11.5] Malam itu Sam menangis kerana amat kesal dengan tindakannya terlepas lafaz cerai kepada Najwa dan dia sedih mengenangkan nasib anak-anaknya.Seperti biasa, tangan dan badan Sam akan mengeletar dan akhirnya dia memakan ubatnya dan tak lama lepas itu tertidur.
Pagi itu Sam terlambat bangun tidur dan dia dikejutkan oleh Wan Anita yang telah datang bekerja.Wan menegur Sam yang tidur diatas lantai dengan tiada alas dan bantal serta seperti peminta sedekah. Sam berkata yang malam tadi dia terlalu bersedih dan memakan lebih ubat bagi menenangkan fikirannya dan mungkin kerana terlalu mabuk, dia tak sempat masuk kebilik dan terus tertidur disitu.
Wan Anita memarahi Sam yang mengambil ubat yang berlebihan serta berkata mulai hari ini dia akan memegang semua ubat Sam dan hanya akan meninggalkan ubat yang perlu sahaja untuk Sam makan pada setiap malam. Wan Anita berkata yang Sam merbahayakan diri sekiranya selepas makan ubat itu, Sam mungkin terlupa dan kemudian memakannya lagi, tentu akan berlaku kesan yang teruk. Sam bersetuju dan meminta Wan meninggalkan ubat yang diperlukan setiap hari diatas meja tulisnya.
Selang beberapa hari, Sam diberitakan bahawa Fauzi, satu-satunya pekerja lelaki dibengkelnya telah berhenti kerja dan paling mengejutkan bahawa dia telah pergi bekerja dengan Najwa diHiliran. Kata mereka Najwa telah membuka semula bengkelnya serta meminta Fauzi bekerja dengannya. Sam sudah merasakan bahawa Najwa mula bertindak serta selepas ini dia akan cuba lagi mencuri pekerja mahirnya kerana memang susah untuk melatih pekerja mahir serta mengambil masa yang lama sebelum mereka pandai. Selain itu Sam tahu bahawa Najwa tidak mampu melatih pekerja mahir kerana dia sendiri tidak mahir serta tidak pandai melukis.
Memikirkan Najwa itu bekas isterinya serta anak-anaknya, Sam berkata semua itu tidak kisah kerana eluk juga Najwa mula berniaga dan mungkin dia akan lebih tenang serta hilang tekanan selepas musibah yang melanda.
Selapas itu, Sam dikejutkan pula dengan berita adiknya Kahiril yang telah pergi bekerja serta menetap dirumah Najwa, dan ini amat membuat Sam marah kerana seperti ada pakatan untuk memalukannya. Sam cuba selidiki semua sebab yang menyebabkan adiknya bertindak demikian, dan akhirnya Sam mengambil kesimpulan mungkin dia takut kerana dia yang memberikan gambar Wan Anita itu kepada Najwa tempuhari. Sebenarnya Sam sudah mengesaki semua itu kerja Khairil dan sengaja berdiam diri kerana tidak mahu bergaduh diantara adik beradik.
Sam akhirnya mendapat berita bahawa Fauzi berhenti kerja kerana cemburu kepada Sam yang amat rapat dengan Wan Anita yang sememangnya keluarganya serta tinggal berjiran sebelah rumah. Selain itu keluarga mereka amatlah rapat. Sam bertanyakan perkara itu kepada Wan Anita dan dia berkata mungkin juga yang Fauzi itu menaruh hati kepadanya sebab sejak kebelakangan ini Fauzi selalu mengusiknya. Wan Anita buat tidak tahu sahaja kerana dia tidak berfikir untuk mempunyai teman lelaki selain hasrat untuk terus berlajar.
Selepas itu ramai pekerja Sam mengadu bahawa Fauzi dan Khairil telah datang menghasut pekerja mahir yang lain untuk meninggalkan Sam serta bekerja dengan Najwa. Bukan itu sahaja, mereka juga bercerita dengan memburuk-buruk kan Sam bagi menimbulkan kebencian pekerja kepada Sam. Walau bagaimana pun Sam tidak risau sangat kerana yang tinggal sekarang semuanya pekerja perempuan dan mustahil mereka hendak pergi bekerja ditempat yang lebih jauh dan memerlukan pengangkutan untuk berulang alik.
Apa yang memeranjatkan ialah Najwa yang dikatakan amat kerap kerumah Fauzi dan beberapa rumah disekeliling Pulau Rusa itu. Sam merasakan bahawa Najwa sudah mula bertindak untuk membalas dendam terhadap dirinya.
Memang benarlah tekaan Sam, selepas itu berbagai fitnah dan perkara keburukan Sam tersebar diseluruh kampung. Sam tiada dapat berbuat apa-apa selain berdiam diri serta meneruskan usahaniaganya. Walaupun Najwa melakukan kempen memburukkan dirinya, perniagaannya terus seperti biasa dan semua pelanggannya masih baik dan semakin bertambah maju.
KONFLIK DALAM KELAMBU.
SEMUA ARTIKEL DIDALAM BLOG INI HANYALAH DRAF RINGKAS RENTETAN PERISTIWA SAHAJA. IANYA AKAN DIEDIT SERTA DITAMBAH DENGAN BANYAK LAGI CERITA YANG SEBENAR YANG LEBIH LENGKAP DAN CERITA LENGKAP HANYA AKAN TERDAPAT DALAM NOVEL " AIRMATA DALAM KELAMBU"
CERITA INI ADALAH KISAH BENAR DAN HANYA DIOLAH ATAU DITAMBAH SEDIKIT UNTUK NAMA WATAK SAHAJA BAGI MENJAGA MARUAH MEREKA YANG TERLIBAT.
RINGKASAN CERITA INI BOLEH ANDA IKUTI DENGAN MENGIKUT TURUTAN MUKA SURAT YANG BERMULA DARI 1.1.
SELAMAT MEMBACA.
TERIMA KASIH
ABC.
Ahmad Baharom Creation

No comments:
Post a Comment