Didapatinya dia bukan sahaja berdepan dengan Najwa seorang serta semua ahli keluarganya. Selain itu Sam juga mendapati kesalahan dirinya yang bolih dikatakan sebab kurang Ilmu serta faktor usia yang tidak membolihkan dia boleh disamakan dengan pemikiran orang tua yang berpengalaman.Walau bagaimanapun Sam berusaha untuk menjauhkan diri serta serta mengubah kesilapannya dan dari sebahagian dosanya dia telah berkali-kali bertaubat dan cuba sedaya upaya untuk tidak mengulanginya.
Kehidupan Sam sebagai peniaga jenis seperti dia ini memerlukan ketajaman minda untuk merangka perancangan perniagaan serta sentiasa berfikir untuk mereka cipta barangan yang sentiasa mendapat sambutan dan menarik minta pengguna. Jika tersilap, bermakna barangan pengeluarannya akan tidak dapat dijual atau mungkin menjadi alas kaki atau lapik tempat kucing tidur sahaja. Jikalau kain dari jenis murah, mungkin boleh tahan juga, tetapi kalau Sutera yang modal kain putihnya yang amat mahal itu rosak atau tidak boleh terjual maka besarlah kerugiannya.
Konflik keluarga serta masaalah pribadinya yang seperti ombak taufan yang tiada henti membadai fikirannya telah amat menggugat fikiran serta tumpuannya kepada segala usahaniaga yang dijalankan itu. Kerunsingan serta kesihatan minda yang amat tidak stabil amat menggangu serta memberi kesan kepada perniagaannya. Setelah melihat bahawa masaalah keluarganya yang terlalu lama berlarutan, maka bagi Sam sekarang adalah masanya dia mengambil keputusan untuk memilih yang mana satu yang harus diutamakan, dirinya dan kerjayanya atau Najwa dan anak-anaknya.
Setelah dia memikirkan secara menyeluruh, akhirnya Sam telah mengambil keputusan untuk memberi perhatian kepada dirinya serta kerjayanya berbanding untuk Najwa dan anak-anaknya. Dia sudah putus asa dengan Najwa dan keluarganya serta tidak yakin mereka akan berubah. Selain itu Sam telah merasa amat terhina dan kelakiannya amat tercabar dengan perbuatan mereka dan selain itu Harga Diri dan Kemerdekaan dia sebagai lelaki telah tiada dengan peristiwa yang menimpa keluarganya.
Sam bertekad untuk memperbetulkan hidupnya dengan berhasrat untuk berkahwin lagi serta bertekad walaupun terpaksa dengan apa cara sekalipun, samaada suka atau tidak suka Najwa, dia akan tetap akan berkahwin lagi.Dia mahu punyai sahabat serta serta pembantu untuk menguruskan hidup peribadinya. Selain itu dia pun mempunyai nafsu serta keinginan seperti lelaki yang lain, iaitu isteri.
Sam juga merasakan semua kelemahannya serta kesan kesakitan yang dialami daripada sakit Depression juga mungkin akan hilang serta dia mungkin berhenti daripada sentiasa memakan ubat.Keadaannya sebagai seorang perantau juga membuatkan dia amat kesunyian kerana sekarang dia terasa amat sebatang kara serta tiada tempat atau keluarga yang boleh bersama untuk dia berehat, bermesra serta berkongsi suka dan duka hidup.
Tegas dan Yakin untuk Sam membuat keputusan untuk dia berkahwin lagi, tetapi persoalannya, dengan siapa?.
Sam terkenangkan Wan mak sepupu Najwa, dia takut akan menimbulkan masaalah kekeluargaan kepada Najwa serta Sam memang tidak mahu langsung berkait lagi dengan kelauarga Njawa.
Arfah, mungkin tak sesuai kerana tidak berpengalaman tentang kerjayanya dan amat jauh asal-usulnya dan mungkin jadi susah dikemudian hari jika jika ada masaalah. Memanglah masa baru berkahwin, kentut pun bau wangi.
Mala, walaupun baik serta katanya amat mencintai Sam, dia masih bermasaalah kerana sebagai anak tunggal pasti akan membawa ibu dan bapanya tinggal bersama kerana mereka sudah tua dan perlukan jagaan.
Ros, bagi Sam dia dan keluarganya masih agak kurang pendidikan dan Sam takut pisang berbuah dua kali.
Wanita kaya yang Hajah Endon syurkan itu, Sam tidak hendak wanita kaya kerana pada pendapat Sam mereka ini selalunya Ego serta cerewet.
Ikut cakap Tok Ngah yang hendak menjodohkannya dengan anak saudaranya yang berkereta besar, Sam takut tak mampu menanggung minyak keretanya dan mungkin selepas kahwin dia akan lebih kuat berjalan-jalan atau meminta kereta yang lebih besar.
Wan Anita, Sam merasakan dia mungkin tidak sesuai dengannya yang telah berkahwin serta punyai anak kerana orang secantik dan berpelajaran, dia mesti ramai pemuda yang menaruh hati kepadanya.Tidak mungkin juga keluarganya akan sudi menerima dia sebagai menantu kerana sudah tahu yang Sam telah berkahwin dan mempunyai anak.
Terlalu banyak pertimbangan dan andaian Sam untuk menilai wanita sekarang kerana dia telah amat serik dengan kejadian yang telah menimpanya dan akhirnya dia telah berdoa kepada Tuhan, meminta untuk memilihkan mana yang terbaik untuknya. Baginya tiada daya dan kuasa untuk membuat penilaian serta penentuan bagi perkara itu. Sam Pasrah.
No comments:
Post a Comment