuala Lumpur, seleranya tertutup kerana runsing akibat pembuangan pekerjanya olih mertuanya dan ianya berlarutan dengan perbalahan dia dengan Najwa sehinggalah dia meninggalkan rumah mertuanya itu. Sam hanya minum air paip dihadapan rumah Tok Ngah sebaik sahaja sampai tadi kerana amat kepenatan berkayuh basikal.
.jpg)
No comments:
Post a Comment