12.5] Sudah seminggu Sam berkahwin, dan pagi itu Sam subuh lagi sudah termenung diatas tangga batu dirumah mertuanya. Sam terfikir kepada layanan serta sambutan oleh keluarga Wan Anita terhadapnya yang seperti tiada apa langsung kesalahan serta perkara buruk yang berlaku. Ibu mertua akan sentiasa menaburkan bunga melur atau bunga cempaka diatas katilnya, ayah mertua sedia berborak, adik dan abang Wan Anita amat peramah serta makan minumnya terjaga rapi.
Sam seperti bermimpi serta beranggapan bahawa mungkin dia akan dihalau sebaik sahaja lepas angkat nikah seperti yang pernah terjadi kepadanya dahulu. Tentulah kali ini lebih teruk kerana dia memang melakukan kesalahan besar serta menjatuhkan maruah keluarga Wan Anita. Atau setidak-tidaknya dia dipulaukan sebagai mana semasa dia enggan membelikan gelang Emas untuk Najwa.
Sebenarnya Sam telah bersiap sedia untuk meninggalkan Pulau Rusa bersama Wan Anita sebaik sahaja dia selesai akad nikah tempuhari. Setelah melihat semua pihak keluarga Wan Anita amat mesra serta amat meraikannya, dia membatalkan hasratnya dan cuba menetap bersama sebelum dia pergi keBrunei.
Sebenarnya Sam berasa amat tidak selesa kerana Najwa selalu bertandang kerumah Fauzi yang bersebelahan dengan rumah keluarga Wan Anita. Sam tidak tahu apakah sebab Najwa amat kerap kesana, tapi yang pasti, bila Najwa mendampingi orang kampong itu maka akan ada berita disurat khabar dan lepas itu ramailah jurujual yang mengedarkan secara percuma sekeliling kampung.
Bila Sam teringatkan Wan Anita, fikiran Sam terhadap Najwa hilang serta merta, kerana sudah lebih sepuloh tahun dia telah berumah tangga, tetapi tidak pernah dia mendengar perkataan Sayang,tapi bila bersama dengan Wan Anita boleh dikatakan lebih kurang 50 kali didengarnya dari mulut Wan Anita setiap hari, terutama waktu malam. Bukan itu sahaja, Sam merasakan pipinya sengal kerana ayik kena cium dan dia juga merasa hairan sebab Wan Anita memuji dia handsome, tetapi Sam merasakan dirinya seperti Bob Tutupoli ajer.
Dalam hal lain tak payah ceritalah, Sam rasa dia macam budak bodoh dan kerap juga Wan Anita mengucapkan ucapan terima kasih kepadanya. Sam pun naik bengong dan kekadang dia berfikir yang Wan Anita ini sudah mereng gamaknya. Juga amat pelik juga ialah bila hendak tidur, Wan Anita ini selalu minta maaf dan Sam risau juga lalu bertanya kepada Wan Anita, adakah dia berpenyakit kronik yang mungkin akan mengakibatkan dia boleh mati semasa tidur, tapi jawab Wan Anita tak ada.
Sam tersenyum sendirian bila dia teringatkan dia mengusik Wan Anita yang memangnya melakukan semua perkara tersebut. Hatinya amat puas serta bersyukur kerana impiannya serta khayalannya menjadi kenyataan sehinggakan kalau berjumpa lagi wanita yang seperti Wan Anita ini, dia sanggup berkahwin sampai 4.
Selepas hampir sebulan lebih bersama keluarga Wan Anita, Sam yang dahulu kurus kering telah bertukar seperti Malek Nor, jaguh bina badan Malaysia. Kulitnya yang seperti buah manggis telah berubah macam buah duku Pulau Rusa.Yang peliknya, semua perkembangan pada diri Sam itu telah diketahui olih keluarga Sam sendiri dengan amat cepat.
Akhirnya Sam dan Wan Anita pun berangkat keBrunei kerana melarikan diri dari Mak Lampir yang selalu berterbangan serta sering mengilai dengan suara yang menyakitkan telinga disekitar Kampong Pulau Rusa. Dengar cerita yang Mak Lampir ini sangat hendak menghisap darah Sam secara perlahan-lahan sehingga mati.Selain dari menjerit dan mengilai, Mak Lampir itu pernah menghantar surat ugutan kepada Sam dengan isi kandungannya yang dia bersumpah untuk terus menjahanamkan Sam walaupun dengan apa cara sekali pun, dan surat itu masih Sam simpan sehingga kini.
Selain itu, Sam juga masih menyimpan surat Mak Lampir yang dihantarkan kepadanya semasa Sam telah berada diBrunei yang meminta Sam memberikan dia wang untuk dibuat modal perniagaannya yang dikatakan telah amat berjaya.
Selama ini Sam tidak ada menceritakan apa yang telah berlaku kepada dirinya kepada Ibu-bapanya atau adik beradik dan semua rakan taulannya, kecuali Haji Yahya dan Isterinya serta Halim iaitu sepupu Najwa yang tahu serba sedikit, kerana mereka amat rapat dengan Sam.
TAMAT RINGKASAN CERITA KONFLIK DALAM KELAMBU 1.
Abc ringkaskan sahaja, tetapi dalam Novel nanti akan diolah serta ditambah dengan peristiwa menarik yang akan membuatkan sahabat semua nak hadiahkan kepada bakal isteri atau suami sebagai hadiah.
Adios
ahmad baharom creation.
KONFLIK DALAM KELAMBU.
SEMUA ARTIKEL DIDALAM BLOG INI HANYALAH DRAF RINGKAS RENTETAN PERISTIWA SAHAJA. IANYA AKAN DIEDIT SERTA DITAMBAH DENGAN BANYAK LAGI CERITA YANG SEBENAR YANG LEBIH LENGKAP DAN CERITA LENGKAP HANYA AKAN TERDAPAT DALAM NOVEL " AIRMATA DALAM KELAMBU"
CERITA INI ADALAH KISAH BENAR DAN HANYA DIOLAH ATAU DITAMBAH SEDIKIT UNTUK NAMA WATAK SAHAJA BAGI MENJAGA MARUAH MEREKA YANG TERLIBAT.
RINGKASAN CERITA INI BOLEH ANDA IKUTI DENGAN MENGIKUT TURUTAN MUKA SURAT YANG BERMULA DARI 1.1.
SELAMAT MEMBACA.
TERIMA KASIH
ABC.
Ahmad Baharom Creation
No comments:
Post a Comment