9.3] Rais satu-satunya sahabat Sam yang paling rapat dan amat kerap melawat Sam dikebun nya. Rais yang amat kagum dengan kejayaan Sam menanam lada itu bercadang ingin mengajak Sam membuka ladang lada yang lebih luas bersama.Dia amat yakin bahawa kaedah terbaharu yang dihasilkan olih Sam adalah yang terkini serta tidak pernah diamalkan olih penguasaha lain.Sam bersetuju dan meminta Rais mencarikan sebidang tanah seluas 6 ekar untuk tujuan tersebut.
Rais telah berjaya mendapatkan tanah seperti yang dikehendaki olih Sam itu dan sanggup membantu modal untuk Sam mengusahakan rancangan itu. Maka bermulalah semua kerja pembersihan tanah dengan menggunakan jentolak dan traktor. Sam dan Rais berkerja keras untuk melaksanakannya.
Najwa yang telah lama tidak pulang melawat keluarganya dikampung telah meminta kebenaran Sam untuk pulang sekejap ke Trengganu. Sam membenarkan kerana dia tidak pernah menghalang Najwa untuk bertemu kaum keluarganya. Lagi pun Sam sekarang amat sibuk dengan rancangan ladang ladanya itu. Najwa membawa semua anak-anaknya pulang kekampungnya.
Kebun lada Sam yang mula-mula diusahakan telah berhasil dan mula dihantar kepasar dan kedai-kedai sekitar tempat itu. Begitu juga dengan Sayur-sayur serta jagung yang ditanamnya, semua telah mula dijual dan hasilnya amat menggalakkan walau pun jumlah tanamannya adalah sedikit. Memandangkan hasil yang diperolehi itu amat baik, Sam dan Rais ingin meluaskan projek kebun itu secara komisel dan bersungguh-sungguh dan berharap suatu hari nanti bolih membekalkan hasil pertanian mereka kebandar-bandar besar seperti Kuala Lumpur dan Klang.
Kebun baru yang seluas 6 ekar itu telah siap diterangkan serta bermula pula kerja-kerja membajak tanah dan membuat batas. Selain itu Sam dan Rais merancang membina rumah kecil serta stor peralatan dan racun dikebun itu.Ini termasuk juga persiapan pengairan yang mencukupi serta sistem yang baik.Mereka benar-benar ingin menjadi petani moden yang komisel.
Setelah lebih dari 2 minggu, Najwa telah pulang kekampung Sam, tetapi dia hanya balik sendirian dan tanpa membawa anak-anak. Dia berkata bahawa semua anak-anak tidak suka tinggal dikampung Sam dan lebih suka tinggal diTrengganu. Sam amat terperanjat dengan penjelasan Najwa itu dan memarahinya kerana tidak berunding dengannya terlebih dahulu sebelum membuat apa-apa keputusan. Najwa berkata, bahawa dia balik sekarang ini pun sekadar untuk memberi tahu Sam disamping mengambil semua barangan kepunyaannya untuk dibawa pulang ke Trengganu.
Sam menjadi amat marah dengan tindakan Najwa yang sedemikian dan menceritakan kepada Rais hal tersebut. Rais menasihatkan Sam untuk ikut Najwa balik keTrengganu kerana dia tahu bahawa Sam tidak akan tahan sendirian dengan tanpa anak-anak disampingnya.Rais berkata bahawa sekiranya Sam tidak ada, dia pun tak sanggup dan berupaya mengusahakan rancangan ladang mereka.
Kemarahan Sam yang sudah lama mula terhapus datang kembali dan dirasanya kalau dia masih tinggal dikampungnya dan Najwa serta anak-anak berada di Trengganu, mungkin penyakitnya akan bertambah teruk semula.Akhirnya setelah berfikir panjang serta meneliti semua keadaan, Sam bersetuju untuk mengikut Najwa pulang keTrengganu, tetapi dengan bersyarat. Syaratnya ialah Najwa dan Keluarganya mesti berubah serta tidak bertindak yang melampaui batas. Sam juga berkata bahawa mungkin inilah kali terakhir dia mengfikut kemahuan dan tindak tanduk Najwa.
Najwa berkata bahawa semua keluarganya sudah sedar dan insaf serta sudah berubah dan meminta Sam agar juga turut menjaga hati mereka dan mengikut apa yang mereka sukai. Sam tersenyum dan berstuju.
Selepas berbincang dengan Rais dan mengambil keputusan untuk memberhentikan projek rancangannya, Sam pun berangkat pulang ke Trengganu.
KONFLIK DALAM KELAMBU.
SEMUA ARTIKEL DIDALAM BLOG INI HANYALAH DRAF RINGKAS RENTETAN PERISTIWA SAHAJA. IANYA AKAN DIEDIT SERTA DITAMBAH DENGAN BANYAK LAGI CERITA YANG SEBENAR YANG LEBIH LENGKAP DAN CERITA LENGKAP HANYA AKAN TERDAPAT DALAM NOVEL " AIRMATA DALAM KELAMBU"
CERITA INI ADALAH KISAH BENAR DAN HANYA DIOLAH ATAU DITAMBAH SEDIKIT UNTUK NAMA WATAK SAHAJA BAGI MENJAGA MARUAH MEREKA YANG TERLIBAT.
RINGKASAN CERITA INI BOLEH ANDA IKUTI DENGAN MENGIKUT TURUTAN MUKA SURAT YANG BERMULA DARI 1.1.
SELAMAT MEMBACA.
TERIMA KASIH
ABC.
Ahmad Baharom Creation
No comments:
Post a Comment