KONFLIK DALAM KELAMBU.


SEMUA ARTIKEL DIDALAM BLOG INI HANYALAH DRAF RINGKAS RENTETAN PERISTIWA SAHAJA. IANYA AKAN DIEDIT SERTA DITAMBAH DENGAN BANYAK LAGI CERITA YANG SEBENAR YANG LEBIH LENGKAP DAN CERITA LENGKAP HANYA AKAN TERDAPAT DALAM NOVEL " AIRMATA DALAM KELAMBU"

CERITA INI ADALAH KISAH BENAR DAN HANYA DIOLAH ATAU DITAMBAH SEDIKIT UNTUK NAMA WATAK SAHAJA BAGI MENJAGA MARUAH MEREKA YANG TERLIBAT.

RINGKASAN CERITA INI BOLEH ANDA IKUTI DENGAN MENGIKUT TURUTAN MUKA SURAT YANG BERMULA DARI 1.1.

SELAMAT MEMBACA.

TERIMA KASIH


ABC.
Ahmad Baharom Creation

Thursday, 4 December 2014

SUDAH SURATAN.

11.2] Dengan berbekalkan ubat anti depression Sam meneruskan segala usahanya dan cuba melupakan segala kepahitan hidup serta tekanan pekerjaan dan disamping itu dia bermesra serta bergurau dengan pekerja-pekerjanya. Dia masih banyak menghabiskan masa bersama Jamilah dan berborak semasa Jamilah sedang membuat kerja. Dalam hati Sam masa itu mungkin Jamilah lah yang bolih dia dampingi kerana buat masa ini tiada siapa yang lain yang boleh diisi kedalam hatinya sebagai sandaran angan-angan untuk memekarkan jiwanya itu.

Masa itu Sam tidak langsung menceritakan kepada sesiapa yang dia telah rujuk kembali kepada Najwa serta berita Najwa yang tinggal di Pulau Musang pun tiada siapa yang tahu kecuali kepada Wan Anita kerana semasa dia asyik berulang kePulau Musang kerana menghantar makanan dahulu, Sam menceritakan serba sedikit kepada Wan Anita hal tersebut. Sam telah meminta Wan Anita merahsiakan perkara itu kerana dia tidak mahu orang berkata yang dia tidak tegas serta terlalu lembek, kerana ramai sahabat serta pekerja yang amat tidak suka dengan Najwa. Sam tidak mahu pekerja atau sahabatnya beranggapan sedemikian serta hilang hormat kepadanya.

Dalam masa yang sama Sam juga banyak menghabiskan masa bersama Wan Anita untuk menguruskan kerja-kerja diofis serta dalam bilik Pameran. Sebagai seorang lelaki, Sam juga selalu mengusik Wan Anita serta bergurau dengannya.Sam juga pernah berkata yang dia sekarang sedang mencari calun isteri dan Wan Anita mengesyurkan Sam mengambil Jamilah sebagai isteri kerana dia melihat Jamilah pun seakan menyukai Sam dan sememangnya sekarang pun semua pekerja dan orang kampung menyatakan bahawa eluklah sekiranya Sam dan Jamilah berkahwin.

Kata Wan Anita, tiada salahnya Sam untuk berkahwin lagi satu sebab mampu serta perlukan teman dan menjaga makan minum Sam yang selama ini tidak terurus. Wan Anita berkata, jika Sam berkahwin dengan Jamilah, adalah lebih baik kerana dia sudah mahir dengan pekerjaannya serta bolih mengantikannya membantu Sam dalam urusan ofis dan jualan kerana Wan Anita pun berkata bahawa dia mungkin tidak lama bekerja disana.

Mendengarkan sokongan serta pendapat Wan Anita itu, Sam telah berjumpa dengan Jamilah serta cuba meluahkan hasrat hatinya untuk mengetahui pandangan Jamilah tentang dirinya dan bertanya sekiranya Jamilah sudi untuk berkahwin dengannya. Malangnya luahan perasaan Sam itu telah ditolak oleh Jamilah kerana dia merasa takut Najwa akan bertindak yang mungkin boleh memalukan dia dan keluarganya kerana tidak percaya yang Najwa akan berdiam diri sekiranya dia berkahwin dengan Sam. Jamilah meminta Sam untuk memberi masa kepadanya untuk memikirkannya serta menilai semula keadaan. Jamilah berkata dia pun suka dengan Sam tapi dia juga berkata Sam boleh bernikah dengan mana-mana wanita sekiranya dia telah berjumpa yang lebih sesuai dan dia tidak akan berasa kecil hati.

Sam terasa Jamilah tidaklah serius terhadap dirinya serta juga mengaanggap apa yang diperkatakan oleh Jamilah itu adalah satu alasan yang terlalu bersopan sebagai penolakan terhadap hasratnya. Sam tidak menyalahkan Jamilah kerana dia faham keadaan dirinya yang mesti sukar untuk wanita lain untuk menerimanya. Sam tawar hati dengan Jamilah.

Sam mulai hari itu telah merasakan sedikit kekosongan dan lebih banyak meluangkan masa berborak bersama Wan Anita. Dia memang amat berminat dengan Wan Anita tetapi tidak berani untuk cuba-cuba menduga Wan Anita kerana takut jika tersalah cakap, Wan Anita akan marah serta mungkin membencinya serta berhenti bekerja. Dia tidak sanggup kehilangan teman berborak serta pembantu yang baik.

Melalui pengalaman yang telah Sam lalui, dia sekarang mesti amat berhati-hati memilih pasangan hidup kerana pengalamannya dengan Najwa amat menyakitkan dan dia berharap dia kan dapat memilih wanita yang lebih sesuai kerana tidak mahu perkara yang sama berulang.Sam juga amat tidak yakin dengan dirinya sekarang untuk membuat penilaian, dan menganggap bahawa pemikirannya amat tertekan serta bercelaru.

Sam akhirnya menjadi letih berfikir untuk menentukan siapa bakal isteri yang dicarinya dan lebih banyak berborak dengan Wan Anita sebagai cara untuk menghilangkan kerunsingan serta kesepian disamping menguruskan hal-hal perniagaan. Dengan adanya teman berbicara, Sam merasakan sedikit kelegaan terhadap tekanan yang dihadapinya.

Dalam masa yang sama Sam merasakan semua perkara dan cobaan yang diterimanya kini mungkin disebabkan dosa-dosanya yang lalu, serta mungkin sudah suratan Tuhan untuknya.Dia berazam untuk cuba menempuhinya kerana tiada upaya untuk menentukannya. Hidup mesti diteruskan.

No comments:

Post a Comment