12.2] Selepas berborak bersama ayah dan ibunya Sam dan Wan Anita malam itu telah keluar bersiar-siar disekitar kampung itu dan makan malam disebuah kedai makan disana. Orang kampung yang memang ramai mengenali Sam asyik memerhatikan Sam bersama Wan Anita, mungkin memikirkan siapa wanita yang bersama Sam malam itu. Ada sahabat karib Sam yang datang bertanya khabar dan juga bertanya siapa kah Wan Anita ini, dan Sam berkata bahawa Wan adalah isterinya. Bila mereka bertanya keadaan isteri lama iaitu Najwa, Sam berterus terang dengan menyatakan dia telah bercerai dengan Najwa.
Selepas makan, Sam membawa Wan Anita pergi ketepi pantai dimana Sam dan ibunya selalu pergi untuk mencari siput, kerang, ala-ala, Garam sebuku dan Remis. Malam itu mereka berborak sepuasnya disana sambil memerhatikan ombak laut Selat Melaka yang berlumpur itu.Mereka berbincangkan apa yang bakal terjadi serta apa yang patut dilakukan, asalkan mereka tetap dapat bersama.
Sam juga meminta maaf kerana terpaksa menipu dengan mengaku Wan Anita itu adalah isterinya kepada orang tuanya serta kepada rakan-rakan. Sam juga keliru dengan keputusan itu serta tidak tahu akan akibat yang bakal dilaluinya akibat berbohong. Walau bagaimana pun Sam berkata, mulai malam ini mereka terpaksa berpura-pura dengan tidur bersama dalam satu bilik dan Sam berkata Najwa tidur atas katil dan dia tidur dibawah dan depan pintu.
Wan Anita bersetuju serta memberi amaran agar Sam jangan cuba buat tak baik padanya dan mungkin dia akan menjerit nanti. Sam ketawa mendengar kata-kata Wan Anita itu serta memberi jaminan dengan berkata bahawa dia amat sayangkan Wan Anita dan mereka pun dah berjanji akan berkahwin jadi Sam tetap sabar menanti.
Malam itu Sam dan Wan pulang agak lewat dan Wan terus masuk kedalam bilik dan Sam memrokok dan bersembang dengan ayahnya. Wan Anita berkata kepada Sam yang dia akan tidur diluar kerana kesihan melihat adik-adik Sam yang bergelimpangan tidur ditepi bilik kerana bilik yang bakal dia gunakan itu adalah tempat mereka tidur sebelum ini. Ayah Sam melarang dan tetap menyuruh Wan Anita tidur didalam bilik itu. Wan Anita akur dan Sam ketawa dalam hati.
Ayah Sam berkata yang dia pun sudah mengantuk dan ingin masuk tidur dan Sam dengan berat kaki berjalan menuju bilik tidur dimana Najwa berada. Bila Sam masuk kedalam bilik,lampu telah dipadamkan tetapi sinaran lampu luar yang memasuki bilik itu membuatkan ianya masih terang dan samar.
Sam melihat Wan Anita sedang terbaring sambil memeluk bantal didadanya sambil memakai baju tidur yang dibelinya siang tadi. Warna pink serta bergorak bunga Ros. Sam melihat seperti Wan Anita sudah tidur dan cuba mendekatkan mukanya kemuka Wan Anita untuk memastikan dia sudah tidur atau belum.
Sepantas kilat Wan Anita menunjukkan penumbuk serta mengangkat kedua kakinya seperti hendak menendang Sam. Sam yang terperanjat berundur kebelakang sambil menunjukkan isyarat jari dibibir supaya jangan bising. Wan memberi isyarat menyuruh Sam pergi jauh dan masih menunjuk penumbuk serta gaya kaki yang seperti hendak menerajang. Sam nampak muka Wan Anita yang tersenyum serta terkekeh-kekeh ketawa kecil melihat kan Sam yang mula mengambil bantal dan selimut dihujung katil.
Wan Anita akhirnya bangun dan memberi isyarat tangan supaya Sam mendekatinya sambil membisekkan yang dia hanya bergurau sahaja. Sam berkata dia tahu, tapi dia berkata yang dia tetap sama pendirian yang telah dia janjikan . Sam baring dibawah katil, dan Wan Anita diatas katil.
Malam itu Sam langsung tidak dapat tidur. Dia bukan sahaja terkenang musibah yang bakal melanda tetapi dia terasa bilik itu amat panas kerana asyik teringatkan Wan Anita yang cantik jelita yang tidur diatas katil itu. Pusing kekiri, kekanan, terlentang dan meniarap semua tak kena. Dia terasa terlalu lama berada didalam bilik itu dan ingin rasanya dia keluar sahaja dari bilik itu dan tidur diluar, tapi kerana takut rahsia pecah, Sam tetap terkebil-kebil tak boleh tidur.
Sam juga perasan yang Sam yang Wan Anita juga selalu bergerak serta tidak tidur lena dan Sam fikirkan mungkin kerana terlalu penat melalui perjalanan jauh siang tadi. Tiba -tiba Sam perasan yang Wan Anita bangun dan menuruni katil. Sam membekukan diri dan berpura-pura tidur dan ingatkan Wan Anita hendak pergi kebilik air.
Sam terasa bahunya digoyang oleh Wan Anita dan sambil membisikkan ketelinganya dengan berkata supaya Sam berhenti berpura-pura tidur kerana ditahu yang Sam masih berjaga. Spontan Sam tersenyum dan menoleh kearah Wan Anita yang berada ditepinya. Wan anita juga berkata yang dia tidak boleh tidur kerana susah hati. Sam berkata yang Wan Anita tidak boleh tidur sebab runsingkan masaalah atau berdebar kerana pertama kali tidur sebilek dengan lelaki.
Wan Anita mencubit pinggang Sam dan berkata kedua-duanya, sambil ketawa kecil terkekeh-kekeh. Akhirnya Sam mengajak Wan Anita keluar dari bilik dan duduk ditangga batu dianjung rumah itu. Mereka berborak sampai pagi.
KONFLIK DALAM KELAMBU.
SEMUA ARTIKEL DIDALAM BLOG INI HANYALAH DRAF RINGKAS RENTETAN PERISTIWA SAHAJA. IANYA AKAN DIEDIT SERTA DITAMBAH DENGAN BANYAK LAGI CERITA YANG SEBENAR YANG LEBIH LENGKAP DAN CERITA LENGKAP HANYA AKAN TERDAPAT DALAM NOVEL " AIRMATA DALAM KELAMBU"
CERITA INI ADALAH KISAH BENAR DAN HANYA DIOLAH ATAU DITAMBAH SEDIKIT UNTUK NAMA WATAK SAHAJA BAGI MENJAGA MARUAH MEREKA YANG TERLIBAT.
RINGKASAN CERITA INI BOLEH ANDA IKUTI DENGAN MENGIKUT TURUTAN MUKA SURAT YANG BERMULA DARI 1.1.
SELAMAT MEMBACA.
TERIMA KASIH
ABC.
Ahmad Baharom Creation

No comments:
Post a Comment