Wan terus terduduk kerana amat terperanjat dan tidak sangka yang Wan Anita sanggup datang melawatnya. Wan Anita bertanya kepadanya jika ada sesiapa yang datang melawatnya dan Sam hanya menggelengkan kepala sahaja.
Wan Anita dan Anna berkata mereka lewat naik menziarahi Sam kerana tadi mereka telah pergi mencari Sam dalam wad Pesakit Jiwa kerana mereka memdengar orang kampong telah hebuh mengatakan Sam telah menjadi Gila kerana balasan menceraikan Najwa. Sam bertanya kepada Wan Anita siapa yang bercerita dan bila ianya mula tersebar. Wan Anita berkata bahawa Najwa dan Fauzi sekarang amat kuat berkempen memberitahu orang kampung hal itu. Wajwa berkata bahawa dia telah pergi melawat Sam dalam Wad orang Gila. Sam berkata bahawa Najwa tiada langsung melawatnya serta tidak pernah berjumpa selepas bercerai tempuhari, tetapi Doktor ada berkata yang Najwa telah datang berjumpa dengannya, dan Sam menceritakan semua hal itu kepada Wan Anita.
Ternyata Najwa telah sedaya upaya untuk memfitnah Sam dan mempunyai rancangan yang tertentu serta Sam sudah mula mengagak semua rancangan itu. Sam berkata, bahawa tindakan Najwa itu bukan melemahkannya tetapi membuatkan Sam lebih bersemangat untuk berjuang serta melawan Najwa. Sam menceritakan secara kasar sahaja tentang fikirannya apa sebenar yang Najwa rangangkan kepada Wan dan Anna, dan berkata akan dibincangkan selepas Sam pulang dari hospital nanti. Sam meminta no talipon Anna untuk berhubung dengan Wan kerana Anna adalah jiran sebelah rumah Wan Anita.
Sebelum Wan Anita dan Anna pulang, Sam telah berkata yang mungkin 2 atau 3 hari nanti dia akan keluar hospital dan akan menetap dirumah rehat diMarang untuk tinggal disana untuk berjuang melawan Najwa. Sam berkata yang dia sudah tak sanggup pulang kePulau Rusa kerana malu serta dalam rumah itu sudah tiada apa yang tinggal.
Wan Anita berkata sekarang dia pun telah menjadi bahan fitnah Najwa dan namanya mula di cemarkan bersama Sam. Wan berharap Sam membantunya untuk untuk membersihkan nama dan maruahnya juga. Sam berjanji akan sama-sama berjuang melawan Najwa dan Fauzi untuk menegakkan kebenaran dan melawan Fitnah .
Sebaik sahaja Wan Anita pulang, Sam telah terfikir bahawa rancangannya selepas ini iaitu pulang ke Kuala Lumpur dan tinggal bersama keluarga Mala terpaksa dibatalkan sementara waktu.
Semasa sesi kaunseling dengan Doktor Pakar, Sam menceritakan hal yang baru berlaku dan juga azam Sam untuk bangun melawan Najwa serta membantu Wan Anita untuk membersihkan nama dan maruahnya yang cuba dicemarkan olih Najwa. Doktor itu amat menyokong kerana Sam sudah berfikiran Positif serta bersemangat untuk membela diri sendiri dengan melawan dan bukan hanya berserah pada takdir.
Tidak lama selepas itu Sam telah dibenarkan keluar dari Wad dan dia terus menyewa sebuah bilik disebuah resort di Marang dan berehat disana. Di resort itu Sam mencari idea untuk menyelesaikan segala masaalahnya disamping berhibur bersama rakan-rakan serta pelancung yang ada diresort itu untuk menghilangkan tekanan serta kesedihannya.
Dalam masa itu Sam masih terus berhubung dengan Wan Anita melalui talipon rumah Anna untuk mengetahui perkembangan di Pulau Rusa.Suasana disana kata Wan Anita bertambah panas dengan perkhabaran dari Najwa yang sentiasa berulang alik kekampung itu dan sentiasa menaburkan fitnah, dan sekarang tersebar pula cerita yang Sam terlalu tergila-gilakan dia masa muda sehingga hampir hendak membunuh diri kerana takut Najwa tidak menerima cintanya.
Najwa juga telah hebuhkan bahawa Wan Anitalah sebagai penyebab Sam menceraikan dia dan juga mengaitkan dirinya dengan Sam dalam banyak perkara buruk sehinggakan keluarga Wan Anita dan keluarga Fauzi hampir bergaduh.
Sam meminta Wan Anita agar berkumpa dengannya besuk direstaurant Resort tersebut bagi berbincang untuk mengatasi masaalah itu.

No comments:
Post a Comment