8.13] Sam memperkenal kan diri serta bertanyakan status pinjamannya berkenaan Van Bongo yang bernombor pendaftaran TK 3158 dan pegawai itu berkata bahawa kereta itu sudah 2 bulan Sam tidak membayar pinjaman baliknya. Sam mengaku serta berkata bahawa dia sudah tidak mampu membayarnya dan meminta Syarikat itu menarik kereta itu.
Sam telah menceritakan semua kejadian berkenaan yang menimpa Van itu serta memberikan semua salinan repot Polis yang telah dibuatnya. Pihak syarikat itu faham dan akan bertindak mengikut proses undang-undang terhadap Man serta akan menarik Van itu setelah proses syarat pembayaran serta peruntukan undang-undang membenarkan mereka bertindak.
Sam diminta untuk mengabaikan sebarang surat dari mereka yang memberi amaran dan peringatan berhubung dengan perkara itu. Setelah menceritakan keadaan itu, maka pihak syarikat itu bersetuju bahawa mungkin Vannya itu akan diistihar sebagai Total Lost. Pihak syarikat kewangan itu akan bertindak terhadap Man berdasarkan semua repot Polis yang Sam berikan itu.
Dalam perjalanan pulang ke Perak, Sam berkata kepada Arfah bahawa dia telah kalah dengan semua tekanan dan cobaan yang dihadapinya sekarang dan terpaksa mengambil keputusan untuk berikhtiar cara lain untuk hidup.Dia berkata bahawa Arfah terpaksa pulang kepangkuan keluarganya serta mencari pekerjaan lain.Arfah yang mendengar keputusan Sam itu menangis serta berkata bahawa dia amat berat untuk meninggalkan Sam sendirian kerana takut Sam akan bertindak luar batasan sebab terlalu marah dan sedih. Arfah merayu agar dia tidak dihantar pulang kerana dia amat suka bersama Sam dan rela membantu walaupun tidak dibayar gaji.
Sam tetap kekal dengan pendiriannya kerana sudah tidak yakin serta tidak tahu apa yang hendak dilakukan selepas itu dan adalah lebih baik Arfah ikut cakapnya dan Sam berjanji sekiranya dia dah berjaya dan semua masaalah keluarganya selesai, dia akan datang dan mungkin mengambil Arfah bekerja semula.
Sam juga berjanji untuk tidak akan melakukan perkara bodoh dan menyalahi Agama lagi.Sam juga menceritakan bahawa dia minum minuman mabuk itu memang kerana untuk menghilangkan kesakitan tekanan perasaan yang dihadapinya,tetapi selain itu dia hendak melihat tindakan Najwa membuat tindakan bagi mengatatasinya. Ternyata Najwa tidak bertindak yang sepatutnya, iaitu mencari jawapan penyelesaian, sebaliknya terus mengutuk dan menghina dia. Kata Sam, kalau dia betul hendak mabuk, dia akan lakukan ditempat lain, tak payah bawa balik kerumah.
Sebaik sahaja Sam dan Arfah sampai kerumah sewaan Sam, terdapat beberapa orang saudara Arfah sedang menunggu serta menyatakan bahawa isteri Sam telah menalipon mereka dan menyuruh mereka datang mengambil Arfah serta membawa pulang kerana dia khuatir keselamatan Arfah yang berduaan dengan Sam. Selain itu mereka menyatakan bahawa Sam sekarang sudah hampir gila serta memang kaki betina.Sam terdiam dan Arfah hanya memandang Sam. Sam berkata kepada Arfah untuk pulang mengikut keluarganya jika hendak melihat dia tidak terus menjadi mangsa fitnah. Arfah terus masuk kedalam rumah dan mengambil pakaiannya dan pergi mengikut keluarganya pulang dan berjanji yang dia akan datang melawat Sam bila ada masa lapang.
Sam tinggal sendirian sekarang dan dia hanya duduk didalam rumah. Tekanan perasaannya bertambah parah dan tangannya menggigil dengan teruk.Kesakitan yang dirasainya bertambah teruk dan dia seperti sudah hilang kawalan. Sam telah pergi kedapur rumahnya dan menyelongkar tong sampah dan akhirnya ketempat pembuangan sampah dibelakang rumahnya seperti mencari sesuatu. Akhirnya dia berjumpa dengan botol minuman keras yang dibuang olih Arfah serta membawanya masuk kedalam rumah. Malam itu Sam minum sampai mabuk seorang diri sambil dia menangis. Akhirnya Sam tertidur sendirian diruang tamu.
Sam bangun keesukan paginya dan bersiap untuk memulangkan kereta yang disewanya. Selepas membayar serta menyerahkan kereta tersebut, Sam telah dihantar olih tuan punya kereta itu pulang kerumahnya.Sebaik sahaja Sam memasuki rumahnya, Sam menjadi amat tidak tenteram dan marah serta menendang semua perabut yang ada. Dia tidak dapat mengawal perasaannya.
Dengan berbasikal, Sam telah pergi kekedai apek yang menjual minuman keras itu dan membeli beberapa botol minuman dan sebaik sahaja sampai dirumah, Sam terus mula minum.Begitu juga keadaan Sam dia akan menangis dan merintih semasa mabuk. Kali ini dia asyik meminta maaf pada Arfah serta Tuhan kerana telah mungkir janji. Akhirnya dia tertidur dan terbangun pada keesukan harinya.
KONFLIK DALAM KELAMBU.
SEMUA ARTIKEL DIDALAM BLOG INI HANYALAH DRAF RINGKAS RENTETAN PERISTIWA SAHAJA. IANYA AKAN DIEDIT SERTA DITAMBAH DENGAN BANYAK LAGI CERITA YANG SEBENAR YANG LEBIH LENGKAP DAN CERITA LENGKAP HANYA AKAN TERDAPAT DALAM NOVEL " AIRMATA DALAM KELAMBU"
CERITA INI ADALAH KISAH BENAR DAN HANYA DIOLAH ATAU DITAMBAH SEDIKIT UNTUK NAMA WATAK SAHAJA BAGI MENJAGA MARUAH MEREKA YANG TERLIBAT.
RINGKASAN CERITA INI BOLEH ANDA IKUTI DENGAN MENGIKUT TURUTAN MUKA SURAT YANG BERMULA DARI 1.1.
SELAMAT MEMBACA.
TERIMA KASIH
ABC.
Ahmad Baharom Creation
No comments:
Post a Comment