KONFLIK DALAM KELAMBU.


SEMUA ARTIKEL DIDALAM BLOG INI HANYALAH DRAF RINGKAS RENTETAN PERISTIWA SAHAJA. IANYA AKAN DIEDIT SERTA DITAMBAH DENGAN BANYAK LAGI CERITA YANG SEBENAR YANG LEBIH LENGKAP DAN CERITA LENGKAP HANYA AKAN TERDAPAT DALAM NOVEL " AIRMATA DALAM KELAMBU"

CERITA INI ADALAH KISAH BENAR DAN HANYA DIOLAH ATAU DITAMBAH SEDIKIT UNTUK NAMA WATAK SAHAJA BAGI MENJAGA MARUAH MEREKA YANG TERLIBAT.

RINGKASAN CERITA INI BOLEH ANDA IKUTI DENGAN MENGIKUT TURUTAN MUKA SURAT YANG BERMULA DARI 1.1.

SELAMAT MEMBACA.

TERIMA KASIH


ABC.
Ahmad Baharom Creation

Monday, 1 December 2014

SAM LARI DENGAN ARFAH

8.11] Petang itu Sam bersama Najwa,Arfah serta anak-anaknya telah pergi kerumah orang tua Sam untuk bermalam disana dan Sam bercadang untuk pergi memancing keesukan harinya bagi dia berehat dan melapangkan fikirannya.

Malam itu, Sam sedang berada dianjung rumah orang tuanya sambil menonton TV dan Najwa berada didapur rumah, bersama dengan ayah dan ibu Sam, bersembang. Arfah membaca majalah tidak jauh dari Sam serta melayan anak-anak Sam yang sentiasa bertanya dengan nya.

Semasa Sam menonton TV, dia juga mendengar suara Najwa dan suara kedua orang tuanya bersembang. Sam mula terdengar nada suara bapanya agak meninggi seperti mula hendak marah dan juga suara Najwa yang menyebut namanya dan Arfah. Bila mendengar seperti ada yang tidak kena, Sam pun terus pergi kebahagian dapur serta memarahi Najwa kerana kata Sam dia sekarang sudah pandai nak mengadu kepada kedua orang tuanya pula. Sam berkata selama ini dia langsung tidak bercakap apa-apa berkenaan semua masaalah mereka kepada mereka.

Melihatkan Sam tetiba menjadi berang kepada Najwa, Ayah Sam mula memarahi Sam, begitu juga dengan ibunya. Sam yang menjadi amat marah itu terus pergi mendapatkan Arfah yang sedang kebingungan serta mengajaknya pulang sekarang juga kerana Sam berkata Najwa telah membuat hal dengan bercerita yang bukan-bukan kepada kedua orang tuanya. Arfah yang kebingungan terus sahaja mengikut Sam. Sam telah meninggalkan Najwa dan anak-anaknya dirumah orang tuanya.

Sam memandu kereta seperti orang gila malam itu dan dia kelihatan amat tidau stabil sehinggakan Arfah merasa amat takut dan meminta dan merayu agar Sam bertenang serta memperlahankan pemanduannya. Sam akhirnya akur dengan rayuan Arfah dan memperlahankan pemanduannya. Sam berkata bahawa malam itu dia akan menghantar Arfah balih kerumah orang tuanya kerana dia berkata sudah amat pening serta sudah tidak mampu untuk membatar gaji Arfah lagi.

Arfah yang dari tadi terdiam berkata bahawa Sam tidak perlu hal gaji dia kerana dia tidal kisah hal tersebut kerana faham keadaan Sam sekarang. Sam berkata bahawa dia akan membayar baki gaji Arfah, tetapi tidak lagi mampu untuk menggajinya lagi selepas ini kerana kewangannya sudah amat teruk. Sam juga berkata bahawa kereta yang disewanya itu akan dipulangkan tidak lama lagi kerana sudah hampir kehabisan wang.

Arfah berkata bahawa dia akan tetap bersama Sam walau pun tidak bekerja lagi serta tidak akan meninggalkan Sam masa ini kerana pada pendapatnya Sam amat tidak stabil serta takut sesuatu akan berlaku kepada diri Sam. Sam memarahi Arfah yang tidak mahu mendengar arahannya serta menyatakan yang dia tahu menjaga dirinya serta sudah biasa seperti itu. Arfah masih berdegil dan sambil menangis dia berkata bahawa dia akan ikut kemana jua Sam pergi dan ingin memastikan Sam selamat. Sam menasihatkan dia bahawa tidak baik dia bersama Sam seperti itu dan meminta dia pulang sahaja dan akhirnya Sam akur kerana Arfah masih berdegil.

Sam memandu keretanya terus ke Pekan Parit dan berhenti dirumah rehat yang ada disana dan makan direstaurant disitu. Dari tengahari tadi Sam dan Arfah belum makan lagi. Sambil makan Sam menceritakan tindakan yang bakal diambilnya terhadap Man dan Arfah berkata memang patut orang macam Man itu diajar supaya menjadi pengajaran.

Selepas makan, Sam mengajak Arfah berjalan kearah jambatan yang merentasi sungai yang ada disitu dan duduk dipondok berehat yang ada dipulau tersebut. Sam berkata bahawa adalah lebih baik dari mereka balik kerumah dan tinggak berdua disana.

Sam menceritakan sebahagian kisah hidupnya kepada Arfah dan juga apa yang dialaminya kini serta kemungkinan dia akan jatuh miskin serta kehilangan segala-galanya.Arfah yang amat berminat mendengar akhirnya berkata bahawa soal perniagan itu mungkin sudah takdir serta ujian dan bukan dalam pengetahuan Sam tapi yang menyedihkan ialah sikap Najwa yang seperti tidak memperdulikan apa yang San tanggung dan masih menambah beban perasaan dan pemikiran kepada Sam, dissat Sam memerlukan sokongan dan pengertian.

Sam berkata bahawa Arfah walau pun masih muga tapi sudah memahami serta bolih memikirkan punca dan sebab sesuatu keadaan itu. Sam berkata bahawa amat beruntung sesiapa yang berjaya menjadi suami Arfah. Arfah berkata merendahkan diri bahawa siapalah hendakkan wanita seperti dia yang tidak cantik serta miskin.Sam pun menceritakan bahawa dia telah jatuh hati pada Arfah sudah lama dan tidak berani meuahkan perasaan kerana pada fikirannya adalah mustahil kerana mungkin dia tidak samapai hati bercerai dengan Najwa. Selain itu dia amat tahu bahawa Najwa adalah seorang yang amat degil dan tidak mungkin dia membenarkan Sam kahwin lagi.

Arfah juga berfikiran sedemikian dan terpaksalah mendiamkan diri, sekadar memerhatikan sahaja.Arfah juga memuji Sam yang amat rajin, cerdik serta bertimbang rasa selain sifat kepimpinan yang tegas da jujur.

No comments:

Post a Comment