11.3] Hari itu Sam bersama dengan Wan Anita sibuk melayan pelanggan yang agak ramai dan setelah semua selesai, mereka duduk bersembang. Sam bertanya kepada Wan Anita sampai bilakah dia akan terus bekerja dengannya. Wan Anita berkata mungkin 2 bulan lagi kerana dia sekarang sedang menunggu keputusan terhadap beberapa permohonannya untuk masuk ke Universiti. Sam berkata bahawa dia akan kehilangan Wan Anita dan hilang teman berborak.
Wan Anita mencadangkan Sam mengambil Jamilah sebagai penggantinya dan dengan itu Sam boleh meluangkan banyak masa bersama Jamilah dan Sam bersetuju.
Selepas itu Sam secara berseloroh meminta Wan Anita agar memberikan dia sekeping gambarnya untuk dijadikan kenang-kenangan dan Wan Anita bertanya yang Sam nak buat apa dengan gambar itu. Sam masih berseloroh dengan menyatakan memang hobinya dan berkata dalam beg hitamnya yang diatas almari itu memang sudah penuh dengan gambar wanita-wanita cantik dan dianggarkan sudah ada lebih 80 gambar semuanya. Itulah sebab Najwa amat marah kepadanya dan berkata dia kaki perempuan.Wan Anita yang tahu Sam kaki berseloroh, hanya ketawa mendengarnya.
Selepas waktu rehat, apabila Wan Anita kembali bekerja, dia telah memberikan sekeping gambarnya yang berukuran postkad kepada Sam. Sam yang terperanjat dengan pemberian itu berkata bahawa dia hanya bergurau sahaja tadi, tapi kata Wan tak mengapa dan berharap Sam menulis pada gambarnya nombor 81 pada gambarnya. Sam ketawa, tapi dalam hatinya lebih gembira kerana dia memang suka melihat gambar Wan Anita yang cantik itu lalu disimpannya didalam beg hitam yang ditunjukkan kepada Wan Anita tadi.Bila Wan Anita ingin melihat semua gambar-gambar yang Sam maksudkan itu, Sam lantas mencurah semua kandungan beg itu keatas meja dan ternyata hanya ada surat-surat dan lesen perniagaan syarikat sahaja.
Najwa ketawa dan meminta Sam memulangkan gambarnya kerana katanya Sam menipu, tetapi Sam tidak mahu, dan berkata biarlah dia simpan gambar yang satu itu.
Perniagaan Sam seperti biasa dan tempahan amat banyak.Sam hanya berada dikawasan sekitar kampung itu untuk mengawasi semua bengkel dan pekerjanya dan bila selesai, dia akan duduk dipusat pameran dan pejabatnya dan jika ada kelapangan dia akan menghabiskan masa berborak dengan Wan Anita.
Petang itu Sam berborak dengan Wan Anita dan dengan tidak disedarinya Najwa telah berada dibelakang Sam.Dia yang seperti amat marah menjerit kuat dan berkata bahawa Sam dengan Wan Anita sedang membuat maksiat. Dia juga menuduh yang Sam sekarang telah lupakan dia dan anak-anak adalah sebab sudah tergila-gilakan Wan Anita. Sam yang amat terperanjat hanya terdiam dan bergitu juga Wan Anita, dia terdiam serta menunjukan riak muka yang ketakutan dan keliru.
Najwa terpekik terlolong memarahi Sam dan Wan Anita dan dalam masa yang sama bercerita keburukan Sam yang lamapau. Selain itu dia memberitahu bahawa dia adalah isteri Sam yang sah. Sam menjadi marah dengan sikap Najwa serta meminta dia bertenang dan pulang kerumah.
Tiba-tiba Najwa mengeluarkan gambar Wan Anita seperti yang Sam simpan serta juga terdapat tulisan nota Sam dibelakang gambar itu. Memang pada malam selepas Wan Anita memberi gambar itu kepada Sam, dia ada menukis nota berbunyi " Semuga kau mmenjadi isteri yang terbaik untuk ku". Dengan gambar itu Najwa berkata mmemang Sah Sam dan Wan Anita telah membuat maksiat.
Hemrahan Sam membara dan dia menghalau Najwa pulang kerana perbuatannya itu telah amat memalukannya serta mengganggu perniagaannya serta pekerjanya. Najwa berkata yang dia tidak peduli itu semua serta memberi kata dua kepada Sam, iaitu memilih dia atau Wan Anita. Sam cuba menenangkan Najwa tapi gagal, Najwa menjadi lebih marah dan terus mendesak Sam memilih diantara dia atau Wan Anita.
Sam sudah hilang pertimbangan akibat kelakuan Najwa itu lalu melafazkan cerai Talak Tiga kepada Najwa. Selepas itu semua tersenyap dan Wan Anita terus keluar dari rumah itu dan duduk ditangga kebingungan. Najwa mula bertindak seperti orang gila dan pergi mengambil pakaian Sam dari dalam almari serta mencampakkan kepada Wan Anita dan berkata sekarang Wan sudah puas hati yang dia telah diceraikan olih Sam dan berkata Wan Anita dengan Sam sekarang sudah boleh bebas melakukan maksiat bersama Sam.
Selepas itu Najwa bertindak memaki hamun dan memukul Sam seperti orang gila. Sam hanya berdiam sambil mempertahankan mukanya dari dirobek oleh Najwa. Setelah dia puashati membelasah Sam, Najwa pun beredar meninggalkan mereka dan Sam memerhatikan dari rumah itu dan dilihatnya ramai pekerja dan orang kampung yang mendengar kekecuhan itu keluar kejalan-jalan kampung itu untuk melihat. Sam amat malu pada hari itu.
KONFLIK DALAM KELAMBU.
SEMUA ARTIKEL DIDALAM BLOG INI HANYALAH DRAF RINGKAS RENTETAN PERISTIWA SAHAJA. IANYA AKAN DIEDIT SERTA DITAMBAH DENGAN BANYAK LAGI CERITA YANG SEBENAR YANG LEBIH LENGKAP DAN CERITA LENGKAP HANYA AKAN TERDAPAT DALAM NOVEL " AIRMATA DALAM KELAMBU"
CERITA INI ADALAH KISAH BENAR DAN HANYA DIOLAH ATAU DITAMBAH SEDIKIT UNTUK NAMA WATAK SAHAJA BAGI MENJAGA MARUAH MEREKA YANG TERLIBAT.
RINGKASAN CERITA INI BOLEH ANDA IKUTI DENGAN MENGIKUT TURUTAN MUKA SURAT YANG BERMULA DARI 1.1.
SELAMAT MEMBACA.
TERIMA KASIH
ABC.
Ahmad Baharom Creation

No comments:
Post a Comment