KONFLIK DALAM KELAMBU.


SEMUA ARTIKEL DIDALAM BLOG INI HANYALAH DRAF RINGKAS RENTETAN PERISTIWA SAHAJA. IANYA AKAN DIEDIT SERTA DITAMBAH DENGAN BANYAK LAGI CERITA YANG SEBENAR YANG LEBIH LENGKAP DAN CERITA LENGKAP HANYA AKAN TERDAPAT DALAM NOVEL " AIRMATA DALAM KELAMBU"

CERITA INI ADALAH KISAH BENAR DAN HANYA DIOLAH ATAU DITAMBAH SEDIKIT UNTUK NAMA WATAK SAHAJA BAGI MENJAGA MARUAH MEREKA YANG TERLIBAT.

RINGKASAN CERITA INI BOLEH ANDA IKUTI DENGAN MENGIKUT TURUTAN MUKA SURAT YANG BERMULA DARI 1.1.

SELAMAT MEMBACA.

TERIMA KASIH


ABC.
Ahmad Baharom Creation

Friday, 5 December 2014

SAM DAN WAN ANITA MENGATUR RANCANGAN.

11.10] Selepas makan, Sam berkata dia buntu memikirkan semua cara dan semua yang difikirkan adalah pasti tidak akan berjaya, malah semuanya akan boleh mendatangkan malu kepada Sam dan Anita kerana dia pasti bahawa keluarga Wan Anita pasti akan menolak dia untuk berkahwin dengannya. Wan juga amat pasti perkara itu kerana selain latar belakang Sam serta kontrovesi yang melanda, pasti keluarganya membantah kerana sebelum ini mereka amat berharap Wan Anita akan terus belajar sehingga ke Universiti.

Sam berkata bahawa mereka terpaksa mengalah dan Sam bercadang untuk meneruskan rancangannya dan harap Wan Anita bersabar sehingga dia betul-betul berjaya, dia akan datang semula untuk mengambil dia sebagai Isteri. Wan Anita tidak percaya dengan kata-kata Sam lantas berkata yang dia rela mengikut Sam kemana sahaja serta sanggup berkahwin dengan Sam.

Sam amat terperanjat serta manyatakan Wan Anita sudah gila kerana dia tidak mengkaji segala perbuatan itu tidak akan berhasil serta akan berisiko besar kepadanya dan juga keluarga. Wan Anita berkata dia sudah tidak peduli kerana sekarang pun dia telah tercemar nama baik serta orang telah memandang serung kepadanya. Lagi pun sememangnya dia amat mencintai Sam sekarang dan tak tahu apa nak buat jika Sam sudah tiada nanti. Dia juga berkata yang dia tak tahu kenapa perasaannya pada Sam amat kuat serta tidak mahu berpisah dengannya.

Sam buntu dan dia juga memang amat menyayangi Wan Anita serta kalau boleh tidak mahu berpisah lagi mulai saat itu. Wan Anita merancang mereka pergi berkahwin di Thailand dan dia akan kembali kerumahnya semula sementara Sam pergi mencari rezeki dan akan pulang mengambil dia bila sudah berjaya, tetapi Sam tidak bersetuju kerana semua itu tidak baik serta akan merumitkan keadaan dimasa hadapan. Selain itu mungkin selepas ini Sam berkata dia mungkin akan amat merindui Wan Anita dan amat menggangu fikiran serta pekerjaannya.
Wan Anita pun bersetuju bahawa setelah mereka sudah tahu masing-masing amat mencintai diantara satu dengan lain serta pengalaman trajis yang menimpa, maka perasaan mereka mungkin amat kuat serta amat sedih jika berpisah.

Memandangkan Wan Anita seperti amat serius, dan tidak mahu ditinggalkan, dan setelah ditanya berkali-kali akan pendiriannya, Sam telah memberi cadangan untuk Wan Anita supaya mengikut dia balik kekampung halamannya serta tinggal bersama dengan orang tuanya sementara waktu. Bila berita kehilangan Wan Anita berlaku, tentu mereka akan menyelidik dari Anna dan akhirnya keluarga Wan Anita akan pergi berjumpa dengan Najwa untuk mengetahui kemana Sam kemungkinan akan pergi serta akan memberikan nombor talipon untuk berhubung dengan ibu-bapa Sam.

Jadi dengan cara itu, mereka akan tahu yang Wan Anita telah lari bersama Sam dan masa itu mereka membuat helah sampai mereka terpaksa dikahwinkan. Wan Anita bersetuju dengan rancangan itu dan yakin itu akan berjaya bagi membolehkan mereka terus bersama. Walau bagaimana pun Sam dan Wan tetap mengkaji semua kenurukan yang bakal menimpa mereka dan keluarga dan akhirnya mereka tetap meneruskan rancangan itu dan sanggup menghadapi semua kemungkinan dan bercadang, selepas itu mereka akan terus pergi bekerja di Brunei.

Diakhir perbincangan, Sam menyuruh Wan balik dahulu serta perbanyakkan bergaul dengan Anna dan membayangkan bahawa dia amat kesihan kepada Sam dan kalau bolih biar seperti yang Wan Anita seperti sudah jatuh hati dengan Sam. Sam sehari dua ini akan terus berhubung dan akan memberikan tarikh dan masa untuk mereka balik kekampung Sam.

Selepas itu Sam dan Najwa menghabiskan masa berjalan-jalan dipantai resort itu dan bila sudah petang, Wan anita pun pulang dan Sam meminta dia terus memikirkan semua cadangan mereka itu dan Wan Anita boleh berubah fikiran atau menukar rancangan jika tidak bersetuju. Sam berkata masih ada masa Wan Anita berfikir dan mungkin dalam masa 2 atau 3 hari lagi barulah mereka melaksanakan semua itu.

Wan Anita berkata yang dia sudah bertekad dan sedia menanggung semua kemungkinan asalkan dapat bersama Sam.

No comments:

Post a Comment