KONFLIK DALAM KELAMBU.


SEMUA ARTIKEL DIDALAM BLOG INI HANYALAH DRAF RINGKAS RENTETAN PERISTIWA SAHAJA. IANYA AKAN DIEDIT SERTA DITAMBAH DENGAN BANYAK LAGI CERITA YANG SEBENAR YANG LEBIH LENGKAP DAN CERITA LENGKAP HANYA AKAN TERDAPAT DALAM NOVEL " AIRMATA DALAM KELAMBU"

CERITA INI ADALAH KISAH BENAR DAN HANYA DIOLAH ATAU DITAMBAH SEDIKIT UNTUK NAMA WATAK SAHAJA BAGI MENJAGA MARUAH MEREKA YANG TERLIBAT.

RINGKASAN CERITA INI BOLEH ANDA IKUTI DENGAN MENGIKUT TURUTAN MUKA SURAT YANG BERMULA DARI 1.1.

SELAMAT MEMBACA.

TERIMA KASIH


ABC.
Ahmad Baharom Creation

Tuesday, 2 December 2014

9.5] Semua pihak keluarga Najwa seperti sudah amat baik serta mesra dengan Sam, malah Ayah Najwa yang dahulunya tidak makan bersama Sam, sudah berubah dan makan bersama serta mahu bersembang-sembang ketika makan bersama. Yang paling ketara ialah Yusri yang mula mesra serta selalu bercakap dan bergurau bersama Sam.

Suatu hari sedang Sam dan anak-anak sedang menonton TV, Sam terkejut melihat ibu mertuanya yang telah habis sembahyang telah berdoa dan menangis dengan agak kuat. Dalam doanya itu, dia meminta Tuhan menamatkan riwayatnya secepat mungkin kerana sudah tidak tertanggung hati dan perasaannya melihat maksiat dalam keluarganya. Tangisan dan doa mertuanya itu amat kelas didengarinya kerana dia bersembahyang tidak jauh dari Sam dan anak menonton TV.

Malam itu Sam pun menceritakan kepada Najwa peristiwa itu dan Najwa memberitahu bahawa ibunya bersedih hati melihat Sam membawa dia dan anak-anak pergi berkelah pada hari itu dipantai. Dan selain itu dia tidak suka melihat Sam dan anak-anak banyak menghabiskan masa menonton Tv. Walau pun agak terasa kecil hati, Sam berkata kepada Najwa, kalau begitu, dia akan cuba mengikut kehendak hati ibu Njawa itu.

Selepas kejadian itu, Sam dapati bapa Mertuanya sudah mula berubah dan tidak mahu lagi makan bersama serta amat kurang bercakap. Malah sikap lamanya iaitu membawa pinggan untuk makan ditingkat atas sekiranya Sam sedang makan atau mahu makan bersamanya. Mulai melihat perubahan itu Sam merasa amat tidak selesa lagi untuk tinggal dirumah itu lagi dan pernah dia berkata kepada Najwa berkenaan perkara itu.

Najwa yidak bersetuju untuk berpindah rumah dan berkata Sam kena bersabar kerana itu adalah sikap orang tua, jadi kita jangan ambil hati. Lagi pun Sam diberitahu olih Najwa, sekiranya mereka berpindah, tiada siapa yang akan menjaga mereka. Sam akur walaupun dia sedih dan amat terasa dengan perkara itu.Dalam pada itu Najwa berkata bahawa dialah harapan keluarga untuk tinggal terus dirumah itu kerana dia anak bongsu dan semua adik beradik yang lain telah berkahwin dan telah ada rumah dan pekerjaan sendiri dan Najwa berharap Sam bersabar menghadapi semua dugaan.

Sam menuruti juga kemahuan dan penjelasan Najwa itu dan cuba mengatasinya, walaupun mertuanya itu tetap terus dengan tabiat serta caranya itu.Malas sudah Sam melayan dan ambil hati lagi dan meganggap ianya kerenah orang tua.

Perniagaan yang Sam kalankan bertambah maju dan Sam terpaksa `bekerja keras siang dan malam untuk memenuhi permintaan yang bertambah banyak dan begitu juga pekerja telah ramai yang dilatih olih Sam bagi mengembangkan perniagaannya lagi. Dia tetap berusaha untuk memajukan perusahaan itu walaupun dia merasakan dirinya hanya sebagai pekerja bagi Najwa dan keluarganya. Apa yang penting semua itu masih untuk anak-anaknya.

Suatu hari Sam mendapati seberkas rotan yang digunakannya untuk dijadikan sebagai alat untuk menegang kain-kainnya telah hilang dan sibuklah Sam mencarinya.Dia amat hairan kerana berkas rotan itu adalah besar dan tak mungkin bolih ghaib begitu sahaja. Sam pun bertanya dengan Najwa sekiranya ada melihat rotan-rotan tersebut dan akhirnya Najwa memberitahu Sam bahawa rotan-rotan tersebut telah dibuang olih ayahnya kerana ayahnya berkata bahawa rotan itu haram digunakan kerana ianya dijumpai olih Sam hanyut disungai.

Sam berkata bahawa Rotan itu diberikan olih penduduk kampung yang menjumpainya dan rotan itu telah lama disimpan untuk mengetahui dan mencari tuan yang empunya.Bila telah terlalu lama disimpan dan didapati tiada sesiapa yang mencari atau menuntut serta dilihat sudah hampir reput, maka mereka memberikannya kepada Sam. Kebetulan Sam telah melihat rotan itu dan bercadang untuk membelinya.

Seorang tua dikampung itu berkata, daripada membiarkan royan ini terus mereput adalah lebih baik Sam menggunakannya untuk benda berfaedah.Sam memberi orang itu wang untuk membayar kepada sesiapa yang datang mencari atau menuntut rotan itu nanti, tetapi orang tua itu berkata tidak mengapa, dan memberikan Sam rotan itu dan akan memberi tahu sekiranya ada orang mencari dan menuntut hak maka masa itu barulah Sam membayar harga rotan itu kepada yang empunya.

Mendengar penjelasan penjelasan Sam itu, Najwa meminta Sam bersabar kerana mungkin Ayahnya tidak faham keadaan sebenar. Sam tidak berani mengambi rotan yang telah dibuang itu dan mencari bahan lain sebagai alat untuk menegangkan kain-kain batiknya.

No comments:

Post a Comment