KONFLIK DALAM KELAMBU.


SEMUA ARTIKEL DIDALAM BLOG INI HANYALAH DRAF RINGKAS RENTETAN PERISTIWA SAHAJA. IANYA AKAN DIEDIT SERTA DITAMBAH DENGAN BANYAK LAGI CERITA YANG SEBENAR YANG LEBIH LENGKAP DAN CERITA LENGKAP HANYA AKAN TERDAPAT DALAM NOVEL " AIRMATA DALAM KELAMBU"

CERITA INI ADALAH KISAH BENAR DAN HANYA DIOLAH ATAU DITAMBAH SEDIKIT UNTUK NAMA WATAK SAHAJA BAGI MENJAGA MARUAH MEREKA YANG TERLIBAT.

RINGKASAN CERITA INI BOLEH ANDA IKUTI DENGAN MENGIKUT TURUTAN MUKA SURAT YANG BERMULA DARI 1.1.

SELAMAT MEMBACA.

TERIMA KASIH


ABC.
Ahmad Baharom Creation

Wednesday, 3 December 2014

KACAU PEKERJA

10.3] Sedang Sam duduk dimeja pejabatnya, datang seorang pekerjanya memberitahu bahawa sekarang pekerja dibahagiannya sudah kurang orang kerana pelukis mahirnya Mah telah dua hari tidak datang dan katanya sudah berhenti bekerja. Sam amat terperanjat kerana dia dan Mah ini adalah sangat rapat dan bolih dikatakan Mah inilah yang diharapkan sebagai Penyelia sebenar untuk memastikan semua susunan pekerjaan.

Sam telah pergi kerumah Mah yang sebenarnya tidak jauh dari rumah Sam itu dan bertanyakan kenapa dia tidak datang bekerja serta ada pihak yang menyatakan bahawa dia telah berhenti bekerja. Mah mengakui bahawa dia memang hendak berhenti bekerja kerana sejak kebelakangan ini Najwa selalu mengugut dan berkata yang bukan-bukan terhadapnya. Selain itu Najwa seperti memerli dia yang seakan hendak memikat Sam yang sekarang ternyata sudah berduit dan hampir menjadi perniaga berjaya.

Selain itu Mah juga menceritakan beberapa pekerja senior yang selalunya amat rapat dengan Sam yang telah bekerja sebelum ini adalah sebab itu juga. Sam amat terperanjat dengan penjelasan Mah itu serta merayu dia supaya bekerja semula.Sam juga meminta Mah memujuk semua sahabatnya yang telah berhenti itu untuk kembali bekerja.

Sam berkata kepada Mah bahawa mereka semua telah membantunya serta berlatih siang dan malam sehingga mencapai kejayaan sehingga bolih membuat kain sutera dengan masa yang amat singkat. Sam menyatakan sekiranya rancangannya terus berjaya seperti ini, Sam akan menaikan gaji semua pekerja dalam beberapa bulan lagi.

Sam yang sudah tahu akan perangai Najwa sudah malasnya menegur atau menghalang semua itu selain berdiam diri dan hanya menumpukan kerjanya sahaja. Tidak lama selepas itu, semua pekerja yang telah berhenti datang semula untuk bekerja.

Adik Sam yang bernama Nas telah datang dari kampung dan bercadang untuk mencari kerja disana.Olih kerana Nas ini tiada langsung pengalaman membuat Batik jadi Sam telah merancangkan dia untuk menjalankan perniagaan lain dan berdikari sendiri.Akhirnya Sam telah menalipon Tuan punya syarikat barangan yang diedarkan diPerak dahulu untuk datang keTrengganu dan berunding serta membawa sedikit barangan sebagai permulaan untuk berniaga.

Apabila Tuan Nabun sampai ketempat Sam, dia mata terperanjat dengan pembangunan serta kejayaan Sam yang dikatakan amat luar biasa. Dia juga mengutuk perbuatan Man semasa Sam berniaga di Perak dahulu dan berkata sekarang barangannya diPerak telah tiada pengedar kerana selepas ketiadaan Sam semuanya kucar kacir dan akhirnya semua pengedar telah berhenti, termasuk juga Man. Tuan Nabun meminta bantuan Sam untuk mencari jalan untuk membolihkan dia bergiat semula berniaga diPerak, Kedah dan Perlis tetapi Sam menolak sebab dia sudah terlalu sibuk dan tidak berapa sihat.

Akhirnya Sam sedia membantu untuk mencuba mengedarkan barangan Tuan Nabun didalam negeri Trengganu dan jika berjaya Sam bercadang untuk berusaha memasarkan keseluruh Pahang dan Kelantan juga. Persetujuan dibuat dan Sam telah membeli Stok yang banyak secara tunai bagi memulakan perniagaan tersebut dan menyuruh adiknya Nas untuk berusaha. Sam tidak mahu campur tangan, malah tidak mahu apa-apa keuntungan selain semua itu adalah hak adiknya Nas dan berharap dia berusaha bersungguh-sungguh.

Tidak lama selepas itu isteri Nas, Ina sampai dari kampung untuk membantu Nas yang telah mula berniaga. Sam amat suka melihat adiknya itu sudah mula berniaga, sementara dia masih sibuk dengan perniagaannya yang semakin maju.

Dalam masa itu juga Sam masih pening memikirkan perangai Najwa yang seperti sengaja hendak merosakkan ketenteramannya serta perniagaannya.Dia juga mula mengawal semua pergerakkan jualannya bagi mengelakkan Najwa campur tangan. Ternyata semua itu amat tidak disukai olih Najwa dan dia sendiri pernah menyatakan rasa tidak puas hatinya berkenaan perkara itu. Dia berkata bahawa Sam sudah terlalu menyingkirkan dia dalam banyak perkara.



No comments:

Post a Comment