Sam mencadangkan kepada Najwa untuk mencari rumah lain untuk mereka tinggal sekeluarga, tetapi Najwa tidak bersetuju kerana sekarang hanya tinggal ibu-bapanya sahaja dirumah sekarang kerana Yusri telah berkahwin dan tinggal bersama ibu mertuanya. Najwa berkata yang dia hendak menjaga orang tuanya kerana tiada siapa dirumah sekarang.Sam merasakan mungkin inilah sebab Najwa berkeras untuk tinggal bersama orang tuanya.
Najwa juga memberi tahu bahawa sekarang ini ramai sahabat niaga Sam yang menggalakkan Sam membuat perusahaan batik lagi kerana mereka sekarang terpaksa membeli kain dari Kelantan kerana disana lebih murah dari harga yang ditawarkan pengusaha yang ada di Trengganu.
Mereka yakin Sam bolih membuat kain-kain yang mempunyai mutu yang baik serta harga yang boleh menandingi keluaran dari Kelantan.Sam bersetuju dan memulakan semula perusahaan Batiknya dengan membuatnya dibawah rumah mertuanya. Disebabkan rumah itu telah diperbesarkan oleh Sam tempuhari, maka kawasan bawah rumahnya amat luas serta boleh memuatkan ramai pekerja. Jadi tidaklah payah Sam membuat bengkel lagi selain membina sedikit tambahan bangunan bagi tujuan merebus dan membersihkan kain-kain.
Sam tidak mempunyai modal lagi dan semua permodalan awal diusahakan oleh Najwa dan keluarganya, Sam hanya menjalankan usaha perniagaan dan menyerahkan soal kewangan kepada Najwa. Sam sudah tidak mahu memeningkan kepala lagi.Dia mengikut sahaja apa yang Najwa rancangkan dan dia tidak mahu sebarang perbalahan berlaku.
Seperti biasa, Sam berusaha dan dan bekerja keras untuk membangunkan perniagaan itu dan dari bekerja seorang diri, sampailah telah mempunyai ramai pekerja. Dari memasarkan barangan dipasaran tempatan sehinggalah mula mendapat tempahan dari Kuala Lumpur. Sam buat sahaja apa yang patut dan membiarkan Najwa dan keluarganya menguruskan segala-gakanya. Apa yang penting, keluarganya dan anak-anaknya cukup semuanya dan bahagia.
Selain itu Sam mula lebih mendalami Ilmu Agama serta banyak mengaji. Sam juga seperti mengikut cara keluarga itu berpolitik sehinggakan Sam mengikut cara mereka yang tidak bersembahyang di Masjid yang dibina oleh kerajaan selain masjid Parti mereka sahaja.Bolih dikatakan bahawa Sam kali ini mengikut sahaja semua yang disukai olih Najwa dan keluarganya.Dia sudah malas hendak membantah atau melawan lagi kerana tidak mahu bertelagah dan bermasaalah dengan Najwa lagi.Apa yang dia tahu, kerja dan dapat bersama-anak-anak.
Perniagaan yang Sam usahakan telah bertambah maju dan pekerja mahir yang Sam latih telah ramai dan mereka terdiri dari lelaki dan wanita. Ramai pelanggan lama yang mula berurus niaga dengan Najwa semula terutama yang rapat dengan keluarga Najwa. Sam tidak peduli itu semua, apa yang dia tahu hanya membuat barang yang berkualiti dan disukai ramai, itu sahaja.

No comments:
Post a Comment