10.7] Apabila bangun pagi esuknya Sam masih merasakan anak-anaknya masih ada dan terus memanggil mereka, tapi apabila dia tersedar bahawa anak-anaknya sudah tiada dan teringat yang dia telah menceraikan Najwa, hatinya amat pilu dan terasa kekosongan. Dia cuba menalipon rumah Najwa untuk bercakap dengan anak-anaknya tetapi apabila dia terdengar suara yang menjawab itu Ayah Najwa, maka dia membatalkan hasratnya.
Hari itu Sam tidak keluar dari rumah dan hanya memanggil ketua-ketua pekerjanya datang berjumpanya dipejabat untuk memberi arahan dan keterangan tempahan yang harus mereka kerjakan. Sam juga dapati semua pekerjanya agak senyap serta tidak banyak berkata-kata dan Sam dapat merasakan bahawa seluruh kampung itu mesti telah tahu akan berita dia telah bercerai dengan Najwa. Sam berasa amat malu serta kesal dengan semua yang terjadi.
Esuknya dia pergi ketempat membasuh dan merebus kain ditepi sungai dan semua pekerjanya disitu juga tidak berapa ceria serta amat kurang bercakap dengannya. Sam tidak bergurau seperti biasa dan hanya bertanya perkembangan tugas mereka sahaja. Hanya Zaidi sahaja yang berani menyapa Sam serta meminta Sam bersabar serta berkata dia dan semua pekerja berharap Sam bersabar dan tabah serta meminta Sam meneruskan usaha perniagaannya kerana amat ramai yang memerlukan pekerjaan yang telah sedia ada.
Perasaan Sam bertambah teruk dan dia merasakan perceraian itu lebih memeritkan dari menahan perasaan akibat semua perbuatan dan kerenah keluarga Najwa. Sedih, kekesalan dan Kekeliruan terus bersarang difikirannya. Dia merasakan amat kehilangan anak-anaknya. Sam telah tidak seceria dahulu dan dia lebih banyak menghabiskan masa sendirian dipejabatnya dan termenung.
Ramai pekerjanya yang berjumpa dengannya sebab urusan kerja telah menyatakan rasa simpati dengan apa yang berlaku serta memberi kata semangat untuknya supaya terus berusaha seperti dahulu. Ternyata mereka semua amat bersimpati dengan Sam.
Sepekara lagi yang paling Sam takuti ialah kemarahan pihak ibu dan bapanya yang mungkin telah tahu hal perceraiannya itu dan mungkin mereka akan turut bersusah hati.Sebelum ini Sam tidak menceritakan apa jua kelemahan keluarganya melainkan perkara-perkara terdahulu yang telah berlaku.Walau bagaimana pun Sam merasakan mereka masih tidak mengetahui semua kebenaran melainkan banyak salah sangka dan berita tidak tepat sejak kebelakangan ini.
Setelah hampir dua minggu mereka bercerai akhirnya Najwa telah menalipon Sam dan menyatakan bahawa Pajabat Khadi telah memanggil mereka berdua untuk berjumpa serta membuat pengesahan berkenaaan perceraian mereka itu. Setelah memberitahu tarikh dan tempatnya akhirnya bersetuju untuk pergi dan berjumpa dipejabat tersebut.
Sam agak pulih selepas itu dan mula bekerja seperti biasa.Sam mula ceria dan mula bergurau bersama pekerja-pekerjanya dan begitu juga dengan pekerja-pekerja yang majoritinya terdiri dari wanita muda mula mengusik Sam. Mereka sekarang berkata bahawa Sam sudah benar-benar Solo dan sesiapa berkenan, bolehlah melamarnya. Sam pun turut ketawa mendengar semua gurauan pekerjanya itu.
Keadaan perniagaan Sam masih seperti biasa dan bertambah maju.Kali ini tidak seperti dahulu lagi, pelanggan-pelanggannya masih seperti biasa dan malah bertamabah. Sebahagian mereka memberi peransang dan semangat untuk Sam terus berusaha dan berdoakan Sam berjaya seperti dahulu.
Walaupun Sam nampak gembira dengan pekerjaan dan pekerjanya tetapi dia sebenarnya tetap berduka dan merana kerana kehilangan anak-anaknya. Dia masih belum dapat menentukan kedudukan anak-anaknya kerana masih belum selesai perbincangan dengan Najwa dan pihak berkuasa tentang perkara itu. Sam masih bergantung kepada ubat Anti Depression untuk terus kekal sihat.
KONFLIK DALAM KELAMBU.
SEMUA ARTIKEL DIDALAM BLOG INI HANYALAH DRAF RINGKAS RENTETAN PERISTIWA SAHAJA. IANYA AKAN DIEDIT SERTA DITAMBAH DENGAN BANYAK LAGI CERITA YANG SEBENAR YANG LEBIH LENGKAP DAN CERITA LENGKAP HANYA AKAN TERDAPAT DALAM NOVEL " AIRMATA DALAM KELAMBU"
CERITA INI ADALAH KISAH BENAR DAN HANYA DIOLAH ATAU DITAMBAH SEDIKIT UNTUK NAMA WATAK SAHAJA BAGI MENJAGA MARUAH MEREKA YANG TERLIBAT.
RINGKASAN CERITA INI BOLEH ANDA IKUTI DENGAN MENGIKUT TURUTAN MUKA SURAT YANG BERMULA DARI 1.1.
SELAMAT MEMBACA.
TERIMA KASIH
ABC.
Ahmad Baharom Creation
.jpg)
No comments:
Post a Comment