Seperti kebiasaan Sam akan bekerja keras untuk memulakan perniagaannya dan dia akan bekerja siang dan malam untuk cepat maju dan berjaya.Akibat amat kesunyian serta bersedih, Sam bekerja sehingga larut malam, dan kekadang sampai kesubuh untuk mengatasi perkara tersebut.Dengan cara ini dia akan dapat tidur jika telah merasa terlalu letih.Dengan hanya sebiji bantal, sehelai selimut dan sebidang tikar Purun usang, Sam melabuhkan kepalanya untuk tidur yang penuh dengan mimpi yang menggangu tidurnya.
Selama hampir 2 bulan Sam bertungkus lumus bekerja serta melatih pekerja mahir akhirnya dia sudah boleh menambah bilangan pekerja bagi mendapat pengeluaran yang lebih banyak. Sam terus melatih pekerja kerana dia mahu mengembangkan perniagaannya mengikut kadar permintaan yang semakin bertambah.
Kampung itu sebenarnya amat berdekatan dengan sungai besar serta selalu mengalami banjir yang agak teruk bila tiba musim hujan, jadi semua rumah dikampung itu semuanya tinggi-tinggi belaka serta dibawah rumah semuanya tiada bilik atau binaan lain. Semasa musim panas bawah rumah dikampung itu hanya sebagai tempat meletak kereta sahaja. Terdapat juga beberapa rumah kosong yang tiada penghuni dikampung itu.
Apabila rumah yang Sam duduki itu telah sesak dengan pekerja, Sam pun menyewa rumah-rumah kosong dikampung itu untuk dijadikan bengkel batiknya. Sam terus melatih ramai pekerja dan membuatkan perniagaannya cepat membangun. Dari sebuah rumah akhirnya Sam telah menyewa beberapa buah rumah malah bolih dikatakan setiap rumah yang mempunyai ruang kosong dan sesuai untuk membuat batik dikampung itu telah menjadi tempat Sam membuat batik.
Selepas enam bulan Sam berada dikampung itu, hampir 60 orang wanita dan lelaki yang bekerja dengan Sam.Rumah yang Sam duduki itu telah dijadikan pusat jualan dan juga pejabat perniagaannya untuk memudahkan pelanggan-pelanggannya berurus niaga. Rumahnya yang kosong telah dipenuhi dengan peralatan baru yang lengkap, malah mesin membasuh sekali kerana disudah tidak larat membasuh pakaiannya sendiri. Makanan pun sudah tidak dimasak lagi kerana Sam asyik makan nasi bungkus kedai sahaja kerana lebih senang dan jimat masa.
Walaupun sudah mula berjaya, tetapi Sam masih tidak mempunyai kenderaan selain basikal buruk yang dibawanya semasa lari dari rumah Najwa. Dia hanya menumpukan semua keuntungan untuk membesarkan perniagaannya ketaraf yang dia fikirkan sudah kukuh dan selamat, mungkin masa itu barulah dia akan membeli kenderaan. Sekarang pun, semua pembekal dan pelanggannya datang menghantar atau mengambil barangan sendiri dari Sam.
Sudah enam bulan Sam bersendirian dan akhirnya seorang adiknya datang untuk menumpang bekerja dengannya dan Sam telah memberi kerja kepadanya sebagai Penyelia kepada adiknya itu sebagai pemerhati serta membantu melancarkan kerja-kerja dibengkel yang bertaburan diseluruh kampung itu. Sam pula sekarang tidak lagi melukis atau bekerja memproses, kecuali berada dipejabat serta melayan pelanggan yang datang untuk berurus niaga.
Kesepian Sam selama enam bulan itu diisi dengan usaha kerja yang tiada henti. Tempat yang biasa dikunjunginya ialah rumah Zaidi. Disitulah dia bersembang serta sambil mencuci mata melihat Ros yang cantik jelita yang tinggal menumpang dirumah Zaidi kerana bekerja dengan Sam. Rumah Ros agak jauh dan tiada sesiapa yang hendak menghantar dan mengambilnya jika bekerja, jadi adalah lebih mudah untuk Ros menumpang rumah Zaidi yang amat berdekatan dengan rumah sewaan Sam.
No comments:
Post a Comment