KONFLIK DALAM KELAMBU.


SEMUA ARTIKEL DIDALAM BLOG INI HANYALAH DRAF RINGKAS RENTETAN PERISTIWA SAHAJA. IANYA AKAN DIEDIT SERTA DITAMBAH DENGAN BANYAK LAGI CERITA YANG SEBENAR YANG LEBIH LENGKAP DAN CERITA LENGKAP HANYA AKAN TERDAPAT DALAM NOVEL " AIRMATA DALAM KELAMBU"

CERITA INI ADALAH KISAH BENAR DAN HANYA DIOLAH ATAU DITAMBAH SEDIKIT UNTUK NAMA WATAK SAHAJA BAGI MENJAGA MARUAH MEREKA YANG TERLIBAT.

RINGKASAN CERITA INI BOLEH ANDA IKUTI DENGAN MENGIKUT TURUTAN MUKA SURAT YANG BERMULA DARI 1.1.

SELAMAT MEMBACA.

TERIMA KASIH


ABC.
Ahmad Baharom Creation

Thursday, 4 December 2014

NAJWA MINTA CERAI.

10.5] Selepas Najwa menyerang Sam dan pekerjanya yang sedang bermesyuarat itu, Sam meminta semua pekerjanya bersabar serta bersedia untuk menghadapi apa jua kemungkinan atau perkara yang tidak akan mereka sukai kerana bagi Sam Najwa bolih bertindak lebih buruk lagi. Sam juga merayu kepada semua pekerjanya supaya tidak ambil hati dan teruskan pekerjaan seperti biasa. Selain itu Sam juga meminta mereka memberi penerangan yang sepatutnya sekira terdapat salah faham serta tanggapan yang buruk terhadap dirinya kerana perkara yang telah berlaku dan bakal berlaku selepas ini.Semua pekerjanya bersetuju untuk membantu serta berjanji akan terus bekerja dengan Sam.

Sebaik sahaja Sam balik kerumah selepas bermesyuarat itu, berlakulah pertengkaran diantara dia dan Najwa. Sam memarahkan Najwa kerana menunujukkan perangai buruk yang seperti manusia tiada adab dan fikiran kerana bertindak sedemikian. Sam merasa amat malu dengan cara dan tingkah laku Najwa.

Najwa pula memarahi Sam kerana meminggirkan dia dalam apa jua perkara yang melibatkan perniagaannya dan berkata dia juga berhak untuk berada bersama didalam mesyuarat itu dan perlu tahu semua butirannya.Najwa juga mengunkit-ungkit tentang Barang kemas Nurul yang dibuang oleh Sam serta bantuan oleh Sam kepada adiknya Nas dan Ina. Najwa menyatakan bahawa Sam terlalu lebih mendahulukan keluarganya sendiri dan bukan dia dan keluarganya.

Sam dimasa itu amat marah dan bersedih dengan perkara tersebut dan kesihatannya mula terganggu lagi dan akhirnya merayu Najwa untuk memberhentikan semua sengketa ini dan memohon belas kesihan kerana katanya dia sedang sakit sekarang. Najwa yang sedang berang menyatakan bahawa itu semua adalah helah Sam untuk memohon simpati sahaja.

Sam yang sudah tidak sanggup mendengar semua cemuhan Najwa itu telah naik berang dan akhirnya hilang sabar serta mengeluarkan kata-kata kesat dan memarahi Najwa tentang kebiadapannya serta sifat tidak berperi kemaknusiaan itu.Selepas itu Sam senyap dan termenung sendirian.

Najwa yang tersenyap selepas Sam menjadi amat marah tadi, telah datang dekat dengan Sam dan berkata bahawa hari ini dia meminta Sam menceraikannya. Sam amat terperanjat dan meminta Najwa berfikir waras serta memikirkan anak-anak mereka. Sam kiga bertanya sebab Najwa meminta cerai tetapi tidak dijawabnya.

Sam menerangkan kalau sebab Najwa cemburu Sam dengan wanita lain, semua itu salah kerana selama ini Sam walaupun lama besendirian di Perak atau ketika diPulau Rusa itu, masih lagi tidak berkahwin lain walaupun hubungan mereka amat bermasaalah. Sam lakukan itu semua kerana sayang kan anak-anak serta menunggu Najwa sedar dan berubah. Najwa berkata bahawa dia akan tetap seperti itu dan tidak akan berubah kerana itu adalah dirinya. Sam yang marah dengan kata-kata Najwa itu berkata bahawa dia juga tidak akan berubah kerana dia rasa apa yang dilakukan selama ini benar walaupun ramai orang termasuk keluarganya masih tidak memahami serta menuduh dirinya jahat serta tidak menyayangi Najwa dan anak-anak.

Najwa yang masih tidak puas hati masih mendesak Sam agar menceraikannya tetapi Sam masih enggan kerana jika dia berbuat sedemikian, maka perkuangannya selama ini akan menjadi sia-sia, dan dia tidak mahu melihat anak-anak terpaksa menanggung masaalah diakibatkan masaalah orang tua mereka.

Najwa tetap dengan sikapnya dan terus mendesak Sam untuk menceraikannya dan akhirnya Sam meminta masa dari Najwa sehingga esuk untuk memikirkannya kerana masa ini Sam berkata bahawa mungkin dia kurang waras untuk memikirkannya. Mendengarkan penjelasan itu, Najwa kendur sedikit dan berkata dia akan menunggu sehingga besuk pagi.

Malam itu Sam amat resah serta banyak termenung serta memikirkan semua masaalah yang terjadi. Najwa nampaknya seperti sedang berkemas segala pakaian dia dan anak-anaknya seperti memang hendak pergi meninggalkannya.

Dalam keadaan tertekan, Sam masih mencari jawapan untuk mengatasi masaalah itu, walaupun masa itu tangannya menggeletar dan ditahu dia sakit. Akhirnya selepas makan ubat, Sam pun tertidur dianjung rimah tersebut.

No comments:

Post a Comment