8.12] Sam malam itu menangis bila mengenangkan bertapa bodoh dan tiada imannya dia kerana dia telah meminum minuman keras kerana terlalu tertekan serta tidak tahan dengan kesakitan yang ditanggungnya, Arfah berkata mungkin ada benar dan salah tindakan Sam itu demi menjaga sesuatu yang Sam sendiri ketahui dan rasai, tetapi Arfah berkata mungkin ada cara yang lebih baik dari itu. Arfah menasihatkan Sam berjumpa doktor semula serta meminta ubat dari sana. Sam bersetuju serta berjanji akan berjumpa doktor selepas ini.Malam itu Sam telah melafazkan taubat serta berjanji untuk tidak akan mengulangi kesalahannya itu.
Malam itu Sam tertidur dipondok itu dan terbangun diawal pagi dan melihat Arfah masih duduk disampingnya dan masih belum tidur. Sam mengajak Arfah bersarapan digerai makan yang berdekatan serta selepas itu Sam berkata bahawa mereka akan pergi ke kuala Lumpur setelah mandi dan bertukar pakaian dirumah nanti.
Didalam perjalanan ke Kuala Lumpur, Arfah telah tertidur dan Sam membiarkannya sahaja kerana dia tahu Arfah tidak tidur langsung malam tadi. Sam memandang wajah Arfah yang sedang tidur dengan pandangan yang sayu serta seakan bersedih.
Sebaik sahaja sampai dimana tempat Mala bekerja, Sam mengejutkan Arfah dan bila terbangun, Arfah menyuruh Sam keluar dahulu kerana dia hendak membetulkan dandanannya yang agak berserabut dan keadaan matanya kerana baru bangun tidur. Sam keluar dan terus menuju kegerai Mala berniaga. Mala menyambut Sam dengan mesra dan sambil melihat-lihat Arfah yang sedang sibuk membetulkan make-up dan dandanannya.
Mala bertanya kepada Sam sama ada Mala itu adalah isteri Sam dan Sam menyatakan bahawa Arfah itu adalah pembantunya. Masa itu Arfah sudah sampai berdekatan mereka dan Mala dan Arfah bersalaman.Mala menghidangkan minuman kepada Sam dan Mala serta menawarkan nasi lemak kepada mereka dan Sam dan Arfah bersetuju.
Sam menerangkan kepada Mala bahawa dia mungkin akan berhenti berniaga diPerak kerana masaalah yang dihadapinya sekarang serta dia sudah tidak terdaya mendengarnya. Sam juga berkata bahawa mungkin selepas ini dia mungkin tidak boleh melawat Mala lagi kerana selepas ini dia akan memulangkan kereta yang disewanya kerana sudah tidak mampu lagi.
Mala yang mendengar cerita Sam itu menangis serta menawarkan keretanya untuk Sam gunakan malah Mala kata malah Sam boleh ambil terus jika hendak, tetapi Sam menolak dan berkata bahawa dia akan berusaha lagi dan sekiranya sudah berjaya maka dia akan datang seperti biasa. Mala memegang tangan Sam dan meminta Sam berjanji akan datang melawatnya sekira semua masaalah Sam sudah selesai dan dia tetap menanti.Mala berkata bahawa Sam adalah pembawa semangatnya untuk hidup dan berjaya, dan dia sentiasa berharap Sam untuk memberi semangat. Selepas makan, Sam dan Arfah pun beredar dan Sam memandu menghala Kuala Lumpur.
Dalam kereta itu, Arfah memuji-muji kecantikan Mala dan berkata dia amat cantik, serta jauh lebih cantik dari Najwa. Kalau nak dibandingkan dengan dia, Arfah berkata terlalu jauh. Arfah bertanya siapa Mala itu sebenarnya , tetapi Sam menjawab bahawa dia adalah sahabat lamanya dan tidak lebih dari itu.Bila Sam berkata bahawa Mala adalah seorang janda beranak satu, maka Arfah berkata mungkin Sam patut mengambil Mala sebagai isteri. Sam sambil berjenaka berkata kepada Arfah, supaya dia jangan jadi Batu Api.
Sam memberhentikan kereta dihadapan sebuah bangunan Syarikat Kewangan yang telah menjadi tempat dia meminjam wang bagi pembelian Vannya itu.Sam telah pergi berjumpa denga salah seorang pegawai Syarikat kewangan tersebut.
KONFLIK DALAM KELAMBU.
SEMUA ARTIKEL DIDALAM BLOG INI HANYALAH DRAF RINGKAS RENTETAN PERISTIWA SAHAJA. IANYA AKAN DIEDIT SERTA DITAMBAH DENGAN BANYAK LAGI CERITA YANG SEBENAR YANG LEBIH LENGKAP DAN CERITA LENGKAP HANYA AKAN TERDAPAT DALAM NOVEL " AIRMATA DALAM KELAMBU"
CERITA INI ADALAH KISAH BENAR DAN HANYA DIOLAH ATAU DITAMBAH SEDIKIT UNTUK NAMA WATAK SAHAJA BAGI MENJAGA MARUAH MEREKA YANG TERLIBAT.
RINGKASAN CERITA INI BOLEH ANDA IKUTI DENGAN MENGIKUT TURUTAN MUKA SURAT YANG BERMULA DARI 1.1.
SELAMAT MEMBACA.
TERIMA KASIH
ABC.
Ahmad Baharom Creation
No comments:
Post a Comment