KONFLIK DALAM KELAMBU.


SEMUA ARTIKEL DIDALAM BLOG INI HANYALAH DRAF RINGKAS RENTETAN PERISTIWA SAHAJA. IANYA AKAN DIEDIT SERTA DITAMBAH DENGAN BANYAK LAGI CERITA YANG SEBENAR YANG LEBIH LENGKAP DAN CERITA LENGKAP HANYA AKAN TERDAPAT DALAM NOVEL " AIRMATA DALAM KELAMBU"

CERITA INI ADALAH KISAH BENAR DAN HANYA DIOLAH ATAU DITAMBAH SEDIKIT UNTUK NAMA WATAK SAHAJA BAGI MENJAGA MARUAH MEREKA YANG TERLIBAT.

RINGKASAN CERITA INI BOLEH ANDA IKUTI DENGAN MENGIKUT TURUTAN MUKA SURAT YANG BERMULA DARI 1.1.

SELAMAT MEMBACA.

TERIMA KASIH


ABC.
Ahmad Baharom Creation

Thursday, 4 December 2014

SAM DAN NAJWA BERCERAI.

10.6] Pagi itu Najwa sudah siap berkemas dan Sam agak panik melihat kelakuan Najwa yang seperti terlalu tegas dengan keputusannya itu. Sam cuba memujuk dan meminta maaf jika ada kesalahannya tetapi semua itu sia-sia. Akhirnya Sam telah pergi kerumah seorang Khadi di kampung itu dan meminta dia menasihatkan Najwa supaya tidak bertindak sedemikian dan memujuknya supaya bertenang dan bersabar.

Sam berkata kepada Khadi itu yang dia akan membawa Najwa untuk bertemunya sekejap lagi.Sam pulang kerumah dan memujuk Najwa untuk mengikutnya kerumah Khadi tersebut untuk berbincang. Najwa bersetuju dan Sam merasakan Najwa ingat dia akan menceraikan nya dihadapan Khadi itu.

Khadi itu cuba menasihat serta meminta Najwa bersabar serta menasihatkan dengan panduan agama, tetapi Najwa masih tidak puas hati, malah menceritakan keburukan lampau Sam kepada Khadi tersebut. Dia berkata bahawa Sam ini kaki mabuk, Kaki Betina, Ada anak luar nikah serta berbagai keburukan yang lain. Sam hanya terdiam serta tunduk berfikir.

Akhirnya Khadi itu berkata kepada Sam bahawa Najwa ini mungkin terlalu marah dengan sikap Sam seperti yang diperkatakannya itu.Khadi itu juga menegur Sam akan sikap buruknya seperti yang diceritakan olih Najwa itu. Dia berkata bahawa kalau sebegitu ceritanya dia tidak dapat membantu melainkan Sam dan Najwa berdua sahaja yang boleh membuat keputusan.
Sam hanya berdiam diri serta mengajak Najwa pulang dan selesaikan semuanya dirumah.

Sebaik sahaja sampai dirumah, Sam masih didesak oleh Najwa untuk menceraikannya. Sam masih belum putus asa dan telah pergi kerumah seorang jirannya yang bergelar orang Alim dikampung itu dan menjemputnya kerumah untuk menasihatkan Najwa.Haji itu bersetuju dan segera datang kerumahnya dan cuba menasihatkan Najwa.

Seperti biasa, Najwa tetap berdegil dan terus mendesak Sam menceraikannya. Sewaktu Haji itu menasihatkan Najwa dan meminta dia bersabar dan memikirkan anak-anak, Najwa telah bertindak memburuk-burukkan Sam seperti yang dilakukan kepada Khadi tersebut.

Sam merasa amat marah dan akhirnya dia telah meminta Najwa berhenti memburuk-burukkan dirinya didepan Haji itu dan bersetuju untuk mengikut kehendak Najwa. Selepas itu Sam pun melafazkan Cerai Talak Dua kepada Najwa. Najwa yang sudah seperti orang hilang akal itu masih memburuk-burukkan Sam dan Sam bertanya apa lagi yang Najwa masih tidak puas hati kerana tadi dia telah melafazkan talak Dua kepada Najwa dan berharap Najwa berhenti bercakap perkara yang tidak benar serta menambah dosa.

Sam bertanya kepada Haji itu adakah haji dengar dan mengesahkan lafaznya itu, dan Haji itu berkata sudah Sah dan mereka telah bercerai. Dalam itu Haji itu mempertikaikan lafaz Sam yang kedua kerana baginya ianya adalah dikira lafaz juga dan bermakna Sam telah melafazkan talak 4 kepada Najwa. Sam berkeras berkata, itu adalah ayat penerangan untuk memberi tahu kepada Najwa bahawa dia telah diceraikan dengan Talak dua kerana dia khuatir Najwa tidak perasan atau tidak tahu bahawa dirinya telah diceraikan.

Haji itu masih tidak puas hati serta berkata bahawa dia akan mengkaji serta merujuk perkara itu kepada yang lebih arif. Sam hanya tersenyum malah tidak kisah pun talak berapa yang kena kepada Najwa tapi apa yang dirasainya bahawa seperti batu besar diatas kepalanya yang amat berat telah tiada.

Petang itu Najwa telah pulang kerumah orang tuanya dengan diambil olih pihak keluarga mereka.Disebabkan takut dengan sebarang tindakan kasar dari pihak keluarga Najwa, Sam telah menyiapkan diri dengan senjata yang diselitkan dicelah dinding. Alhamdulillah tiada apa yang berlaku. Malam itu Sam kembali bersendirian dan tidur bertemankan ubatnya.

No comments:

Post a Comment