KONFLIK DALAM KELAMBU.


SEMUA ARTIKEL DIDALAM BLOG INI HANYALAH DRAF RINGKAS RENTETAN PERISTIWA SAHAJA. IANYA AKAN DIEDIT SERTA DITAMBAH DENGAN BANYAK LAGI CERITA YANG SEBENAR YANG LEBIH LENGKAP DAN CERITA LENGKAP HANYA AKAN TERDAPAT DALAM NOVEL " AIRMATA DALAM KELAMBU"

CERITA INI ADALAH KISAH BENAR DAN HANYA DIOLAH ATAU DITAMBAH SEDIKIT UNTUK NAMA WATAK SAHAJA BAGI MENJAGA MARUAH MEREKA YANG TERLIBAT.

RINGKASAN CERITA INI BOLEH ANDA IKUTI DENGAN MENGIKUT TURUTAN MUKA SURAT YANG BERMULA DARI 1.1.

SELAMAT MEMBACA.

TERIMA KASIH


ABC.
Ahmad Baharom Creation

Thursday, 4 December 2014

JAMILAH KENA UGUT.

10.10] Jamilah datang berjumpa dengan Sam dan berkata yang dia hendak berhenti kerja. Sam terperanjat bila mendengar berita itu dan bertanya Jamilah apakah sebabnya sehingga dia hendak berhenti berkerja dan Jamilah berkata bahawa Najwa telah berjumpa dengannya dan berkata dia telah tahu yang dia dan Sam pernah keluar bersama, serta telah menceritakan kepadanya segala keburukan lampau Sam serta memberi amaran kepada Jamilah supaya berhati-hati dengan Sam kerana kata Najwa, Sam adalah lelaki Gila Seks.

Sam amat terperanjat serta merasa amat malu pada Jamilah, dan berkata kepada Jamilah, itu terpulang kepadanya untuk percaya atau tidak semua dakwaan Najwa itu. Sam juga merasa hairan serta tertanya-tanya siapakah yang telah memberi tahu hal itu kepada Najwa setelah Jamilah berkata bahawa Najwa berkata bahawa ada orangnya yang sentiasa memerhatikan semua kelakuan Sam ditempat kerja.

Sam masih tidak percaya semua itu kerana rata-rata perkerjanya boleh dikatakan amat tidak suka dengan Najwa.Sam terus memujuk Jamilah supaya tidak meneruskan hasratnya itu dan dia bersetuju. Jamilah berkata yang dia tidak mempercayai kata-kata Najwa itu kerana orang tuanya juga kenal dan sudah mula tahu dan faham dengan sejarah hidup Sam selama ini dan bertambah yakin dengan memandangkan kejadian yang telah berlaku dikampung itu. Sambil berseloroh Sam berkata kepada Jamilah yang dia ada peluang untuk menjadi menantu mereka. Jamilah ketawa serta berkata yang Sam masih kena mencuba.

Memandangkan perkara itu berlaku dan Sam merasakan ada seseorang yang memberitahu segala kelakuan dan perbuatan Sam itu kepada Najwa, maka Sam pun mula menjauhkan diri dari Wan Anita kerana takut Wan juga akan kena serang dan mungkin akan berhenti bekerja. Mulai hari itu Sam banyak menghabiskan masa bekerja diruang proses dan hanya naik keofic dan pusat jualan sekiranya Wan ada masaalah yang dia tidak boleh selesaikan.

Suatu hari Sam balik kerumah Najwa di Pulau Musang dan didapatinya mak mertuanya ada disana. Ibu mertuanya mempertikaikan lafaz cerai yang telah dibuat oleh Sam setelah dia mendengar dari mulut Haji yang menjadi saksi semasa Sam menceraikan Najwa.Rupanya Mertuanya dan Haji itu selalu bertemu kerana menghadiri Kuliyah Subuh yang selalu diadakan dimasjid yang mereka selalu kunjungi.

Melalui cara mertuanya itu bercakap, seperti dia amat suka sekiranya lafaz itu sabit dan membuatkan Najwa tercerai dengan Talak 3. Sam berkata buat apa nak dipanjangkan semua itu lagi kerana semuanya telah diterangkan serta diputuskan oleh Khadi tempuhari dan kes rujuknya semula pun dengan kerelaan Najwa.

Selepas itu mak mertuanya berkata bahawa cara Sam meletakkan Najwa sedemikian adalah tidak betul kerana seperti mengabaikannya dan dia mencadangkan Najwa dan anak-anak Sam berpindah semula kerumahnya.Sam bertanya Najwa sama ada bersetuju dengan cadangan emaknya itu dan Najwa berkata bersetuju. Sam merasakan semua itu telah pun mereka bincangkan sebelum Sam sampai.

Sam pun membenarkan Najwa berpindah kerumah ibu-bapanya serta membawa semua kelangkapan rumah bersama dan Sam meminta Najwa sendiri untuk menguruskannya serta mengupah orang untuk membantu dia berpindah.Hari itu juga mereka telah berpindah semula kerumah mertua Sam, tetapi Sam tidak pergi menghantar mereka.

Selepas Najwa telah berpindah semula kerumah ibu-bapanya, Sam tidaklah sesibuk seperti dahulu dan hanya berada diPulau Rusa. Najwa ada bertanya bila Sam akan datang melawat mereka, tetapi Sam dengan tegas menyatakan bahawa dia telah tegas dengan pendiriannya untuk tidak lagi menjejak kakinya semula kerumah itu sehingga dia puashati semua telah sedar dan berubah. Sam juga menerangkan sikap bapa mertuanya yang tidak memberi Sam bercakap dengan anak-anak setiap kali Sam menalipon, menunjukkan semuanya tetap sama.

Sam meminta masa dari Najwa untuk berfikir serta menenangkan dirinya dari semua tekanan serta troma yang telah dan baru dialaminya. Sam meminta Najwa memahami yang segala fikiran dan tenaganya sekarang untuk memajukan perniagaannya dan ini semua adalah untuk dia dan anak-anak juga.

Walau pun Sam tidak menceritakan hal Jamilah mengadu tentang dia mengugut Jmilah serta memburuk-burukkannya, Sam berkata kepada Najwa supaya tidak lagi mengganggu serta membuat kacau bilau kepada perniagaan serta perkerja-pekerjanya.

No comments:

Post a Comment