KONFLIK DALAM KELAMBU.


SEMUA ARTIKEL DIDALAM BLOG INI HANYALAH DRAF RINGKAS RENTETAN PERISTIWA SAHAJA. IANYA AKAN DIEDIT SERTA DITAMBAH DENGAN BANYAK LAGI CERITA YANG SEBENAR YANG LEBIH LENGKAP DAN CERITA LENGKAP HANYA AKAN TERDAPAT DALAM NOVEL " AIRMATA DALAM KELAMBU"

CERITA INI ADALAH KISAH BENAR DAN HANYA DIOLAH ATAU DITAMBAH SEDIKIT UNTUK NAMA WATAK SAHAJA BAGI MENJAGA MARUAH MEREKA YANG TERLIBAT.

RINGKASAN CERITA INI BOLEH ANDA IKUTI DENGAN MENGIKUT TURUTAN MUKA SURAT YANG BERMULA DARI 1.1.

SELAMAT MEMBACA.

TERIMA KASIH


ABC.
Ahmad Baharom Creation

Friday, 5 December 2014

CINA BUTA.

10.6] Suatu hari Sam menerima talipon dari Najwa yang berkata dia telah insaf serta mahu bersama dengan Sam semula dan dia bercadang untuk berkahwin dengan adik Sam, Khairil dan melakukan Cina Buta buta selepas itu. Sam mat marah dan berkata Najwa masih terlalu dungu serta tidak faham ajaran Agama. Akhirnya Sam memberitahu Najwa supaya jika diingin berkahwin lain selepas Edah Sam tidak ada kuasa nak meghalang tetapi tidak setuju dengan perbuatan Cina Buta.

Akibat penolakan Sam tersebut, Najwa telah mengancam Sam bahawa dia kan melakukan apa yang patut bagi memastikan perniagaan Sam hancur serta Sam meninggalkan negeri Trengganu. Sam hanya mendengar dan akhirnya Sam meletakkan talipon kerana tidak tahan mendengar kecaman Najwa itu.Dalam hati Sam disaat itu telah membuang jauh Najwa serta berazam tidak sekali-kali menerimanya sebagai isteri lagi. Dia sudah serik dan tidak mahu melayan kegilaannya lagi.

Sempena menyambut Hari Raya Haji tahun itu, Sam telah mengarahkan semua pekerjanya bercuti selama 4 hari dan Sam bercadang untuk berehat disebuah Resort untuk menenangkan fikirannya yang amat tertekan itu.

Apabila tamat percutian itu Sam pun pulang semula kerumahnya untuk memulakan kerja. Alangkah terkejutnya Sam bila mendapati semua peralatan dan Bahan Mentah bengkelnya telah tiada semuanya. Sam perasan yang rumah yang menempatkan pejabat serta bilek pamerannya terbuka dan dia terus meluru naik untuk melihat. Hampir pengsan Sam bila melihat semua stok kain-kain, peralatan pameran, peralatan pejabat serta semua peralatan rumah tangganya telah tiada. Apa yang tinggal hanyalah sebidang tikar buruk serta sebiji bantal lusuh sahaja. Tiada apa yang tinggal, termasuk semua pakaiannya juga telah tiada.

Sam turun dari rumah itu dan pergi kerumah Tok Ngah untuk bertanya apakah yang telah berlaku. Tok Ngah yang seperti sedang menunggu Sam datang, duduk ditangga rumahnya sambil menunjukkan muka sedih. Sam pun bertanya kepada Tok Ngah apa yang telah berlaku.

Tok Ngah berkata Najwa telah datang dengan Adik Sam Khairil dan mengambil semua barangan Sam dan berangkut membawanya sehingga habis. Tok Ngah cuba menghalang tetapi apabila berkata semua itu Haknya kerana ianya sebagai harta sepencarian kerana semasa Sam mengusahakan perusahaan itu, dia masih isteri Sam. Bila Najwa berkata begitu maka Tok Ngah tidak berdaya untuk menghalangnya. Tok Ngah amat hairan dengan perangai adik Sam Khairil seperti amat berdendam kepada Sam.

Selapas berfikir, Sam pun membuat lapuran polis berkenaan perkara tersebut dan meminta pihak polis memujuk Najwa dan Khairil memulangkan semua barangan yang mereka ambil atau bakal dikenakan tindakan keras.

Akhirnya Najwa datang keBalai Polis serta Sam merayu Najwa untuk memulangkan semua barangan kepunyaannya terutama peralatan rumah dan pakaiannya, termasuk TVnya jika masih enggan memulangkan semua stok kain dan peralatan pejabatnya. Najwa tetap berdegil dan tidak mahu memulangkan walau satu barangan pun, dan dia rela dipenjara kerana itu.

Setelah Sam berfikir, akhirnya Sam mengalah dan membatalkan repot Polis tersebut kerana memikirkan anak-anak serta adiknya Khairil. Malam itu Sam pulang kerumah dan tidur dengan pakaian yang sama, serta berlapikkan tikar buruk yang telah koyak serta tiada selimut. Sebelum tidur, Sam telah memahan ubat tidur yang agak lebih kerana dia terasa terlalu amat sedih dan sakit hati terhadap Najwa dan Khairil adiknya.





No comments:

Post a Comment