KONFLIK DALAM KELAMBU.


SEMUA ARTIKEL DIDALAM BLOG INI HANYALAH DRAF RINGKAS RENTETAN PERISTIWA SAHAJA. IANYA AKAN DIEDIT SERTA DITAMBAH DENGAN BANYAK LAGI CERITA YANG SEBENAR YANG LEBIH LENGKAP DAN CERITA LENGKAP HANYA AKAN TERDAPAT DALAM NOVEL " AIRMATA DALAM KELAMBU"

CERITA INI ADALAH KISAH BENAR DAN HANYA DIOLAH ATAU DITAMBAH SEDIKIT UNTUK NAMA WATAK SAHAJA BAGI MENJAGA MARUAH MEREKA YANG TERLIBAT.

RINGKASAN CERITA INI BOLEH ANDA IKUTI DENGAN MENGIKUT TURUTAN MUKA SURAT YANG BERMULA DARI 1.1.

SELAMAT MEMBACA.

TERIMA KASIH


ABC.
Ahmad Baharom Creation

Tuesday, 2 December 2014

SAM LARI RUMAH DIMALAM HARI.

9.6] Akibat perkara-perkara tersebut, Sam sudah merasa tidak selesa serta mengajak Najwa berpindah serta berdikari tetapi Najwa tetap tidak mahu dengan alasan dia terpaksa menjaga dan menemani orang tuanya dan rumah itu dia yang sebagai anak bongsu yang bakal mewarisinya. Sam tidak dapat berbuat apa-apa selain mengikut sahaja.

Sam sentiasa berulang alik keKuala lumpur untuk menghantar tempahan dan mengambil tempahan dari pelanggan di Kuala Lumpur yang terdiri dari Universiti dan pusat-pusat pengajian Tinggi yang telah mula menggunakan Batik sebagai uniform rasmi dan persatuan-persatuan mereka. Tempahan terlalu banyak dan mengikut jangkaan Sam sedikit masa lagi dia terpaksa menambah bilangan pekerja untuk tujuan itu.

Suatu hati, Sam baru pulang dari Kuala Lumpur dan mendapati sebilangan besar pekerjanya tidak datang bekerja dan hanya tinggal 3 orang pekerja lelaki sahaja yang bekerja pada hari itu. Sam bertanyakan Najwa kenapa Ramai sangat pekerja tidak datang bekerja, adakah kerana mereka bercuti atau ada hal lain. Najwa berkata bahawa ibu dan ayahnya telah memberhentikan semua pekerja perempuan kerana katanya adalah Haram lelaki bercampur bekerja dengan wanita.

Sam yang mendengar penjelasan Najwa itu Sam menjadi marah kerana jika sedemikian dia sedang menghadapi masaalah besar kerana tempahan yang telah dijanjikan mustahil bolih disiapkan mengikut jadual.Sam juga berkata bahawa adalah mustahil dia dapat melatih hanya pekerja lelaki untuk menjadi pekerja mahir kerana amat jarang lelaki yang meminati kerja sedemikian, serta proses melatih memakan masa yang lama serta bukan semua boleh menjadi pandai dan Mahir.

Perbalahan telah terjadi diantara Najwa dan Sam dan akhirnya Sam hilang sabar bila Najwa berkata bahawa Sam mesti mengikut apa yang telah ditentukan oleh kedua orang tuanya serta lebih mementingkan keluarga dari perniagaannya. Najwa juga menyarankan agar Sam berikhtiar untuk mengatasi masaalah perniagaan nya mengikut kehendak keluarganya. Sam sudah malas melayan cara pemikiran Najwa dan akhirnya Sam mengambil beberapa helai pakaian dan wang tunai RM 200.00 dan berkata kepada Najwa bahawa dia sekarang sudah tidak tahan lagi dengan kerenah dan perangai Najwa dan ibu-bapanya dan berkata, malam ini juga dia akan keluar dari rumah ini.

Sam berkata mulai hari ini dia menyerahkan semua hak dan tanggungan apa yang diusahakan selama ini kepada Najwa dan keluarganya, dan dia hanya meminta RM 200.00 itu sebagai kenang-kenangan modal yang dia bawa semasa menjejakkan kaki ke negeri Trengganu itu. Sam berkata bahawa dia akan pergi serta tidak sesekali menjejakkan kakinya lagi kerumah itu sehingga mati. Sam juga menyatakan kepada Najwa bahawa dia tak pasti samaada akan pulang keKuala Lumpur atau akan tetap tinggal di Trengganu lagi selepas ini.

Malam itu, setelah Sam memberi semua senarai pelanggan dan tempahan yang banyak kepada Najwa, dia dengan sebuah basikal buruk, sedikit pakaian serta wang RM 200.00 telah meninggalkan rumah mertuanya dengan linangan airmata. Pada mulanya Sam bercadang untuk berkayuh basikal untuk pergi keBandar Kuala Trengganu untuk membeli tiket Bas untuk pulang keKuala Lumpur, tetapi setelah berfikir, Sam berpatah balik dan menuju Kg Pulau Rusa yang jaraknya hampir 5 kilometer dari kampung Najwa.

Dengan perasaan yang sedih dan kecewa yang amat sangat Sam berkayuh basikal sambil airmatanya terus mengalir mmengingatkan kesukaran yang dialamainya. Dia terasa bahawa Najwa langsung tidak menghargai serta menghurmatinya. Memang sekali ini Sam telah bertekad untuk merubah segalanya walau pun apa terjadi. Dia akan terus berusaha walaupun Najwa dan anak-anaknya tiada disisi dan membuktikan bolleh berjaya tanpa mereka.

No comments:

Post a Comment