KONFLIK DALAM KELAMBU.


SEMUA ARTIKEL DIDALAM BLOG INI HANYALAH DRAF RINGKAS RENTETAN PERISTIWA SAHAJA. IANYA AKAN DIEDIT SERTA DITAMBAH DENGAN BANYAK LAGI CERITA YANG SEBENAR YANG LEBIH LENGKAP DAN CERITA LENGKAP HANYA AKAN TERDAPAT DALAM NOVEL " AIRMATA DALAM KELAMBU"

CERITA INI ADALAH KISAH BENAR DAN HANYA DIOLAH ATAU DITAMBAH SEDIKIT UNTUK NAMA WATAK SAHAJA BAGI MENJAGA MARUAH MEREKA YANG TERLIBAT.

RINGKASAN CERITA INI BOLEH ANDA IKUTI DENGAN MENGIKUT TURUTAN MUKA SURAT YANG BERMULA DARI 1.1.

SELAMAT MEMBACA.

TERIMA KASIH


ABC.
Ahmad Baharom Creation

Thursday, 4 December 2014

SAM JATUH CINTA DENGAN WAN.

10.9] Selepas Rujuk semula tadi Sam telah memberi kata dua kepada Najwa bahawa walaupun telah rujuk kembali, Najwa tidak dibenarkan lagi berpindah ke Pulau Rusa dan Sam juga berkata yang dia tidak akan sesekali menjejakkan kakinya kerumah orang tua Najwa lagi. Ini bermakna sekiranya Najwa masih tinggal dirumah orang tuanya, maka dia tidak akan pergi kesana walaupun untuk melihat anak-anaknya.

Setelah berbincang akhirnya Najwa bersetuju dengan rancangan Sam untuk menyewakannya sebuah rumah yang agak dekat dengan tempat Sam di Pulau Rusa supaya senang Sam melihat dan berjumpa dengan anak-anaknya. Sam berkata yang dia masih tidak mahu membeli motor atau kereta kerana kewangannya masih belum stabil dan hanya menumpukan kepada perniagaan sahaja. Jadi rumah yang akan dicarikannya itu mesti senang untuk dia berulang alik dengan basikal.

Sam telah mendapat sebuah rumah di Pulau Musang yang tidak jauh dari Pulau Rusa dan dia telah melengkapi segala keperluan sebelum memindahkan Najwa dan anak-anaknya.Mulai hari itu Sam selalu berulang alik diwaktu pagi untuk menghantar sarapan kepada Najwa dan anak-anaknya. Bila waktu malam Sam akan bermalam dirumah sewanya di Pulau Rusa kerana terlalu banyak alatan serta stok perniagaannya disana yang mesti dijaga.

Memandangkan Sam selalu meninggalkan tempat kerja diwaktu siang dan merumitkan pelanggan yang sentiasa datang untuk membeli dan menempah barangan, Sam pun meminta pekerjanya mencarikan seorang kerani yang bertanggung jawab untuk menguruskan Pejabat dan Pusat Jualannya. Dia mencari orang yang boleh menjalankan tugas itu serta kalau boleh pandai hal Simpankira atau akaun.

Selepas dua hari, maka datanglah seorang wanita muda yang bernama Wan Anita untuk melamar tugas tersebut. Sebaik sahaja Wan Anita memasuki ruang pejabatnya, Sam terkedu dan merasakan jantungnya berdegup amat kencang dan dia terpegun seketika. Sam sudah jatuh hati dengan sekali pandang sahaja dengan Wan Anita tetapi dia buat selamba sahaja serta terus bertanyakan perihal kelayakan Wan Anita. Dia saja buat pura-pura banyak soal tetapi dalam hatinya, sudah pasti Wan Anita akan dapat pekerjaan itu.

Selain menjaga ofis dan pusat Pameran Wan Anita disyaratkan untuk membantu sahabat-sahabat disemua tempat bekerja sekiranya tiada kerja di ofis atau tiada pelanggan yang datang.Wan Anita bersetuju dan berkata yang dia kan datang memulakan tugasnya besuk hari. Selepas itu Wan Anita pun pulang.

Sam pun turun kebawah untuk bertemu dengan Ara yang telah mengesyurkan Wan Anita itu bekerja disitu serta bertanyakan dimana rumahnya dan Ara menyatakan bahawa rumah Wan Anita terlalu dekat dengan bengkel tempat mereka bekerja itu. Sam berkata bahawa Wan Anita jarang dilihat sebab bersekolah dan tinggal diasarama. Ara juga menyatakan bahawa Wan Anita mungkin kerja sementara sahaja kerana dia telah mendapat keputusan yang baik dalam STPMnya dan mungkin akan memasuki Universiti tidak lama lagi.

Ara yang hairan melihat Sam yang terlalu banyak bertanya tentang Wan Anita itu bergurau dengan Sam dan berkata yang Sam sudah angau dengan kecantikan Wan Anita. Sam, tersenyum dan menafikannya dan berkata hanya sekadar bertanya sahaja.

Keesukan harinya Wan Anita datang bekerja dan dia mula menjalankan tugas dan hari itu Sam jarang melawat kerja-kerja bahagian proses, selain sibuk mengajar Wan Anita menjalankan kerja ofis dan Bilek Pameran.

Walaupun sibuk mengajar Wan Anita, Sam masih terus berulang alik dengan basikal untuk melayan anak-anaknya dan yang pasti, diwaktu pagi bermacam kueh mueh yang dibawanya sebagai sarapan mereka. Selain itu segala keperluan rumahtangga tetap seperti biasa, tiada yang kurang walaupun dengan perpindahan Najwa kerumah baru itu sememangnya agak membebankan Sam.

Selepas Wan Anita bekerja, Sam amat gembira dan mula berpakaian agak kemas. Tidak seperti kebiasaannya, selekeh dan berserabut.Walau bagaimana smart pun Sam, ianya masih bersesuaian dengan kenderaan utamanya, Basikal.

Sam sedar yang dia hanya berangan-angan tetapi dia tidak dapat lari dari perasaan angaunya kepada Wan Anita. Dia masih berkata semua itu mustahil kerana dia sudah beristeri dan anak, serta Wan Anita mungkin bekerja sementara sahaja dan selepas ini akan berhenti serta berlajar di Universiti.


No comments:

Post a Comment