KONFLIK DALAM KELAMBU.


SEMUA ARTIKEL DIDALAM BLOG INI HANYALAH DRAF RINGKAS RENTETAN PERISTIWA SAHAJA. IANYA AKAN DIEDIT SERTA DITAMBAH DENGAN BANYAK LAGI CERITA YANG SEBENAR YANG LEBIH LENGKAP DAN CERITA LENGKAP HANYA AKAN TERDAPAT DALAM NOVEL " AIRMATA DALAM KELAMBU"

CERITA INI ADALAH KISAH BENAR DAN HANYA DIOLAH ATAU DITAMBAH SEDIKIT UNTUK NAMA WATAK SAHAJA BAGI MENJAGA MARUAH MEREKA YANG TERLIBAT.

RINGKASAN CERITA INI BOLEH ANDA IKUTI DENGAN MENGIKUT TURUTAN MUKA SURAT YANG BERMULA DARI 1.1.

SELAMAT MEMBACA.

TERIMA KASIH


ABC.
Ahmad Baharom Creation

Thursday, 4 December 2014

SAM JATUH CINTA LAGI.

10.7] Sam akhirnya telah mula boleh menerima semua kejadian selepas dia mengimbas semua kejadian yang telah terjadi sebelum ini. Apa yang pasti dia telah berusaha untuk menghalang perkara sebegini dari belaku dan juga mengetahui sebahagian kesalahannya dan mengambil keputusan untuk tidak terus meratapinya. Bila terfikirkan anak-anak, dia akan terus berusaha untuk memajukan perniagaannya kerana dia mengaanggapkan semua yang diusahakan itu adalah untuk mereka juga.

Akibat terlalu lama menyendiri dan perasaan kasihnya terhadap Najwa telah lupus sama sekali, Sam mula berangan untuk berkahwin lagi.Dia mula teringatkan Wan, Mala dan Arfah tapi bila dia memikirkan pekerjaannya sekarang, dia berangan untuk berkahwin dengan orang tempatan juga dan kalau bolih dari mereka yang memahami perniagaannya, dan kalau bolih yang pandai dalam bidang ini.

Sam teringatkan peristiwa dimana diwaktu dia menghantar tempahan seorang pelanggannya yang merupakan seorang pemilik kedai Batik sebelum ini yang bernama Hajah Wok. Hajah ini berkata bahawa Sam ni bodoh kerana terlalu banyak masaalah untuk berniaga kerana kerenah isteri dan dia berkata bahawa Sam bolih berkahwin lagi kerana masih amat muda serta hensem juga. Hajah itu berkata ada seorang wanita muda yang kayaraya yang berkenankan Sam serta sudi menjadi isterinya dan sudi untuk membantu Sam berniaga. Sam berkata bahawa baguslah kalau begitu tetapi Sam berkata bahawa buat masa ini biarlah dahulu, tetapi mungkin dimasa hadapan mungkin dia akan memikirkannya dan akan datang berjumpa Hajah itu untuk meminta bantuan. Bila terfikirkan perkara itu, terasa masa itu Sam hendak terus pergi berjumpa Hajah Wok untuk menikah dengan perempuan tersebut.

Sam juga teringat kata-kata Tok Ngah tuan rumah yang disewanya itu sebelum Najwa datang kePulau Rusa tempuhari. Tok Ngah pernah menyatakan simpati terhadap Sam yang telah lama sendirian serta sibuk bekerja. Dia bertanya adakah Sam nak bernikah lagi, kerana dia ada seorang anak saudara yang selalu lalu depan rumah Sam dengan kereta Pajeronya dan berkata yang anak saudaranya itu pun berkenan dan jatuh hati dengan Sam, serta dia juga sudah tahu cerita kisah hidup Sam. Sam ketawa dan menyatakan mana padan dia dengan perempuan itu kerana Sam pakai basikal buruk dan dia pakai Pajero. Sam berkata bahawa mungkin tak mampu nak menampung kos minyak keretanya yang banyak, gurau Sam.

Sam memang kenal wanita yang dimaksudkan oleh Tok Ngah itu kerana selalu juga dia melawat orang bekerja dan melihat pameran kain-kain Sam. Muda dan amat cantik. Bila terkenangkan wanita itu, terasa Sam nak pergi berjumpa Tok Ngah yang dia hendak berkahwin dengan wanita tersebut.

Bila teringatkan Hj Yahya, tak payah ceritalah, dia sentiasa memerli Sam sebagai lelaki " tiada Batu". Hj Yahya amat menggalakkan Sam berkahwin lagi bagi mengawal hormon-hormon yang berlebihan. Sam sambil bergurau berkata bahawa dia tidak mahu kahwin dengan wanita lain selain anak Hj Yahya dan hanya setuju untuk menjadi menantunya sahaja. Haji Yahya berseloroh dan berkata supaya Sam menunggu 10 tahun lagi. Sam tersenyum sendirian.

Tidak kurang juga sahabat perniagaannya tidak kira lelaki atau wanita menggalakan dia berkahwin lagi supaya dia lebih tenang dan aman. Sebahagian mereka bergurau dan berkata bahawa otak Sam sudah masuk air atau mungkin sudah terkena nasi kangkang.

Sam berfikir bahawa banyak yang diperkatakan olih teman-temannya itu ada benarnya tetapi Sam masa itu masih tidak bersedia dan masih berusaha dan berharap Najwa akan berubah. Tapi kini setelah berasa serik dan putus asa Sam mula mempertimbangkan untuk berkahwin lagi.

Dalam fikirannya mula meneliti semua pekerja-pekerja perempuannya yang ramai itu untuk di pilih dalam angan-angannya sebagai kekasih dan isterinya. Mah, Ros, Ara, Aya, dan akhirnya bayangannya terhenti kepada seorang pekerjanya yang comel lote masa itu, Jamilah. Sam pun berazam untuk cuba mengorat Jamilah.

Keesukan harinya Sam mulalan cuba bercakap-cakap dengan Jamilah dan Jamilah mudah mesra dengan Sam. Ramai juga pekerja lain yang memerhatikan tabiat Sam itu, terutama Ros yang sebelum ini sebagai teman Sam berborak dirumah Zaidi. Dia seakan-akan cemburu dengan perjara itu, tapi Sam buat tak tahu dan sebagai menjaga hatinya, Sam pergi pula bercakap dengan Ros juga.

Bila dilihat oleh semua pekerja yang Sam selalu pergi dan bercakap dengan Jamilah, mulalah mereka memperli serta mempermainkan Sam dan Jamilah. Sam tak kisah dan sememangnya dia kesunyian dan hendak bercakap dengan orang dan dalam itu cuba mengenali Jamilah. Bila diusik oleh pekerja-pekerjanya Sam akan berkata yang dia sedang memancing dan mencuba nasib. Semua ketawa mendengar gurauan Sam itu.

No comments:

Post a Comment