KONFLIK DALAM KELAMBU.


SEMUA ARTIKEL DIDALAM BLOG INI HANYALAH DRAF RINGKAS RENTETAN PERISTIWA SAHAJA. IANYA AKAN DIEDIT SERTA DITAMBAH DENGAN BANYAK LAGI CERITA YANG SEBENAR YANG LEBIH LENGKAP DAN CERITA LENGKAP HANYA AKAN TERDAPAT DALAM NOVEL " AIRMATA DALAM KELAMBU"

CERITA INI ADALAH KISAH BENAR DAN HANYA DIOLAH ATAU DITAMBAH SEDIKIT UNTUK NAMA WATAK SAHAJA BAGI MENJAGA MARUAH MEREKA YANG TERLIBAT.

RINGKASAN CERITA INI BOLEH ANDA IKUTI DENGAN MENGIKUT TURUTAN MUKA SURAT YANG BERMULA DARI 1.1.

SELAMAT MEMBACA.

TERIMA KASIH


ABC.
Ahmad Baharom Creation

Wednesday, 3 December 2014

UBAT ANTI DEPRESSION.

9.10] Selama enam bulan Sam bertungkus lumus siang dan malam serta penuh tangisan jiwa yang dilalui bagi jangkamasa itu, akhirnya telah mula menampakkan hasil serta semuanya telah siap sedia untuk Sam melancarkan apa yang dirancangkannya selama ini. Peralatan dan pekerja mahir telah mencukupi untuk tujuan itu.Sam telah mendaftarkan perusahaannya dengan nama EASTETIKA Batik.

Selama ini Sam hanya mengambil upahan Proses sahaja, dimana kebanyakan kain-kain batik adalah kepunyaan taukeh-taukeh batik dimana mereka telah menghantar kain-kain putih dan Sam hanya mengambil upah sahaja. Disebabkan semua pekerjanya adalah belum berapa mahir, dia hanya mengambil upah membuat batik dari kain yang bermutu rendah sahaja dan upahnya agak sedikit. Demi untuk melancarkan perniagaan dan melatih pekerja, Sam terpaksa membuat langkah berikut demi mencapai hasratnya untuk bertahan dan melatih pekerja.

Sekarang pekerjanya telah agak mahir dan Sam bercadang untuk mula mengeluarkan barangan sendiri yang lebih berkualiti dan boleh menjual barangan siap kepada semua pelanggan borong dan runcit. Selama ini Sam tidak dapat menjual secara runcit atau borong kerana semua kain yang telah siap adalah kepunyaan orang.

Dengan sedikit modal dan kemudahan kredit yang diperolehi, Sam mula mengeluarkan kain-kain Satin untuk dipasarkan.Sam juga mula memenuhkan bilik pamerannya dengan pelbagai barangan dan mula menerima kunjungan pelanggan untuk melawat dan membeli.Ramailah pelanggan baru datang dan membeli secara runcit dan borong dipusat pamerannya.

Melihatkan penbangunan kemahiran pekerjanya, Sam menjangka bahawa hasratnya untuk mula memproses kain-kain sutera mungkin bolih dilakukan dalam masa 2 bulan lagi.Itulah impian Sam untuk menambah pendapatan serta mengukuhkan perniagaannya.Dengan cara Sam yang tidak membina kilang dan hanya semata memproses dibawah rumah-rumah telah memberikan dia daya saing dalam sebut harga kerana banyak penjimatan yang dapat dilakukan.

Tidak diketahui olih sesiapa, sebenarnya semenjak Sam tinggal dirumah itu, dia telah mengalami depression yang teruk dan akibat kemarahan dan kesedihan yang sudah tak tertanggung olehnya, dia telah mula mengambil ubat Anti Depression dari Hospital. Doktor yang merawatnya telah mensihatkan dia untuk mengambil ubat tersebut jika mahu terus sihat dan bolih melakukan kerja.

Dengan memakan ubat tersebut dia akan dapat tidur serta berehat secukupnya bagi memastikan dia bertenaga untuk bekerja. Ubat tersebutlah yang membantu Sam untuk mengharungi semua kesedihan dan kesakitan yang dialaminya selama ini. Setiap bulan dia akan mengambil ubat dari Hospital Besar Kuala Trengganu.

Sam telah mula mendapat keuntungan selepas itu dan apabila lebih lapan bulan beroperasi disana, barulah Sam dan pekerjanya mula mengeluarkan kain-kain sutera.Masa itulah Sam baru mencapai apa yang dihajatinya setelah sekian lama melatih dan megajar pekerja siang dan malam. Tempahan untuk pakaian sutera telah mula mendapat sambutan semula.Disebabkan modal Sam yang masih sedikit, dia terpaksa berhutang, kain-kain putih dari pembekal bagi tujuan itu. Semakin hari semakin maju perniagaannya.



No comments:

Post a Comment