KONFLIK DALAM KELAMBU.


SEMUA ARTIKEL DIDALAM BLOG INI HANYALAH DRAF RINGKAS RENTETAN PERISTIWA SAHAJA. IANYA AKAN DIEDIT SERTA DITAMBAH DENGAN BANYAK LAGI CERITA YANG SEBENAR YANG LEBIH LENGKAP DAN CERITA LENGKAP HANYA AKAN TERDAPAT DALAM NOVEL " AIRMATA DALAM KELAMBU"

CERITA INI ADALAH KISAH BENAR DAN HANYA DIOLAH ATAU DITAMBAH SEDIKIT UNTUK NAMA WATAK SAHAJA BAGI MENJAGA MARUAH MEREKA YANG TERLIBAT.

RINGKASAN CERITA INI BOLEH ANDA IKUTI DENGAN MENGIKUT TURUTAN MUKA SURAT YANG BERMULA DARI 1.1.

SELAMAT MEMBACA.

TERIMA KASIH


ABC.
Ahmad Baharom Creation

Wednesday, 3 December 2014

BAB KESEPULOH: Najwa Datang Lagi.

10.1] Suatu hari sedang berbincang dengan pekerja didalam pejabat diatas ruhah tersebut, dia terperanjat apabila dia melihat Najwa dan abangnya Yusri telah datang kerumahnya bersama anak-anaknya. Selain itu Najwa juga membawa beg pakaian yang banyak dan sambil menurunkan beg-beg tersebut, abang Najwa berkata bahawa dia membawakan Najwa dan anak-anak Sam untuk duduk bersama dan dia berpesan supaya hidup dengan baik dan terus berlalu.

Anak-anak yang telah lama amat tidak bertemu Sam terus memeluk dan mencium Sam dan Sam pun begitu juga. Najwa terus membawa beg pakaiannya dan terus memasuki rumah itu sambil melihat sekeliling temapat Pameran Sam. Rumah itu mempunyai dua bilik besar yang tidak pernah Sam gunakan dan Najwa telah memilih salah satu untuk mengisi semua barangannya disana, Sam hanya memerhatikannya sahaja.

Sam sebenarnya amat tidak gembira bila melihatkan Najwa datang dan tinggal bersamanya. Hatinya telah teramat tawar dan sekarang dengan kehadiran Najwa dia menjadi takut pula.Berbagai perkara terus menerjah fikirannya dan dia merasakan mungkin bala akan datang lagi jika mengikut kebiasaannya. Sedikit pun dia tidak percaya bahawa Najwa dan keluarganya telah berubah setelah melihat Najwa datang secara begitu sahaja sedangkan selama ini tidak pernah berbincang atau merancang untuk tinggal bersama. Memang kepercayaan Sam telah pupus semuanya terhadap Najwa.

Kedatangan Najwa yang tak diundang itu agak memeranjatkan Sam dan juga semua pekerja yang sebenarnya telah tahu akan krisis rumahtangga Sam selama ini akibat perbualan orang sekeliling. Selain itu Sam dan pekerja-pekerjanya tertanya-tanya akan kisah perniagaan yang Sam telah tinggalkan kepadanya itu.Sebelum ini terdengar khabar angin yang perniagaan itu sudah tenat dan hampir tutup.

Sam tidak meraikan kedatangan Najwa tetapi tetap bersama anak-anaknya pergi melawat semua tempat kerja memproses sehinggalah ketempat membasuh dan merebut kain yang berada ditepi sungai itu.Bukan main suka lagi anak-anak Sam melihat sungai itu dan juga melihat ramai kanan-kanak sedang mandi dan orang dewasa yang sedang mencari Etok-Etok, iaitu seperti remis yang didapati dari dalam pasir sungai itu.

Tiada sedikit kegembiraan pada kedatangan Najwa yang Sam rasakan cuma hilang rasa rindu kepada anak-anaknya yang sudah hampir 8 bulan tidak bersua walaupun jarak antara mereka adalah tidaklah jauh, cuma lebih kurang 4 kilometer sahaja.Sam juga agak sukar bercakap dengan anak-anaknya melalui talipon sebab halangan dari kedua mertuanya.

Walaupun mereka bersama, tetapi hubungan mereka telah amat dingin dan jauh dan Sam lebih banyak bersama anak-anak dan tidak memperdulikan Najwa. Perkara ini telah menimbulkan kemarahan Najwa dan selalu memarahi Sam kerana tidak mempedulikan nya langsung. Sam senyap sahaja.

Bila malam, Sam bermain dengan anak-anak sambil menonton TV dan sambil itu Sam akan memakan ubat dan tidak lama lepas itu dia terus tertidur dan bangun keesukan paginya dan terus bekerja.Sam amat sibuk sekarang kerana kerjanya bertambah banyak dan ramai pekerja yang perlu diajar.

Dia akan berada ditempat kerja dan hanya akan pulang sekiranya ada pelanggan atau rakan-rakannya datang kerumahnya yang merupa stor dan pusat pamerannya. Jika tidak, Sam hanya akan pulang kerumah sebelum malam. Dia lebih banyak menghabiskan masa bersama pekerja-pekerjanya sahaja.

Walau bagaimanapun sebelum bekerja, Sam akan menyediakan sarapan pagi untuk keluarganya dengan membeli bebagai jenis juadah dari kedai berhampiran malah memastikan semua perbelanjaan keluarganya mengukupi.

Dalam masa itu Sam mendapat berita bahawa perniagaan yang ditinggalkan untuk Najwa dan keluarganya itu telah ditutup sebab tidak maju dan semua pekerjanya sedah berhenti kerja.

No comments:

Post a Comment